Forum Central
Kami telah berpidah ke server baru <a href="WWW.KAMPUNGFM.COM">KAMPUNGFM.COM</a>

Join the forum, it's quick and easy

Forum Central
Kami telah berpidah ke server baru <a href="WWW.KAMPUNGFM.COM">KAMPUNGFM.COM</a>
Forum Central
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» Sah!!!! SITI NORDIANA FAILKAN PERCERAIAN KE ATAS FAIZAL YUSUP
Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego EmptySat Dec 15, 2018 5:26 pm by MutiaraKirana

» Cara upgrade driver
Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego EmptyTue Feb 12, 2013 5:21 am by Syukur Azzaha

» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED RM 15/KG
Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego EmptyFri Jun 22, 2012 11:23 pm by miezza

» PROMOSI!!! SERBUK ICE BLENDZ (16 - 20 MAC 2012) - RM13 PER 1KG
Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego EmptyFri Mar 16, 2012 1:28 pm by DezireMarketing

» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED
Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego EmptyMon Aug 01, 2011 5:09 pm by Liana

» Kenali aku,
Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego EmptyThu Dec 16, 2010 1:43 pm by weather

» Rahsia Menjana RM20,000 Dalam 20 hari
Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego EmptyWed Sep 29, 2010 6:43 pm by ASBN

» DUIT MASUK HARI-HARI RM50-500, REBUT PELUANG SEGERA
Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego EmptyWed Sep 29, 2010 6:42 pm by ASBN

» KIAMAT DAN KEADAANNYA
Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego EmptySat Aug 21, 2010 10:16 am by krulayar

Who is online?
In total there are 7 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 7 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 223 on Sat Oct 12, 2024 3:16 am
Social bookmarking

Social bookmarking reddit      

Bookmark and share the address of Forum Central on your social bookmarking website

Bookmark and share the address of Forum Central on your social bookmarking website

RSS feeds


Yahoo! 
MSN 
AOL 
Netvibes 
Bloglines 


KampungFM



Affiliates
free forum


Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego

+8
Pijan
!k!n@Pr!s0N BrEak
Admin
et0n
hafiz_mivec88
selendang berduri
jacksperow
Mr.Puaka
12 posters

Go down

Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego Empty Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego

Post by Mr.Puaka Sat Sep 12, 2009 7:19 am

Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego Icon_mad Mendiamkan diri selama setahun lebih selepas memfailkan permohonan nusyuz (derhaka) terhadap bekas isterinya, Intan Shahira Mohd. Shahru, 28, pada 22 Februari 2008, Beego tidak memilih untuk menghilang terus daripada industri lakonan.

Dalam jangkamasa itu, Beego yang turut menyelesaikan kes penceraiannya pada Mac lalu sebenarnya mengambil masa untuk menenangkan diri.

Melawat Thailand dan Singapura selain menghabiskan kebanyakan masa bersama ibu bapanya di Johor Bahru, Beego turut memerlukan masa untuk mencari kekuatan diri.

Kehilangan sementara itu juga kerana dirinya tidak sanggup berdepan dengan soalan-soalan 'pedas' yang bakal ditanya orang ramai. Maka, apabila merasakan dirinya sudah bersedia, Beego mula menerima tawaran lakonan sejak Februari lalu.

"Selepas merasakan diri sudah bersedia dan menerima tawaran yang banyak, saya membuat keputusan untuk kembali bekerja. Kesungguhan pengarah filem Libas, Jurey Latiff mencari saya juga menjadi punca mengapa saya kembali berlakon.

"Saya juga terlibat dengan penggambaran drama Cuci yang ditayangkan di RTM. Selain daripada itu, Aziz M.Osman turut menawarkan saya untuk berlakon dalam filemnya, CE1 serta telefilem, Tragedi Malam Raya untuk tayangan TV3," kata Beego ketika ditemui pada majlis Inspirasi Lebaran TV3 dan Riang Ria TV9. Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego Hi_01.2
MELATIH diri melawan kesedihan, Beego kini sudah kembali ceria untuk meneruskan kerja-kerja seninya.


Beego atau nama sebenarnya, Mohamad Aszarul Nizam Abdullah, 29, memberitahu masa keseorangan itu juga telah mengajar dia erti kehidupan, kepercayaan dan takdir.

Oleh itu, jika Beego bakal menerima nasib yang sama pada masa akan datang, dia sudah mempunyai pengalaman.

"Mungkin selepas ini saya yang mempunyai pengalaman akan lebih bersedia menghadapi cabaran dalam krisis hubungan cinta. Tapi ini juga tidak bermaksud saya lebih senang menerimanya. Kini saya amat bersyukur keranamempunyai keberanian untuk meneruskan perjalanan hidup saya secara biasa.

"Saya kini lebih berdikari dan sentiasa mencari jalan penyelesaian kepada setiap masalah. Apa yang utama adalah mengamalkan sikap bermaaf-maafan dan sedia melupakan kisah sedih," tambahnya yang sedang merakamkan tele-filem Segi.

Perkahwinan pasangan itu pada 28 Disember 2007 di Bandar Baru UDA, Johor Bahru hanya mampu bertahan selama empat bulan walaupun mereka bercinta selama sembilan tahun. Maka, perpisahan itu bukan sesuatu yang senang untuk diterima.
Malah, kenyataan itu membuatkan Beego hampir mahu mengambil nyawanya sendiri. Ini kerana, hati Beego tidak pernah menyangka atau berfikir institusi cintanya akan menerima nasib sedemikian.

Namun, dia bernasib baik kerana di sepanjang kemelutan itu, ramai kawan sejatinya tampil memberi sokongan padu. "Saya amat bertuah kerana kawan-kawan saya berada di sisi saya pada saat-saat saya memerlukan mereka.

"Bukannya saya tidak boleh berkongsi dengan ibu saya tetapi saya lebih selesa bercerita dengan kawan-kawan saya. Pada saya, ibu hanya akan menasihati saya tetapi kawan-kawan saya pula akan memahami perasaan saya.

"Ini kerana ada di kalangan mereka yang pernah melalui pengalaman sama. Apa pun, saya amat terharu kerana mereka adalah orang yang membantu saya mengharungi saat-saat genting itu," ujar Beego.

Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego Hi_01.3
SEHINGGA ke detik ini, Beego tidak sanggup ‘melepaskan’ cincin perkahwinan di jari manisnya.

Belum serik untuk bercinta semula, kali terakhir Beego berjumpa dengan Intan adalah semasa di mahkamah.

Namun, Beego sehingga kini masih memakai cincin perkahwinan mereka kerana tidak sampai hati untuk membuangnya. Lagipun perpisahan itu bukan sesuatu yang senang untuk dilupakan.

"Macam mana saya boleh buang begitu sahaja cincin itu? Saya tidak dapat berbuat sedemikian. Rasanya satu-satu cara untuk saya melupakan kisah cinta lama saya adalah dengan berkahwin semula.

"Pernah suatu ketika saya berfikir untuk tidak mahu bercinta semula tetapi sampai bila saya perlu bersedih? Hidup perlu diteruskan dan perpisahan adalah lumrah hidup. Ia adalah ujian Tuhan yang saya kena laluinya," jawab
Beego yang popular menerusi drama Puteri.

Tidak menyalahkan mana-mana pihak atas perpisahan itu, Beego memberitahu dia dan bekas isterinya tidak meminta takdir perpisahan berlaku kepada hidup mereka.

Kini dengan hidup 'baru', Beego mengaku hatinya sudah terbuka untuk menerima cinta baru. Tapi dia merasakan tidak ramai wanita yang berani mendampinginya.

"Siapalah yang nak kat saya? Walaupun saya tidak kisah untuk bercinta, tapi kini saya masih solo. Mungkin disebabkan ramai orang takut kepada saya, maka saya masih keseorangan. Dia orang mungkin rasa saya jahat. Ditambah dengan saya yang agak pemalu dan penyegan, jadi agak sukar untuk saya berkenalan dengan wanita.

"Tapi apa yang utama adalah jika saya ingin berkahwin pada masa akan datang, saya mahukan restu daripada keluarga wanita itu. Pengalaman telah mengajar dan saya mahu mereka menerima saya dengan seadanya. Cukuplah sekali peristiwa perit itu," katanya dalam senyuman.

Mengubah imej diri dengan menyimpan rambut panjang buat pertama kali dalam hidupnya, Beego
menyukai penampilannya sekarang kerana mempunyai signifikasi tersendiri.

"Dulu saya tidak pernah menyimpan rambut panjang kerana sikap tidak sabar untuk menunggu. Tapi, sekarang dengan rambut panjang, saya tahu bahawa diri saya seorang yang penyabar. Nilai kesabaran itu akan saya gunakan pada masa-masa akan datang," ujarnya.

Puaka: Dapat bini kaya pun susah.. nasib nasib Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego Icon_mad
Mr.Puaka
Mr.Puaka
Moderator
Moderator

Posts : 741
Join date : 27/08/2009
Age : 44
Location : Kuala Lumpur

http://xat.com/kedaimamak

Back to top Go down

Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego Empty Re: Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego

Post by jacksperow Sat Sep 12, 2009 7:22 am

lepas ni aku nak cari beego..potong jari dia amik cincin tu...aku
nak gadai,nak beli sub woo..korang kedekut sub sangat...

jacksperow
Manager
Manager

Posts : 609
Join date : 21/08/2009

Back to top Go down

Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego Empty Re: Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego

Post by selendang berduri Sat Sep 12, 2009 11:03 pm

wakakka bajang cm le jumpe beego tuh
selendang berduri
selendang berduri
Manager
Manager

Posts : 610
Join date : 31/08/2009
Age : 37
Location : JaLaN iPoH,Kl

http://nszantiquezone.blogspot.com

Back to top Go down

Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego Empty Re: Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego

Post by hafiz_mivec88 Sat Sep 12, 2009 11:04 pm

dia pakai utk wat kenangan tue..cian dia
hafiz_mivec88
hafiz_mivec88
Manager
Manager

Posts : 654
Join date : 02/09/2009
Age : 36
Location : seremban

Back to top Go down

Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego Empty Re: Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego

Post by selendang berduri Sat Sep 12, 2009 11:51 pm

ke tggu mase nak gadai...wkakakaka
selendang berduri
selendang berduri
Manager
Manager

Posts : 610
Join date : 31/08/2009
Age : 37
Location : JaLaN iPoH,Kl

http://nszantiquezone.blogspot.com

Back to top Go down

Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego Empty Re: Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego

Post by hafiz_mivec88 Sun Sep 13, 2009 12:10 am

x baik ler
hafiz_mivec88
hafiz_mivec88
Manager
Manager

Posts : 654
Join date : 02/09/2009
Age : 36
Location : seremban

Back to top Go down

Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego Empty Re: Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego

Post by selendang berduri Sun Sep 13, 2009 1:39 pm

ye bro x baik la
selendang berduri
selendang berduri
Manager
Manager

Posts : 610
Join date : 31/08/2009
Age : 37
Location : JaLaN iPoH,Kl

http://nszantiquezone.blogspot.com

Back to top Go down

Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego Empty Re: Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego

Post by jacksperow Sun Sep 13, 2009 1:44 pm

ala aku nak beli sub je...bukan nak wat pape pun...aku slalu gak jmpa beego kat uptown shah alam....kali ni aku tak kasi chan...

jacksperow
Manager
Manager

Posts : 609
Join date : 21/08/2009

Back to top Go down

Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego Empty Re: Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego

Post by et0n Mon Sep 14, 2009 10:44 am

ingat kenangan bersama beego masa sekolah darjah 5..
lepak ramai2 tepi padang sekolah..
beego adalah sorg yg baik sgt2 time sekolah dulu...
Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego Icon_wink
et0n
et0n
Moderator
Moderator

Posts : 476
Join date : 24/08/2009
Age : 44
Location : Wilayah Iskandar, Johor Bahru

Back to top Go down

Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego Empty Re: Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego

Post by Admin Mon Sep 14, 2009 1:13 pm

et0n wrote:ingat kenangan bersama beego masa sekolah darjah 5..
lepak ramai2 tepi padang sekolah..
beego adalah sorg yg baik sgt2 time sekolah dulu...
Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego Icon_wink
tu dulu .. skng lain... Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego Icon_razz
Admin
Admin
Admin
Admin

Posts : 1456
Join date : 12/08/2009
Location : Wilayah Iskandar

https://forumcentral.forumms.net

Back to top Go down

Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego Empty Re: Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego

Post by et0n Wed Sep 16, 2009 10:37 am

Admin wrote:
et0n wrote:ingat kenangan bersama beego masa sekolah darjah 5..
lepak ramai2 tepi padang sekolah..
beego adalah sorg yg baik sgt2 time sekolah dulu...
Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego Icon_wink
tu dulu .. skng lain... Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego Icon_razz

nape skrng dia jahta kee??
et0n
et0n
Moderator
Moderator

Posts : 476
Join date : 24/08/2009
Age : 44
Location : Wilayah Iskandar, Johor Bahru

Back to top Go down

Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego Empty Re: Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego

Post by !k!n@Pr!s0N BrEak Wed Sep 16, 2009 11:42 am

wahh bestnyer sis lepak sekali ngn beego...
bercinte lame2 pon kawin xkekal jugak..ni la dinamekn takdir kite hanye merancang tp allah yg menentukan.mcm mne nk buang cincin kat tangan 2 kalau cincin tu lambang cinte dorang berdue...pakai cincin tu seolah-olah org die syg ade disisinye.hehehe
!k!n@Pr!s0N BrEak
!k!n@Pr!s0N BrEak
Baru Kerja
Baru Kerja

Posts : 331
Join date : 25/08/2009

Back to top Go down

Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego Empty Re: Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego

Post by Pijan Wed Sep 16, 2009 12:09 pm

Orang lelaki kalau pakai emas hukumnya haram...
Pijan
Pijan
Moderator
Moderator

Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 49
Location : KuaLa LumPur

Back to top Go down

Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego Empty Re: Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego

Post by aL_BeLLa Wed Sep 16, 2009 9:54 pm

urmm...
wahh bajang ni gadai cincin die??
siap potong jari agi???
wahkaka..
awat xpotong lengan2 die skali???
makan2!!!
urm!!!
yum2
aL_BeLLa
aL_BeLLa
Executive Officer
Executive  Officer

Posts : 397
Join date : 07/09/2009
Location : shah alam,sek 19

Back to top Go down

Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego Empty Re: Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego

Post by sherah_koala91 Wed Sep 16, 2009 10:13 pm

haha.. bella kte nk goreng gak ke lengan die..
haha.. pastu jual.. dpt gak duit ek? Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego Lol
sherah_koala91
sherah_koala91
Budak U
Budak U

Posts : 208
Join date : 11/09/2009
Age : 33
Location : selatan malaysia

Back to top Go down

Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego Empty Re: Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego

Post by nuwinzaaba Wed Sep 16, 2009 10:29 pm

huhu sadis nyer... bercerai adalah perkara yg x digalakkan dlm Islam, tapi nak wat cane ade hikmah la 2 kan di sblk nyer... smoga beego bertemu jodoh yg lebey bek slps ini... mdh2an!!~~
nuwinzaaba
nuwinzaaba
Manager
Manager

Posts : 554
Join date : 25/08/2009
Age : 94
Location : Bangi, Selangor, Malaysia

Back to top Go down

Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego Empty Re: Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego

Post by aL_BeLLa Wed Sep 16, 2009 11:19 pm

sherah_koala91 wrote:haha.. bella kte nk goreng gak ke lengan die..
haha.. pastu jual.. dpt gak duit ek? Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego Lol


haha...
yum2...
xde la jual pun k gak!!!
maybe dpt duit kot..
tp xbyk la!!!wahkakaka..
aL_BeLLa
aL_BeLLa
Executive Officer
Executive  Officer

Posts : 397
Join date : 07/09/2009
Location : shah alam,sek 19

Back to top Go down

Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego Empty Re: Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego

Post by sherah_koala91 Thu Oct 01, 2009 1:42 am

haha..klakar bella ni.. Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego Icon_lol
sherah_koala91
sherah_koala91
Budak U
Budak U

Posts : 208
Join date : 11/09/2009
Age : 33
Location : selatan malaysia

Back to top Go down

Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego Empty Re: Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego

Post by yatt Thu Oct 01, 2009 10:19 am

Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego Icon_smilejodoh x kekal lama...sian artis2 kat m'sia nih...
yatt
yatt
Budak Tadika
Budak Tadika

Posts : 17
Join date : 14/09/2009
Age : 40
Location : jaybee

Back to top Go down

Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego Empty Re: Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego

Post by sherah_koala91 Thu Oct 01, 2009 6:27 pm

yatt wrote:Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego Icon_smilejodoh x kekal lama...sian artis2 kat m'sia nih...

sokong yatt.. dh khwin mhl2... tp akhir nye jd laen.. ni lar qada dan qadar kan.. takdir..
sherah_koala91
sherah_koala91
Budak U
Budak U

Posts : 208
Join date : 11/09/2009
Age : 33
Location : selatan malaysia

Back to top Go down

Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego Empty Re: Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum