Forum Central
Kami telah berpidah ke server baru <a href="WWW.KAMPUNGFM.COM">KAMPUNGFM.COM</a>

Join the forum, it's quick and easy

Forum Central
Kami telah berpidah ke server baru <a href="WWW.KAMPUNGFM.COM">KAMPUNGFM.COM</a>
Forum Central
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» Sah!!!! SITI NORDIANA FAILKAN PERCERAIAN KE ATAS FAIZAL YUSUP
RIAK JADIKAN AMALAN IBARAT DEBU BERTERBANGAN EmptySat Dec 15, 2018 5:26 pm by MutiaraKirana

» Cara upgrade driver
RIAK JADIKAN AMALAN IBARAT DEBU BERTERBANGAN EmptyTue Feb 12, 2013 5:21 am by Syukur Azzaha

» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED RM 15/KG
RIAK JADIKAN AMALAN IBARAT DEBU BERTERBANGAN EmptyFri Jun 22, 2012 11:23 pm by miezza

» PROMOSI!!! SERBUK ICE BLENDZ (16 - 20 MAC 2012) - RM13 PER 1KG
RIAK JADIKAN AMALAN IBARAT DEBU BERTERBANGAN EmptyFri Mar 16, 2012 1:28 pm by DezireMarketing

» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED
RIAK JADIKAN AMALAN IBARAT DEBU BERTERBANGAN EmptyMon Aug 01, 2011 5:09 pm by Liana

» Kenali aku,
RIAK JADIKAN AMALAN IBARAT DEBU BERTERBANGAN EmptyThu Dec 16, 2010 1:43 pm by weather

» Rahsia Menjana RM20,000 Dalam 20 hari
RIAK JADIKAN AMALAN IBARAT DEBU BERTERBANGAN EmptyWed Sep 29, 2010 6:43 pm by ASBN

» DUIT MASUK HARI-HARI RM50-500, REBUT PELUANG SEGERA
RIAK JADIKAN AMALAN IBARAT DEBU BERTERBANGAN EmptyWed Sep 29, 2010 6:42 pm by ASBN

» KIAMAT DAN KEADAANNYA
RIAK JADIKAN AMALAN IBARAT DEBU BERTERBANGAN EmptySat Aug 21, 2010 10:16 am by krulayar

Who is online?
In total there are 12 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 12 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 223 on Sat Oct 12, 2024 3:16 am
Social bookmarking

Social bookmarking reddit      

Bookmark and share the address of Forum Central on your social bookmarking website

Bookmark and share the address of Forum Central on your social bookmarking website

RSS feeds


Yahoo! 
MSN 
AOL 
Netvibes 
Bloglines 


KampungFM



Affiliates
free forum


RIAK JADIKAN AMALAN IBARAT DEBU BERTERBANGAN

2 posters

Go down

RIAK JADIKAN AMALAN IBARAT DEBU BERTERBANGAN Empty RIAK JADIKAN AMALAN IBARAT DEBU BERTERBANGAN

Post by KeKaSiH Ku SeRu Thu Sep 17, 2009 9:53 am

ADAKAH rahsia yang
tersimpan di antara diri kita dengan Allah Taala? Menyembunyikan amal kebaikan
dari pengetahuan orang lain. Sungguh berat untuk dilakukan kerana lumrahnya
manusia memang suka kepada puji-pujian. Berbeza jika seseorang itu melakukan
kejahatan, dia akan bersusah-payah menyembunyikan kejahatannya itu daripada
pandangan manusia.
[/size]


Bersyukurlah kerana
Allah SWT menghijab segala aib kita daripada mata manusia. Apakah rahsia yang
anda sembunyikan itu? Jika ia suatu kejahatan, maka banyakkanlah istighfar,
kalau rahsia itu adalah amal ibadat yang ikhlas, maka bersyukurlah kerana Allah
SWT menunjukkan diri anda.


Al-Shaikh Muhammad
Salih Al-Munajjid menukilkan dalam kitabnya Silsilah A’mal al-Qulub: "Imam
al-Mawardi menghasilkan penulisan yang banyak dalam bidang tafsir al-Quran,
fiqah dan cabang ilmu lainnya. Namun tiada satu pun karyanya yang diterbitkan
semasa hidupnya, melainkan ketika saat akhir hayatnya. Beliau berkata kepada
sahabatnya "Semua buku itu adalah hasil karyaku, aku berwasiat kepadamu jika aku
sedang menghadapi nazak, letakkanlah telapak tanganmu pada telapak tanganku.
Jika aku menggenggamnya ketahuilah bahawa tidak ada satu pun daripada hasil
tulisanku itu diterima oleh Allah Taala. Bawalah buku-buku itu ke sungai Tigris
dan campakkanlah ia semua ke dalamnya. Sebaliknya, jika aku membuka tanganku,
maka ketahuilah bahawa semuanya diterima Allah Taala sebagaimana yang kudambakan
dari-Nya." Ternyata Imam al-Mawardi membuka tangannya dan sesuai dengan
wasiatnya buku beliau telah diterbitkan.


Cukuplah hanya Allah
SWT yang tahu segala amal baik yang dilakukan. Ini bukan bermakna kita tidak
boleh menghebahkan amal berkenaan. Ia tidak salah jika diniatkan untuk memberi
teladan kepada orang lain dan supaya syiar Islam dapat dijadikan contoh manusia
seluruhnya. Tetapi bagaimana dengan risiko sifat riak yang merosakkan
amal?


Jika kita tidak mahu
terjebak oleh penyakit berbahaya ini, sebaiknya kembalilah mengulang kaji
pelajaran ikhlas yang pernah membuat Saidina Abu Hurairah RA amat tertekan
ketika menyebut tentang hadis Rasulullah SAW berikut ini. Dikatakan bahawa
beliau kerap menangis kerana takut ketika membacakannya.


Sabda Rasululllah SAW
yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang pertama kali diputuskan hukumannya pada
hari kiamat kelak ialah seorang lelaki yang mati syahid, dia akan dihadapkan
kepada Allah SWT, kemudian Allah SWT mengingatkannya akan nikmat yang pernah
dianugerahkan kepadanya sewaktu di dunia dulu, maka dia pun kembali
mengingatinya, kemudian Allah Taala bertanya "Apa yang engkau lakukan dengan
nikmat yang Aku anugerahkan kepadamu? Ia menjawab "Nikmat itu saya pergunakan
untuk berperang kerana membela agamaMu sehingga aku mati syahid. Allah SWT
berfirman "Engkau dusta! Engkau telah berperang dengan tujuan supaya disebut
sebagai orang yang berani (pahlawan) dan perkara itu telahpun diperkatakan orang
sebegitu ke atas mu." Kemudian dia diheret di atas mukanya dan dicampakkan ke
dalam neraka.



Kemudian dihadapkan
pula seorang yang alim, dia mengajar ramai manusia dan banyak membaca al-Quran.
Allah SWT bertanya "Apakah yang engkau telah lakukan dengan nikmat-ku itu? Ia
berkata "Aku belajar ilmu dan mengajarkannya kepada orang lain dan banyak
membaca al-Quran demi keredaan-Mu. Allah berfirman "Engkau dusta! Sebenarnya
engkau belajar dan mengajarkan ilmu supaya disebut sebagai orang alim, dan
engkau membaca Al-Quran supaya mendapat gelaran Qari’ dan semua itu telahpun
disebut orang sebegitu kepadamu." Orang itu kemudian diheret dan dihumban ke
dalam neraka.


Kemudian dihadapkan
pula orang yang dermawan yang diluaskan rezekinya oleh Allah Taala dengan
pelbagai macam harta benda. Kemudian Allah bertanya "Apa yang engkau telah
lakukan ke atas nikmatKu? Ia menjawab "Tiada satu jalan pun yang Engkau suruh
supaya diberikan derma kepadanya kecuali saya telah dermakan harta saya di sana.
Allah SWT berfirman "Engkau dusta! Engkau menderma supaya disebut sebagai orang
yang dermawan dan ia telahpun disebut orang begitu kepadamu. Kemudian ia diheret
ke neraka." Hadis riwayat Imam Muslim

Bolehkah kita terhindar daripada
niat yang lain selain untuk Allah SWT? Betapa ruginya jika amal itu bagai debu
yang berterbangan. Firman Allah Taala yang bermaksud "Dan kami tunjukkan segala
amal yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu bagaikan debu yang
berterbangan." (Surah Al-Furqan: Ayat 23).

Hasutan syaitan ke atas orang
yang beramal tidak akan berhenti. Adakalanya kita berasa malas melakukan ibadat
kerana ada bisikan yang mengatakan "Untuk apa beramal jika hati tidak ikhlas,
tentu tidak diterima oleh Allah."
KeKaSiH Ku SeRu
KeKaSiH Ku SeRu
Budak Sekolah Menengah
Budak Sekolah Menengah

Posts : 63
Join date : 26/08/2009
Age : 41

Back to top Go down

RIAK JADIKAN AMALAN IBARAT DEBU BERTERBANGAN Empty Re: RIAK JADIKAN AMALAN IBARAT DEBU BERTERBANGAN

Post by nuwinzaaba Thu Sep 17, 2009 12:32 pm

Sesungguhnya Riak ialah menunjuk-nunjuk atau menunjukkan kelebihan diri sendiri kepada orang lain untuk mendapat perhatian, sanjungan, kedudukan, dan pujian. Allah S.W.T. melarang orang daripada bersifat riak. Tqvm KKS... gud posting!!~~
nuwinzaaba
nuwinzaaba
Manager
Manager

Posts : 554
Join date : 25/08/2009
Age : 94
Location : Bangi, Selangor, Malaysia

Back to top Go down

RIAK JADIKAN AMALAN IBARAT DEBU BERTERBANGAN Empty Re: RIAK JADIKAN AMALAN IBARAT DEBU BERTERBANGAN

Post by KeKaSiH Ku SeRu Mon Sep 28, 2009 6:28 pm

same2 la kite belajar ye..
KeKaSiH Ku SeRu
KeKaSiH Ku SeRu
Budak Sekolah Menengah
Budak Sekolah Menengah

Posts : 63
Join date : 26/08/2009
Age : 41

Back to top Go down

RIAK JADIKAN AMALAN IBARAT DEBU BERTERBANGAN Empty Re: RIAK JADIKAN AMALAN IBARAT DEBU BERTERBANGAN

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum