Log in
Search
Latest topics
Who is online?
In total there are 9 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 9 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 223 on Sat Oct 12, 2024 3:16 am
Social bookmarking
Bookmark and share the address of Forum Central on your social bookmarking website

KampungFM
INFO BERITA SUKAN DALAM DAN LUAR NEGARA : FORUM CENTRAL
2 posters
Forum Central :: Sukan :: Sukan
Page 1 of 1
INFO BERITA SUKAN DALAM DAN LUAR NEGARA : FORUM CENTRAL
HARI : SELASA | TARIKH : 06 OKTOBER 2009
I) 'Anak emas' Malaysia
HARAPAN Malaysia untuk meraih pingat emas pertama negara daripada Sukan
Olimpik di London pada 2012 semakin cerah de- ngan kejayaan konsisten
yang ditampilkan pelumba trek, Azizulhasni Awang yang menjuarai
Kejohanan Lumba Basikal Trek Grand Prix Medellin di Colombia dua hari
lepas.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek yang menyifatkan
Azizul- hasni kini 'anak emas' Malaysia berkata, kementeriannya akan
memberikan segala bantuan yang diperlukan pelumba yang berasal dari
Dungun, Terengganu itu untuk terus melakar kejayaan.
"Azizulhasni merupakan ikon anak muda negara dan kini merupakan 'anak emas' Malaysia.
"Kejayaannya yang konsisten meyakinkan kementerian untuk mendapatkan
satu emas daripada Olimpik London," katanya di Putrajaya semalam.
AZIZULHASNI AWANG sewaktu mula-mula menceburi sukan lumba basikal.
Malaysia sebelum ini menyasarkan satu emas dari London menerusi pemain
badminton perseorangan negara yang juga pemain No. 1 dunia, Datuk Lee
Chong Wei tetapi kemudian menambah sasaran kepada dua emas selepas
kejayaan konsisten pasu- kan pelumba pecut negara yang diketuai oleh
Azizulhasni.
Pada perlumbaan di Colombia, Azizul- hasni mencatatkan 10.353 saat
untuk menga- tasi pelumba Belanda, Teun Mulder yang mencatat 10.393s
dan juara dunia, Gregory Bauge yang melakukan 10.445s.
Ahmad Shabery juga kagum dengan komit- men Azizulhasni yang kini
berpangkalan di Melbourne, Australia untuk ke kejohanan di Colombia itu
seorang diri tanpa ditemani ju- rulatihnya, John Beasley.
Sejak memenangi pingat perak dalam acara 200 meter pecut pada Kejohanan
Trek Dunia di Poland pada Mac lepas, Azizulhasni yang kini menjadi
pelajar Universiti Deakin di Melbourne, turut meraih dua emas dalam
acara 200 meter pecut individu dan pecut berpasukan pada Kejohanan
Berbasikal Asia (ACC) di Kalimantan, Indonesia pada Ogos lalu.
II) Pemain tentukan nasib Chelsea - Ancelotti
ANELKA (kanan) meraikan jaringannya bersama Deco di Stamford Bridge.
LONDON - Carlo Ancelotti menjelaskan, peluang Chelsea untuk
menjulang gelaran Liga Perdana England musim ini kini terletak di
tangan anak-anak buahnya sendiri.
Kelmarin, Chelsea kembali merampas takhta pendahulu daripada
cengkaman Manchester United setelah menang 2-0 ke atas Liverpool di
Stamford Bridge.
Kini, Ancelotti percaya nasib anak-anak buahnya untuk menamatkan
kemarau kejuaraan liga bergantung kepada kemahuan setiap pemain kelab
London itu.
"Saingan musim ini hanya bergantung kepada kami sekarang, kami
berada di kedudukan teratas dan kami bersedia mengharungi perlawanan
seterusnya dengan penuh keazaman," kata Ancelotti.
The Blues merampas takhta tersebut daripada United setelah anak-anak
buah Alex Ferguson itu diikat 2-2 oleh Sunder- land, Sabtu lalu.
"Tetapi kami mahu terus mengekalkan tumpuan kepada saingan musim
ini, bukan kepada pasukan lain. Ini adalah kejayaan penting ke atas
sebuah pasukan yang bagus dan saya sangat gembira.
"Saingan bagi musim ini? Sasaran kami ialah mahu kalah hanya satu perlawanan dan kami telah pun mengala- minya."
Pada aksi kelmarin, Didier Drogba mencipta dua peluang buat Nicolas Anelka dan Florent Malouda menjaringkan gol.
Ancelotti berkata: "Didier adalah pemain yang membezakan pertemuan
ini dan dia juga telah banyak membantu Anelka di bahagian serangan."
III) Kelantan masih dahagakan kemenangan
NOR FARHAN (kiri) bakal mengetuai jentera serangan Kelantan di Kota Bharu malam ini.
KELANTAN sedang selesa berada di puncak.
Bagi mengukuhkan keselesaan itu mereka mahu terus melakar kemenangan dalam saingan Piala MALAYSIA yang akan memasuki pusingan kedua malam ini.
Apa yang pasti, Kelantan mahu terus mencipta kemenangan bagi memudahkan urusan melangkah ke pusingan suku akhir.
Itu misi skuad Wira Merah itu apabila menentang Pulau Pinang pada
perlawanan Kumpulan E di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam
ini.
Kemenangan pada perlawanan malam itu nanti akan memberi laluan kepada
skuad bimbingan B. Sathianathan itu untuk layak secara secara automatik
ke suku akhir.
Sathianathan

Setakat ini Kelantan sudah mencatat tiga kemena- ngan, sekali gus mendahului kedudukan dalam Kumpulan E dengan sembilan mata.
Meskipun ia bukan sesuatu yang mustahil untuk dicapai, Sathianathan
tetap menuntut anak- anak buahnya supaya mengekalkan momentum cemerlang
selain berhati-hati dengan ancaman daripada pasukan lawan.
"Kita tahu, Pulau Pinang juga mahu pulang dengan tiga mata bagi memastikan perjalanan mereka ke suku akhir kembali terbuka.
"Saya tidak mahu pemain leka terutama barisan pertahanan manakala yang
lain perlu fokus untuk menghasilkan gol," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Dalam perkembangan lain, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan,
Azman Ibrahim berharap penyokong akan memenuhi stadium dan terus
memberi soko- ngan padu kepada skuad Kijang bagi melonjakkan semangat
pemain memburu kejayaan.
"Saya harap penyokong terus memberi sokongan serta memeli- hara disiplin diri ketika menyaksi- kan perlawanan," tambahnya.
HIDOP SEK KLATE!!!! SIARAN LANSUNG PERLAWANAN BOLA SEPAK KELANTAN VS P.PINANG PADA MALAM INI MELALUI SIARAN RADIO GEGAR FM HTTP://JOMGEGAR.NING.COM
IV) Red Giants bersemangat
PEMAIN Selangor masih bersemangat meskipun keletihan selepas pulang dari Singapura.
SELANGOR tetap bersemangat menghadapi Sabah di Stadium Shah Alam malam ini bagi mengesahkan tempat ke suku akhir Piala MALAYSIA 2009 lebih awal.
Malam kelmarin, Selangor tewas 0-3 di tangan skuad kebangsaan
Singapura pada perlawanan jemputan Piala Sultan Selangor 2009 di
Stadium Jalan Besar, Singapura.
Bagaimanapun jurulatih Selangor, K. Devan tidak menganggap kekalahan itu melunturkan semangat pemain-pemainnya.
"Saya tak anggap moral pemain terjejas. Sebaliknya, pertemuan dengan
Singapura ini sebenarnya satu kelebihan buat pemain Selangor kerana
lawan kita itu merupakan skuad kebangsaan.
"Biarpun ada pemain yang tidak beraksi baik, terdapat beberapa
pemain yang jarang saya turunkan telah berjaya menampilkan permainan
yang lebih baik berbanding sebelum ini," katanya selepas perlawanan
malam kelmarin.
Ditanya adakah sentuhan penyudah Selangor yang diketuai Safee Sali
sambil dibantu Rudie Ramli dan Amri Yahyah kurang berkesan kerana gagal
menembusi gawang Singapura, Devan berkata, ia sebenarnya berpunca
daripada keletihan.
"Bukan kita kurang kemas di depan pintu gol tetapi apabila pemain
penat, mereka gagal untuk mengasak pertahanan lawan secara berterusan.
"Saya harap segalanya akan kembali seperti biasa apabila bertemu Sabah," jelas Devan.
Hanya lima pemain yang beraksi sepanjang 90 minit ketika bertemu
Singapura iaitu Hamsani Ahmad, P. Gunalan, Hardi Jaafar, Amri Yahyah
dan Safee Sali manakala yang lain digantikan bagi mengelakkan keletihan.
Jika Selangor berjaya menewaskan Sabah malam ini, mereka hampir
pasti disahkan sebagai juara Kumpulan D dengan 12 mata, sekali gus
layak secara auto- matik ke suku akhir.
Ia pasti membuka ruang buat Devan merehatkan pemain-pemain utamanya yang telah mengharungi jadual perlawanan yang cukup padat.
V) Ronaldinho jadi wira Milan
RONALDINHO
ROM - Pemain gantian, Ronaldinho meledak gol penyamaan ketika
permainan berbaki tujuh minit sekali gus membantu AC Milan mengikat
Atalanta 1-1 dalam aksi Serie A kelmarin.
Pada aksi kelmarin, Milan terpaksa bangkit daripada ketinggalan 0-1 ketika berdepan Atalanta yang dipaksa bermain 10 orang.Namun, jaringan dilakukan Ronaldinho itu merupakan jaringan keempat
Milan dalam tujuh perlawa- nan mereka termasuk dua kemenangan.
Untuk rekod, kelab Rossoneri itu juga dilihat gagal memenangi
empat perlawanan terakhir dalam kempen Eropah dan domestik, sekali gus
menambah lagi tekanan ke atas bahu jurulatihnya, Leonardo.
Begitupun, pemain pertahanan, Alessandro Nesta menegaskan, jurulatih
dari Brazil itu tidak sepatutnya dipersalahkan atas prestasi hambar
kelab tersebut.
"Kami kehilangan dua mata pada malam ini (kelmarin). Kami telah
mencuba sedaya upaya tetapi nampaknya seperti kami tidak mencuba
bersungguh-sungguh kerana semuanya tidak berjalan dengan baik. Kami
tidak berjaya mengawal semua kawa- san di atas padang," kata Nesta.
"Ia satu situasi yang sukar tetapi kami tetap menyokong Leonardo.
Kamu akan kecapi kejayaan dan kekalahan bersama-sama. Kegagalan ini
tidak akan ditanggung oleh seorang individu sahaja."
Atalanta mula mendahului pada minit ke-21 menerusi Simone Tiribocchi
sebelum Ronaldin- ho menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti
tujuh minit sebelum tamat permainan.

Re: INFO BERITA SUKAN DALAM DAN LUAR NEGARA : FORUM CENTRAL
wah chelsick dah baik kee? ari tu baru kalah .. ni memang lak lawan liverfool
Similar topics
» INFO BERITA DALAM NEGARA : FORUM CENTRAL
» Laman Web Jadi Platform Tingkat Tahap Keselamatan Dalam Negara
» Selamat Datang Ke FOrum Central
» Forum Central akan berpindah!!!!
» Berita Hari ini
» Laman Web Jadi Platform Tingkat Tahap Keselamatan Dalam Negara
» Selamat Datang Ke FOrum Central
» Forum Central akan berpindah!!!!
» Berita Hari ini
Forum Central :: Sukan :: Sukan
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Sat Dec 15, 2018 5:26 pm by MutiaraKirana
» Cara upgrade driver
Tue Feb 12, 2013 5:21 am by Syukur Azzaha
» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED RM 15/KG
Fri Jun 22, 2012 11:23 pm by miezza
» PROMOSI!!! SERBUK ICE BLENDZ (16 - 20 MAC 2012) - RM13 PER 1KG
Fri Mar 16, 2012 1:28 pm by DezireMarketing
» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED
Mon Aug 01, 2011 5:09 pm by Liana
» Kenali aku,
Thu Dec 16, 2010 1:43 pm by weather
» Rahsia Menjana RM20,000 Dalam 20 hari
Wed Sep 29, 2010 6:43 pm by ASBN
» DUIT MASUK HARI-HARI RM50-500, REBUT PELUANG SEGERA
Wed Sep 29, 2010 6:42 pm by ASBN
» KIAMAT DAN KEADAANNYA
Sat Aug 21, 2010 10:16 am by krulayar