Log in
Search
Latest topics
Who is online?
In total there are 14 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 14 Guests None
Most users ever online was 223 on Sat Oct 12, 2024 3:16 am
Social bookmarking
Bookmark and share the address of Forum Central on your social bookmarking website

KampungFM
INFO BERITA DALAM NEGARA : FORUM CENTRAL
4 posters
Page 1 of 1
INFO BERITA DALAM NEGARA : FORUM CENTRAL
HARI : SELASA | TARIKH : 06 OKTOBER 2009
I) Dirogol lelaki beristeri empat:
MILAH pernah melalui fasa hidup yang sangat hitam dan penuh noda
SEJAK berusia 10 tahun lagi, Milah (bukan nama sebenar) telah terlibat
dengan pelbagai masalah sosial. Dia mendakwa puncanya ialah pengaruh
kawan-kawan tetapi bak kata pepatah, bertepuk sebelah tangan tidak akan
berbunyi.
Berusia 14 tahun kini, Milah merupakan anak bongsu daripada tiga
adik-beradik. Berasal dari Utara, bapanya cuma seorang pekebun manakala
ibunya suri rumah sepenuh masa.
Hakikatnya, keluarga Milah telah memberikan dia kasih sayang serta ilmu
agama. Namun, semua itu belum cukup untuk dia jadikan bekalan dalam
mengharungi gelora zaman remajanya.
“Mula-mula saya ikut mat rempit pergi merewang (berjalan-jalan) serta melepak di pusat beli-belah.
“Aktiviti yang biasanya kami lakukan ialah minum arak terutama yang
berbotol besar kerana ia lebih nikmat. Kami juga mengambil pil khayal
serta menghisap ganja dan dadah.
“Malah saya mempunyai ramai abang angkat, adik angkat serta kakak
angkat. Namun, tidak pernah sekali pun saya melakukan hubungan seks
dengan lelaki. Tapi berpelukan, bercium dan membiarkan alat sulit
diraba sepuasnya itu biasalah,” katanya membuka bicara.
Peristiwa di bilik hotel
Malangnya, peristiwa hitam dia dirogol oleh seorang lelaki beristeri
empat pada tiga tahun lalu telah menterbalikkan terus kehidupan Milah.
“Semasa cuti persekolahan, saya dan teman lelaki bercadang untuk
bercuti di rumah kakaknya di Damansara, Kuala Lumpur tetapi niat itu
terbantut kerana kami kekurangan wang. Maklumlah kami masih bersekolah
rendah dan tiada duit sendiri.
“Dia (teman lelaki) pulang semula ke rumah tetapi saya pergi ke
pusat karaoke bersama rakan perempuan yang lain. Di pusat hiburan
itulah saya bertemu dengan seorang lelaki bernama Helmi,” ujarnya.
Helmi berusia dalam lingkungan 40 tahun. Dia mendakwa dirinya seorang usahawan alat ganti kereta dan sudah beristeri empat.
Helmi berpakaian serba mahal dan memakai kereta Toyota Vios.
“Selepas habis menyanyi, Helmi mengajak saya minum di sebuah kedai
makan. Rakan lain telah pulang dan tinggallah saya berdua bersama
Helmi.
“Selepas itu, Helmi mengajak saya bermalam di hotel kerana hari
telah lewat malam. Saya enggan tetapi dia pandai memujuk sehingga saya
termakan dengan rayuannya,” ujar Milah.
Di bilik hotel, Milah terperanjat besar melihat Helmi membuka semua
pakaiannya dan tanpa segan silu mengajak Milah melakukan hubungan seks.
“Saya enggan walaupun dipujuk berkali-kali. Dia marah lalu
mengangkat sebelum mencampakkan tubuh saya ke atas katil. Dia membuka
pakaian saya dengan kasar.
“Saya meronta-ronta supaya dilepaskan tetapi badan Helmi begitu sasa
dan bertenaga. Akhirnya saya kehilangan mahkota. Tiada apa yang saya
boleh lakukan ketika itu kecuali menangis,” imbau Milah.
Lebih menyedihkan, Helmi memaksa Milah ke Kuala Lumpur untuk
dijadikan perempuan pemuas nafsunya. Dia mengugut untuk mencederakan
Milah jika gadis itu enggan mengikut kehendaknya.
“Bimbang dengan keselamatan diri, saya menurut sahaja tetapi saya tidak henti-henti merayu agar dilepaskan.
“Akhirnya saya dilepaskan tetapi dirogol sekali lagi di Hentian
Rawat dan Rehat Sungai Buloh sebelum dihantar pulang ke Perak semula.”
Kejadian itu kemudian dilaporkan pada pihak polis dan selepas itu
barulah tembelang Helmi pecah. Rupa-rupanya, Helmi mempunyai banyak
rekod jenayah termasuk menyamar sebagai anggota polis, penguat kuasa
dan usahawan sebagai taktik memperdayakan gadis-gadis sebelum merogol
mereka. Sehingga kini Helmi dipercayai gagal dikesan.
Pelacur sekolah
“Kerana peristiwa itu, saya merasakan apa gunanya hidup lagi kerana sudah tidak mempunyai dara. Masa depan saya terasa hancur.
“Malangnya saya membiarkan diri terus hanyut. Saya mula melakukan hubungan seks dengan abang angkat.
“Saya jadi liar dan mempunyai ramai teman lelaki terutama di
kalangan pelajar sekolah walaupun sebenarnya mereka hanya mahukan tubuh
saya hinggakan saya digelar bohsia sekolah,” akui Milah.
Namun pada suatu hari, ketika sedang ‘bermesra’ bersama abang
angkatnya yang bernama Leman di rumah lelaki itu, Milah tidak menyedari
gambar dirinya yang sedang memakai tuala berwarna putih yang ada dalam
simpanan telefon bimbitnya telah dilihat oleh Leman.
“Leman terus menghantar gambar itu melalui sistem pesanan multimedia (MMS) ke telefon bimbitnya tanpa saya sedari.
“Kemudian, Leman bertindak menyebarkan gambar itu kepada
rakan-rakannya dengan bayaran RM3. Lebih memalukan, Leman juga menulis
pada gambar itu saya menawarkan perkidmatan seks dengan bayaran RM30.
“Walaupun saya kerap menukar nombor telefon kerana asyik diganggu
siang dan malam, saya akui ada juga menerima tawaran untuk memberikan
perkhidmatan seks,” katanya.
Bicara Milah lagi, selain menerima wang tunai, dia juga menerima kad
prabayar bernilai RM10, coklat dan barang kemas sebagai bayaran.
“Aktiviti itu berlarutan sehingga saya ditangkap oleh pengetua
sekolah semasa melakukan hubungan seks dengan seorang pelajar lelaki di
stor sukan sekolah.
“Pengetua dapat mengesan perkara terkutuk itu selepas dia menerima
aduan daripada pelajar lain yang mendengar bunyi bising dari stor
tersebut.
“Dia amat malu dengan perbuatan saya. Akhirnya, saya dibuang
sekolah. Malah permohonan saya untuk bersekolah di sekolah lain juga
ditolak kerana rekod buruk saya,” katanya.
Keluarga Milah ternyata sangat kecewa lebih-lebih lagi-lagi mereka
belum dapat menerima kenyataan anak gadis mereka dirogol sebelum ini.
“Mereka menghantar saya ke Pusat Pemulihan Baitul Fiqh di Subang Jaya, Selangor untuk menjalani pemulihan.
“Saya sedar banyak dosa dan noda telah saya lakukan. Tapi saya yakin
pintu taubat masih terbuka dan akan berusaha sebaik mungkin untuk
bertaubat. Doakan saya berjaya,” ucap Milah.
II) Kata dua kepada Manohara - Model Indonesia diberi tempoh seminggu fail pembelaan
KOTA BHARU - Mahkamah Tinggi Syariah di sini memberi tempoh tujuh hari
berkuat kuasa semalam kepada Manohara Odelio Pinot, isteri Tengku
Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Ismail Petra untuk
memfailkan hujah pembelaan bertulis.
Arahan itu dibuat ekoran kegagalan defendan berbuat demikian walaupun
perintah mahkamah telah dikeluarkan sejak 2 Ogos lalu terhadap tuntutan
dua saman oleh plaintif melalui peguamnya, Zainul Rijal Abu Bakar dan
Abdul Halim Bahari.
Dua saman tersebut ialah Manohara dituntut supaya kembali taat kepada
suaminya manakala saman kedua berkaitan tuntutan hutang berjumlah
RM1,112,250.
Hutang itu termasuk pemberian jam jenama Audemars Piguet bernilai
RM174,000 dan selebihnya adalah kiriman wang sebanyak enam kali bagi
kegunaan defendan dan ibunya.
Zainul (kiri) keluar dari Mahkamah
Tinggi Syariah Kota Bharu semalam selepas mewakili Tengku Fakhry dalam
dua kes saman terhadap Manohara.
Ketika prosiding, peguam Manohara, Mohamad Faiz Adnan dan Roshdan Sujak
Rafie berhujah bahawa kegagalan pihaknya berbuat demikian kerana
berlaku beberapa kekeliruan terhadap kedua-dua tuntutan yang dibuat
oleh plaintif.
Alasan tersebut mencetuskan perang mulut seketika antara peguam plaintif dan peguam defendan.
III) Amah didera, dipaksa makan vavi
KUALA LUMPUR - Seorang wanita warga India yang cuba mengubah nasib
dirinya dengan merantau jauh ke negara ini untuk mencari rezeki dengan
bekerja sebagai pembantu rumah tidak menduga kehidupannya di sini lebih
merana apabila dia didera malah dipaksa makan vavi oleh majikannya.
Kejadian malang itu menimpa Aishabeevi, 36, selepas lima hari dia
menjejakkan kaki ke rumah majikannya di Taman Gaya Pelangi di Johor
Bahru pada 10 Julai lalu sebaik tiba dari Chennai, India.
Aishabeevi
Selain majikannya yang merupakan suami isteri, turut tinggal di rumah
tersebut ialah seorang anak pasangan itu dan seorang wanita warga emas.
Aishabeevi, ibu kepada dua anak perempuan berusia 11 dan 13 tahun
mendakwa, dia mula didera seperti dipukul, dikurung, dipaksa makan vavi
selain tidak dibenar bersembahyang pada hari keenam dia bekerja di
rumah itu dan ia berlarutan sehingga dia melarikan diri Jumaat lalu.
Dia juga mendakwa tidak dibenarkan memakai jubah atau tudung.
IV) Mati ditembak sebelum merompak
SYED ISMAIL (tengah) menunjukkan parang panjang dan
barang-barang lain yang ditemui daripada empat lelaki yang ditembak
mati di Kulim, Kedah semalam.
KULIM - Empat penjenayah termasuk tiga bekas banduan yang baru
dibebaskan mati ditembak polis ketika disyaki merancang untuk melakukan
rompakan di Bukit Kukus, Lunas di sini semalam.
Kesemua lelaki itu ditembak mati selepas seorang daripada mereka
melepaskan tembakan ke arah polis manakala tiga lagi suspek cuba
menyerang polis menggunakan parang sebaik menyedari mereka dikepung di
satu jalan mati di Bukit Kukus.
Keempat-empat suspek yang mati ditembak ialah M. Jayaselan, 29, dan R.
Ramesh, 20. Kedua-dua mereka berasal dari Kampung Lengkuas, Pokok Sena,
Kedah.
Ramesh Jayaselan
Dua lagi, S. Chandrapathy, 26, berasal dari Taman Intan, Sungai Petani
dan P. Suresh Sinasamy, 27, berasal dari Batu Caves, Kuala Lumpur.
Kejadian yang berlaku pada pukul 10.30 pagi itu menggemparkan orang
ramai yang melalui jalan utama menghala ke Kulim-Lunas sehingga
menggakibatkan kesesakan lalu lintas lebih lima kilometer.
Ketua Polis Kedah, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, polis mulanya
menerima maklumat mengenai sebuah kereta Proton Waja yang dilihat
mencurigakan berlegar-legar di Bukit Kukus.

"Saya meronta ronta untuk dilepaskan tapi badan helmi begitu sasa dan bertenaga. Akhirnya saya kehilangan mahkota.tiada apa yang boleh saya lakukan ketika itu kecuali menangis"

Re: INFO BERITA DALAM NEGARA : FORUM CENTRAL
berite 1 : milah2 ape nak jadi ngn hang nih....ingat aq mse skolah dulu ade sorang minah ala2 bohsia die digelar mother fuck dtg skolah masuk tandas lelaki isap rokok last2 die kne buang skolah.pastu skolah lak kt tempat len kne buang gak...tp aq tau sejarah idup die,die pernah kne rogol dan dijual oleh abg ipar beliau.
lelaki2 zaman sekarng leh tahan kejamnye....

!k!n@Pr!s0N BrEak- Baru Kerja
- Posts : 331
Join date : 25/08/2009
Re: INFO BERITA DALAM NEGARA : FORUM CENTRAL
huh apew nk jdi lar mcm peristiwa pelik2 blaku
DJ Mr Syafiq- Manager
- Posts : 511
Join date : 10/09/2009
Age : 31
Location : Muar johor
Similar topics
» INFO BERITA SUKAN DALAM DAN LUAR NEGARA : FORUM CENTRAL
» Laman Web Jadi Platform Tingkat Tahap Keselamatan Dalam Negara
» Selamat Datang Ke FOrum Central
» Forum Central akan berpindah!!!!
» Berita Hari ini

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Sat Dec 15, 2018 5:26 pm by MutiaraKirana
» Cara upgrade driver
Tue Feb 12, 2013 5:21 am by Syukur Azzaha
» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED RM 15/KG
Fri Jun 22, 2012 11:23 pm by miezza
» PROMOSI!!! SERBUK ICE BLENDZ (16 - 20 MAC 2012) - RM13 PER 1KG
Fri Mar 16, 2012 1:28 pm by DezireMarketing
» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED
Mon Aug 01, 2011 5:09 pm by Liana
» Kenali aku,
Thu Dec 16, 2010 1:43 pm by weather
» Rahsia Menjana RM20,000 Dalam 20 hari
Wed Sep 29, 2010 6:43 pm by ASBN
» DUIT MASUK HARI-HARI RM50-500, REBUT PELUANG SEGERA
Wed Sep 29, 2010 6:42 pm by ASBN
» KIAMAT DAN KEADAANNYA
Sat Aug 21, 2010 10:16 am by krulayar