Forum Central
Kami telah berpidah ke server baru <a href="WWW.KAMPUNGFM.COM">KAMPUNGFM.COM</a>

Join the forum, it's quick and easy

Forum Central
Kami telah berpidah ke server baru <a href="WWW.KAMPUNGFM.COM">KAMPUNGFM.COM</a>
Forum Central
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» Sah!!!! SITI NORDIANA FAILKAN PERCERAIAN KE ATAS FAIZAL YUSUP
Pemuda Cabar Nik Aziz Jadikan Islam Sbg Dasar Dalam Pakatan Rakyat. EmptySat Dec 15, 2018 5:26 pm by MutiaraKirana

» Cara upgrade driver
Pemuda Cabar Nik Aziz Jadikan Islam Sbg Dasar Dalam Pakatan Rakyat. EmptyTue Feb 12, 2013 5:21 am by Syukur Azzaha

» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED RM 15/KG
Pemuda Cabar Nik Aziz Jadikan Islam Sbg Dasar Dalam Pakatan Rakyat. EmptyFri Jun 22, 2012 11:23 pm by miezza

» PROMOSI!!! SERBUK ICE BLENDZ (16 - 20 MAC 2012) - RM13 PER 1KG
Pemuda Cabar Nik Aziz Jadikan Islam Sbg Dasar Dalam Pakatan Rakyat. EmptyFri Mar 16, 2012 1:28 pm by DezireMarketing

» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED
Pemuda Cabar Nik Aziz Jadikan Islam Sbg Dasar Dalam Pakatan Rakyat. EmptyMon Aug 01, 2011 5:09 pm by Liana

» Kenali aku,
Pemuda Cabar Nik Aziz Jadikan Islam Sbg Dasar Dalam Pakatan Rakyat. EmptyThu Dec 16, 2010 1:43 pm by weather

» Rahsia Menjana RM20,000 Dalam 20 hari
Pemuda Cabar Nik Aziz Jadikan Islam Sbg Dasar Dalam Pakatan Rakyat. EmptyWed Sep 29, 2010 6:43 pm by ASBN

» DUIT MASUK HARI-HARI RM50-500, REBUT PELUANG SEGERA
Pemuda Cabar Nik Aziz Jadikan Islam Sbg Dasar Dalam Pakatan Rakyat. EmptyWed Sep 29, 2010 6:42 pm by ASBN

» KIAMAT DAN KEADAANNYA
Pemuda Cabar Nik Aziz Jadikan Islam Sbg Dasar Dalam Pakatan Rakyat. EmptySat Aug 21, 2010 10:16 am by krulayar

Who is online?
In total there are 6 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 6 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 223 on Sat Oct 12, 2024 3:16 am
Social bookmarking

Social bookmarking reddit      

Bookmark and share the address of Forum Central on your social bookmarking website

Bookmark and share the address of Forum Central on your social bookmarking website

RSS feeds


Yahoo! 
MSN 
AOL 
Netvibes 
Bloglines 


KampungFM



Affiliates
free forum


Pemuda Cabar Nik Aziz Jadikan Islam Sbg Dasar Dalam Pakatan Rakyat.

5 posters

Go down

Pemuda Cabar Nik Aziz Jadikan Islam Sbg Dasar Dalam Pakatan Rakyat. Empty Pemuda Cabar Nik Aziz Jadikan Islam Sbg Dasar Dalam Pakatan Rakyat.

Post by Mr.Puaka Sat Sep 05, 2009 7:34 am

Oleh:Hj. Mohd Affandi Yusof

Saya menganggap cadangan Nik Aziz agar parti itu membuka keahliannya kepada bukan Islam sebagai suatu cadangan yang baik, ia baik untuk perpaduan rakyat dinegara ini, namun Pakatan Rakyat perlu memperaktikkannya dan membuktikannya terlebih dahulu sebelum ia dicadangkan kepada BN.

YAB Datuk Nik Aziz menyebut biarlah Islam sebagai dasar atau tunjang perjuangan parti yang bakal dibentuk nanti.

Sebab itu kami mencabar Datuk Nik Aziz dan kepimpinan Pas melaksanakan Dasar Islam dikalangan Pakatan Rakyat terlebih dahulu, dengan merombak semua parti komponen PR- DAP, PKR dan PAS, jadikan ia satu parti dan letakkan dasar dan matlamat perjuangan Pakatan Rakyat ialah Islam.

Kalau lah Pas berjaya membentuk dan meletakkan Dasar Pakatan Rakyat ialah Islam, maka ia suatu yang baik dan harus dipuji.

Apa yang nyata sekarang, antara mereka tiga beradik pun mempunyai matlamat yang berlainan, tidur sekatil, tapi mimpi lain-lain. Buktikan dalam perlembagaan PKR, adakah terdapat pada mana-mana fasal tujuan dan matlamat PKR untuk Islam? Demikian juga DAP?

Oleh kerana kedua-dua parti tidak bermatlamatkan Islam, kenapa Pas bersekongkol dengan pihak yang tidak berjuang untuk Islam. Yang mana UMNO telah terbukti berjuang untuk Islam sejak Negara kita merdeka hingga kini, mengangkat martabat umat Islam, meningkatkan syiar dan mengembangkan Islam dalam Negara, sepatutnya Pas perlu memilih UMNO sebagai rakan kongsi untuk melaksanakan agenda Islam.

Pada asasnya hasrat Pas adalah baik. Cuma Pas perlu buktikan dulu ia terlaksana dalam Pakatan Rakyat. Jangan sampai rakyat melihat Pas hanya ibarat ketam yang mahu mengajar anaknya berjalan lurus, tapi mereka sendiri seperti “ayam jantan berkokok riang, ekor dan kaki berlumuran najis”.

Apa yang mengecewakan saya ialah, usaha untuk menjadikan dasar Malaysian Malaysia dilakukan tanpa henti oleh pihak pembangkang. Mereka begitu ghairah untuk memastikan tiada lagi keistimewaan yang dinikmati oleh bumiputera selama ini, termasuklah Hak Istimewa Melayu walaupun perkara tersebut dijamin oleh perlembagaan.

Kenapakah keistimewaan orang Melayu yang telah dinikmati oleh bangsa Melayu sejak 52 tahun yang lalu dituduh sebagai “Asabiyyah” dan “haram”?

Kenapa pembangkang menentang usaha untuk mengangkat martabat bangsa Melayu dan Islam yang diperjuangkan UMNO, bahkan memberikan berbagai gelaran dan tuduhan kepada UMNO.

Kami amat kecewa dengan sikap Pas yang sanggup menggadai Hak Istimewa Melayu demi kepentingan politik sempit mereka, bahkan mereka juga sangguh menodai pusaka tunggal peninggalan datuk nenek moyang kita yang amat berharga untuk orang Melayu.

Jika Nik Aziz merasakan bahawa hanya Pas yang berjuang untuk Islam, ia suatu fahaman yang teramat salah. Perkara ini telah berlaku dalam sejarah Islam, iaitu golongan Khawarij yang berpendirian seumpama ini.

Bahkan ia juga menampakkan sifat takabbur dan bongkak, dengan mendakwa hanya pihak mereka sahaja yang Islam, sedangkan pihak lain semua tidak Islam adalah tidak betul, kerana Islam ini agama Allah untuk sekalian manusia dan jin, samada yang masuk parti ataupun tidak.

Mana mungkin Nik Aziz boleh menganggap tidak menyokong Pas, sebagai menolak Islam.

Saya nak beritahu dia sekali lagi bahawa, UMNO pun berjuang untuk Islam sama seperti Pas juga, dan hasil perjuangan Islam UMNO telah terbukti sejak 52 tahun yang lalu.

Pembangkang perlu ingat bahawa Negara ini telah dipimpin dan ditadbir dengan aman, makmur dan berjaya selama 52 tahun BN memerintah.

Itu merupakan bukti bahawa acuan dan dasar BN telah mengangkat martabat rakyat Malaysia sebagaimana yang kita nikmati pada hari ini.


Penulis Adalah Pengerusi Biro Agama, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia


Puaka:Boleh atau tidak, sy pun tidak pasti. Very Happy
Mr.Puaka
Mr.Puaka
Moderator
Moderator

Posts : 741
Join date : 27/08/2009
Age : 44
Location : Kuala Lumpur

http://xat.com/kedaimamak

Back to top Go down

Pemuda Cabar Nik Aziz Jadikan Islam Sbg Dasar Dalam Pakatan Rakyat. Empty Re: Pemuda Cabar Nik Aziz Jadikan Islam Sbg Dasar Dalam Pakatan Rakyat.

Post by Pijan Sat Sep 05, 2009 10:55 am

Masalah utama UMNO yang memgakibatkan TGNA naik angin ialah UMNO ni mengaku berjuang untuk islam tapi selama 52 tahyun memerintah Malaysia, kenapa langsung tkde usaha untuk memartabatkan Hukum Allah SWT, tapi mengaku berjuang untuk islam seakan2 islam UMNO ni islam yang dipilih2,ade yang UMNO buat ade yg UMNO tkmo buat.Tu pasal TGNA kata UMNO ni islam plastik...tak leh nk paham2 lagi ke org UMNO ni??

Jadi sekarang ni tak payah la nk cabar TGNA buat ini buat itu kalau dah parti sendiri (UMNO) tu dah tak berapa nk betul.


** Bukan TGNA tkmo buat Hukum Hudud & Qisas kat Kelantan tapi awal2 lagi geng2 UMNO ni dah cantas siap bagi amaran mcm2 kat TGNA
Pijan
Pijan
Moderator
Moderator

Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 49
Location : KuaLa LumPur

Back to top Go down

Pemuda Cabar Nik Aziz Jadikan Islam Sbg Dasar Dalam Pakatan Rakyat. Empty Re: Pemuda Cabar Nik Aziz Jadikan Islam Sbg Dasar Dalam Pakatan Rakyat.

Post by jacksperow Sat Sep 05, 2009 11:29 am

APA PUNYA BENGONG LA PEMUDA NI....BAIK DIAORG AJAK TOK GURU NIK AZIZ JADIKAN MALAYSIA SEBUAH NEGARA ISLAM YG DIRAHMATI ALLAH S.W.T...LG BAGUS...SEMUA SEPAKAT...NI TAK....

jacksperow
Manager
Manager

Posts : 609
Join date : 21/08/2009

Back to top Go down

Pemuda Cabar Nik Aziz Jadikan Islam Sbg Dasar Dalam Pakatan Rakyat. Empty Re: Pemuda Cabar Nik Aziz Jadikan Islam Sbg Dasar Dalam Pakatan Rakyat.

Post by Admin Sun Sep 06, 2009 1:51 am

senang jer cabar org... nape UMNO tak ajak MIC n MCA wat menda ni.. sbb dia org tau susah org cina ni nak terima... sbb tu ia berani cabar...
Admin
Admin
Admin
Admin

Posts : 1456
Join date : 12/08/2009
Location : Wilayah Iskandar

https://forumcentral.forumms.net

Back to top Go down

Pemuda Cabar Nik Aziz Jadikan Islam Sbg Dasar Dalam Pakatan Rakyat. Empty Re: Pemuda Cabar Nik Aziz Jadikan Islam Sbg Dasar Dalam Pakatan Rakyat.

Post by tongkat warent Sun Sep 06, 2009 2:07 am

dinegara yg berbilang kaum ni susah nak wat semua ni..pas tiada media yg luas untuk menerangkan kepada masyarakat selain melayu bagaimanakah cara undang2 islam ditegakkan..org umno dengan sedaya usaha menakutkan bangsa lain dengan menyebarkan dakyah sonsang kononnya bangsa lain ditindas sekiranya undang2 islam ditegakkan..benda ni sukar tapi tak mustahil..benda ni jadi semakin susah dengan ancaman dari bangsa seagama sendiri.

tongkat warent
Baru Kerja
Baru Kerja

Posts : 259
Join date : 05/09/2009
Location : selatan malaysia

Back to top Go down

Pemuda Cabar Nik Aziz Jadikan Islam Sbg Dasar Dalam Pakatan Rakyat. Empty Re: Pemuda Cabar Nik Aziz Jadikan Islam Sbg Dasar Dalam Pakatan Rakyat.

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum