Log in
Search
Latest topics
Who is online?
In total there are 10 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 10 Guests None
Most users ever online was 223 on Sat Oct 12, 2024 3:16 am
Social bookmarking
Bookmark and share the address of Forum Central on your social bookmarking website

KampungFM
I.S.A KEJAM TAPI MASIH RELEVAN?
+9
jahat
kyairil
bump iq
!k!n@Pr!s0N BrEak
Joe
Pijan
et0n
Admin
Mr.Puaka
13 posters
Page 1 of 3
Page 1 of 3 • 1, 2, 3
I.S.A KEJAM TAPI MASIH RELEVAN?
Salam,
I.S.A - atau pun Akta Keselamatan Dalam Negeri kejam tapi masih relevan?
isu ini saje aku ketengah walaupun perhimpunan mansuhkan ISA dh lama berlalu. ISA pada asalnya di tubuhkan utk menahan pengganas komunis pada zaman darurat masih relevan atau tidak di zaman skrg? ingin aku tgk apa pendapat korang mengenai ISA.
Menurut tokoh2 politik yg di tahan ketika OPS LALANG 1987 mengatakan ISA kejam, kerana tahanan di tahan tanpa di bicarakan, tahanan juga di soal secara paksa di mana di paksa membuat pengakuan, malah ada juga tahanan di provokasi mcm2 di dalam tahan ISA.
seorang tokoh politik dulunya bekas org tinggi PKR yg skrg kembali menyertai UMNO menceritakan suasana di dalam tahanan itu, di mana tahanan di letakkan di dlm bilik kecil yg panas dan gelap, hanya mempunyai satu lubang utk memudahkan pengawal memberi mkn dan melihat tahanan di dalam nya, bilik ini pulak punya la panas sampai sidai baju tk sampai satu mlm boleh kering.. ermm. panas betul tu kan?
tp itu era 1987, skrg kita dh masuk tahun 2009. pada pendapat anda masih relevankah ISA? pd pendapat aku masih relevan.. ISA menjadi tidak relevan adalah kerana di salah guna oleh pihak tertentu utk menahan tokoh2 pembangkang itu yg menjadikan ISA di lihat tidak relevan.. tanpa ISA ada kemungkinan kita di landa musibah mcm2.. sebab zaman skrg pun sudah byk org mempertikaikan perlembagaan yg sedia ada, malah ada yg berani mempertikaikan hak keistimewaan org melayu dan raja2 melayu. Ini pun ada ISA pun org berani pertikaikan bayangkan kalo tanpa akta ISA? aku rasa banyak perkara yg tidak di jangka boleh berlaku malah tidak mustahil berulang peristiwa 13 mei boleh berulang memandangkan smua org berani bercakap kononnya mereka sebagai pembela bangsa mereka! so secara peribadi bagi aku ISA masih relevan dan tidak perlu di mansuhkan cuma perlu di perbaiki.
Jadi anda berikan pandangan anda tentang ISA. sekadar berkongsi pendapat di sini..
SAVE PALESTIN, SAVE PATTANI - ALLAHUAKHBAR!

Re: I.S.A KEJAM TAPI MASIH RELEVAN?
pada aku ISA masih relevan cuma perlu ada badan yang mengawal atau memantau setiap kes tahanan tanpa biacara ni. Agar setiap tahanan itu benar2 layak ditahan atas Akta ini. Haru beb kalau takde menda ni.
Re: I.S.A KEJAM TAPI MASIH RELEVAN?
tak tau nak kata relevan atau tidak tapi semua tahanan ISA lepas kluar dia org tu semua insaf sepenuhnye ke?
et0n- Moderator
- Posts : 476
Join date : 24/08/2009
Age : 44
Location : Wilayah Iskandar, Johor Bahru
Re: I.S.A KEJAM TAPI MASIH RELEVAN?
Tahanan tanpa bicara itu haram disisi islam...full stop,tak payah nak pusing2 fikir2 sesusah lagi...
Pijan- Moderator
- Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 49
Location : KuaLa LumPur
Re: I.S.A KEJAM TAPI MASIH RELEVAN?
bukan dia org dibicara masa dlm tahanan kee?? kena soal siasatkan??
et0n- Moderator
- Posts : 476
Join date : 24/08/2009
Age : 44
Location : Wilayah Iskandar, Johor Bahru
Re: I.S.A KEJAM TAPI MASIH RELEVAN?
soal siasat @ bicara...dua perkara berbeza...
Pijan- Moderator
- Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 49
Location : KuaLa LumPur
Re: I.S.A KEJAM TAPI MASIH RELEVAN?
Admin wrote:pada aku ISA masih relevan cuma perlu ada badan yang mengawal atau memantau setiap kes tahanan tanpa biacara ni. Agar setiap tahanan itu benar2 layak ditahan atas Akta ini. Haru beb kalau takde menda ni.
btol gak admin ckp ni...
aq sokong....
Joe- Executive Officer
- Posts : 401
Join date : 25/08/2009
Re: I.S.A KEJAM TAPI MASIH RELEVAN?
mcm mne la dorang solat dlm room kecik mcm 2...isa digunekan untuk kepentingan sesuatu parti je...dah disalh gune.isa elok tok org yg suke sebarkan ajran sesat dan kaum yg menhine agame islam dan org melayu...sbb xde tindakan dari org melayu la dorang brani mencabar hak org melayu.bile kene tegur dituduh lak rasis...
!k!n@Pr!s0N BrEak- Baru Kerja
- Posts : 331
Join date : 25/08/2009
Re: I.S.A KEJAM TAPI MASIH RELEVAN?
Huhh...Tahanan tanpa bicara adalah haram disisi islam, No kompremi..jangan cakap bagus camni camtu...tak boleh!salah!
Pijan- Moderator
- Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 49
Location : KuaLa LumPur
Re: I.S.A KEJAM TAPI MASIH RELEVAN?
Pijan wrote:Huhh...Tahanan tanpa bicara adalah haram disisi islam, No kompremi..jangan cakap bagus camni camtu...tak boleh!salah!
Mereka bkn tk jalani perbicaraan lansung, mereka ada perbicaraan cuma tidak menyediakan peguambela aje perbicaraan pulak tidak di jalankan di mahkamah seperti mana kes2 sivil lain..
Re: I.S.A KEJAM TAPI MASIH RELEVAN?
Bukan ke ISA tu tahanan tanpa bicara? Betulkan kalau aku salah...Mr.Puaka wrote:Pijan wrote:Huhh...Tahanan tanpa bicara adalah haram disisi islam, No kompremi..jangan cakap bagus camni camtu...tak boleh!salah!
Mereka bkn tk jalani perbicaraan lansung, mereka ada perbicaraan cuma tidak menyediakan peguambela aje perbicaraan pulak tidak di jalankan di mahkamah seperti mana kes2 sivil lain..
Re: I.S.A KEJAM TAPI MASIH RELEVAN?
Admin wrote:Bukan ke ISA tu tahanan tanpa bicara? Betulkan kalau aku salah...Mr.Puaka wrote:Pijan wrote:Huhh...Tahanan tanpa bicara adalah haram disisi islam, No kompremi..jangan cakap bagus camni camtu...tak boleh!salah!
Mereka bkn tk jalani perbicaraan lansung, mereka ada perbicaraan cuma tidak menyediakan peguambela aje perbicaraan pulak tidak di jalankan di mahkamah seperti mana kes2 sivil lain..
Dari artikel yg aku baca, bekas2 org kena ISA ckp ada penbicaraan tp tidak melibatkan hakim atau mahkamah la.. org tu di beri peluang utk bela diri kalo tk salah mereka akan lps juga.. bkn kata kalo tahan dia 2 thn dia kena dok dlm tu 2 thn.. kalo di dapati tk bersalah di lepaskan jgk walaupun tk cukup 2 thn.. mereka di tahan jika kerajaan merasakan mereka tu mampu mengugat keselamatan negara..kalo dlm tu didapati bercanggah lepas la.. cuma cara soal siasat dlm tu agak teruk aku dgr.. melibatkan penderaan emosi dan fizikal.. contoh: kes mata lebam anwar.
Re: I.S.A KEJAM TAPI MASIH RELEVAN?
bab penderaan tu aku rasa kalau tak kena tahan ISA pun teruk jugak.. kalau tak takkan Kugan dulu sampai leh mati kena bantai dlm lokap...
Re: I.S.A KEJAM TAPI MASIH RELEVAN?
Admin wrote:bab penderaan tu aku rasa kalau tak kena tahan ISA pun teruk jugak.. kalau tak takkan Kugan dulu sampai leh mati kena bantai dlm lokap...
Penderaan mmg berlaku atas tujuan soal siasat.. cuma kadang2 benda ni di salah guna oleh pengawai yg menyoal siasat.. tu jadi kes kematian, kalo ikut undang2 penderaan tidak boleh melibatkan fizikal.. contohnya menampar, menendang, menumbuk dan sebagainya.. ketika soal siasat sepatutnya pengawai soal siasat hanya di boleh menyoal dgn cara bertubi2.. memprovokasi.. bermain dgn secara saikologi.. tp di sebabkan cara ni mmg sukar utk org mengaku salah so terjadi la penderaan melibatkan fizikal.. tp ada cara2 dan etika dia juga.. cuma kdg2 melibatkan isu kematian ni mungkin satu kebetulan.. isu kugan pulak di politik kan aje.. nak buat mcm mane kalo tahanan mati dlm lokap.. org akan ckp mati kena pukul la.. walaupun lain2 kemungkinan masih ada.
Re: I.S.A KEJAM TAPI MASIH RELEVAN?
Mr.Puaka wrote:Pijan wrote:Huhh...Tahanan tanpa bicara adalah haram disisi islam, No kompremi..jangan cakap bagus camni camtu...tak boleh!salah!
Mereka bkn tk jalani perbicaraan lansung, mereka ada perbicaraan cuma tidak menyediakan peguambela aje perbicaraan pulak tidak di jalankan di mahkamah seperti mana kes2 sivil lain..
Mana ade perbicaraan?? Buat semakan depan lembaga penasihat ISA adalah diorang tu,tgk sama ada dah fully brainwashed ka blom...itupun belum tentu boleh lepas kalaupun direkemen oleh Lembaga Penasihat tersebut. Salah seorang dari panel Lembaga Penasihat ni adalah seseorang yang rapat dengan aku..so sikit sebanyak aku tau la citer kat dalam tu..
Pijan- Moderator
- Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 49
Location : KuaLa LumPur
Re: I.S.A KEJAM TAPI MASIH RELEVAN?
disoal betubi-tubi..klau pesalah tu xmo buke mulut mcm mne..xke bagi org hangin je...
!k!n@Pr!s0N BrEak- Baru Kerja
- Posts : 331
Join date : 25/08/2009
Re: I.S.A KEJAM TAPI MASIH RELEVAN?
!k!n@Pr!s0N BrEak wrote:disoal betubi-tubi..klau pesalah tu xmo buke mulut mcm mne..xke bagi org hangin je...
kenalah byk bersabar...kalau mudah panas,berhenti keje lepas tu apply keje kutip tol ke attendance pam minyak ke..tak yah soal siasat org..
Pijan- Moderator
- Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 49
Location : KuaLa LumPur
Re: I.S.A KEJAM TAPI MASIH RELEVAN?
Pijan wrote:Mr.Puaka wrote:Pijan wrote:Huhh...Tahanan tanpa bicara adalah haram disisi islam, No kompremi..jangan cakap bagus camni camtu...tak boleh!salah!
Mereka bkn tk jalani perbicaraan lansung, mereka ada perbicaraan cuma tidak menyediakan peguambela aje perbicaraan pulak tidak di jalankan di mahkamah seperti mana kes2 sivil lain..
Mana ade perbicaraan?? Buat semakan depan lembaga penasihat ISA adalah diorang tu,tgk sama ada dah fully brainwashed ka blom...itupun belum tentu boleh lepas kalaupun direkemen oleh Lembaga Penasihat tersebut. Salah seorang dari panel Lembaga Penasihat ni adalah seseorang yang rapat dengan aku..so sikit sebanyak aku tau la citer kat dalam tu..
Oh yeker.. aku baca dari artikel aje.. kalo ko dh rapat dgn mereka terdiri dari lembaga pengarah mungkin betul la kut.. tp ikut aspek keselamatan pada aku mmg perlu ISA ni.. mereka yg ada kepentingan politik aje takut dgn akta ISA ni...
Re: I.S.A KEJAM TAPI MASIH RELEVAN?
Kisah Bekas Tahanan ISA- Part 1
MENJELANG HIMPUNAN
1 OGOS: 1,893 hari
di bawah kezaliman ISA
28 Julai 2009
MENGHARUNGI kehidupan di bawah kongkongan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang begitu lama, bukanlah sesuatu yang diimpikan sebelum ini. Namun, inilah
yang dikatakan ISA.
Siapa pun boleh menjadi mangsanya dengan hanya disyaki mengancam keselamatan negara. Jantung anda akan terhenti seketika apabila secara tiba-tiba rumah anda diserbu dan digeledah oleh orang-orang yang bersenjata.
Lebih tragis lagi apabila anda dibawa keluar dengan tangan bergari secara kasar di hadapan anak isteri. Tentu anda dapat bayangkan betapa hancurnya hati ahli keluarga
mangsa ISA itu. Ataupun pada suatu ketika, sewaktu anda dalam
perjalanan ke tempat kerja atau mahu pulang ke rumah, tiba-tiba
kenderaan anda dipintas. Kunci kenderaan anda dirampas dan secara kasar
anda diseret ke sebuah kereta lain.
Tangan digari dan anda dimaklumkan yang anda ditahan atas mengancam keselamatan negara.Bagaikan gasing fikiran anda berputar mencari apakah kesalahan yang
telah anda lakukan sehingga mengancam keselamatan negara itu. Tekanan fikiran ini akan bermain sejak anda ditahan hingga ke lokasi rahsia dimana anda ditempatkan.
Lokasi rahsia
Seterusnya hinggalah ke sesi soal siasat selama dua bulan di lokasi rahsia
tersebut. Dalam sesetengah kes tekanan perasaan ini berterusan hingga
beberapa tahun anda ditahan di Kem Tahanan Kemunting (Kemta). Inilah
peristiwa hitam yang pernah dan sedang dilalui oleh ratusan tahanan ISA.
Inilah keperitan saya alami sejak ditahan pada 2001 yang deritanya membekas
hingga hari ini. Sama ada yang dituduh sebagai kumpulan Al-Maunah,
Reformasi, Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM), Kumpulan Jemaah Islamiah
(JI) dan Kumpulan Daulah Islamiah (DI).
Hingga kini masih terdapat tahanan yang ditahan menjangkau lapan tahun. Saya pernah
bersama mereka di Kemta. Dr Abdullah bekas pensyarah dan Mat Shah
Satray, bekas juruteknik di Dewan Bahasa dan Pustaka. Kedua-duanya
terkenal di kalangan orang tahanan sebagai tahanan berakhlak, sopan
santun dan tidak membuat masalah pada orang lain juga kepada penguasa
kem. Tetapi kenapa mereka ditahan begitu lama?
Inilah kezaliman ISA yang amat sukar fahami kerana ia satu tahanan tanpa bicara. Mereka boleh menahan sesiapa saja yang disyaki, tanpa membawa ke muka pengadilan. Dan mereka boleh menahan mangsa selama mana yang dikehendaki. Bukan atas keselamatan negara, sebaliknya atas prinsip tahanan yang tidak mahu tunduk kepada kezaliman ISA itu.
Sebagai contoh, Dr Abdullah amat tegas apabila berhadapan dengan anggota Cawangan Khas (SB) yang turun memantau tahanan setiap enam bulan sekali. Ia mengambil kesempatan setiap pertemuan itu berhujah dengan SB berdasarkan fakta al-Quran dan hadis. Beliau antara tahanan yang banyak bertukar SB, kerana mereka tak sanggup mendengar apa yang disifatkan sebagai ceramah oleh SB.
Belum insaf
Lalu beliau dianggap tahanan yang masih belum insaf. Begitu juga dengan Mat Shah yang tidak berminat bertemu dengan SB kerana dianggapnya tidak memberi faedah. Dia didera atas sikap itu. Juga dikatakan sebagai satu tindakbalas pihak berkenaan terhadap isterinya, Norlaila Othman yang menjadi aktivis dalam Gerakan Mansuh ISA (GMI).
Ramai beranggapan tahanan ISA akan mendapat sedikit keselesaan pada zaman
Abdullah Ahmad Badawi. Bukan sahaja sebagai Menteri Dalam Negeri, dia juga sebagai Perdana Menteri.
Sifat lemah-lembutnya dan juga ilmu agama yang dimilikinya diharapkan keadaan tahanan, khususnya kebajikan keluarga mereka diambil perhatian. Rupa-rupanya keadaan sebalik berlaku, malah lebih teruk daripada era sebelumnya, ketika Dr Mahathir Mohamad berkuasa. Abdullah sudah tentu tahu, dalam Islam antara golongan yang perlu mendapat perlindungan pemerintah adalah wanita dan kanak-kanak di samping lelaki tua.
Dalam satu kes,Abdullah telah mengarahkan tangkapan ke atas isteri tahanan anggota JI iaitu Yazid Syufaat sebagai satu ugutan pada suaminya yang dikatakan tidak mahu bekerjasama dengan SB.
Menangis keseorangan
Isteri muda ini ditangkap di dalam rumahnya di Ampang ketika bersama anak
perempuannya yang baru berusia lebih kurang empat tahun. Ketika si ibu dibawa pergi di tengah-tengah malam, anak itu menangis keseorangan tanpa dikasihani oleh anggota polis bertugas.
Anda bayangkan,bagaimana perasaan seorang ibu yang dipaksa keluar meninggalkan anak kecil sedang meraung ketakutan tanpa ditemani sesiapa.Hampir 60 hari dia ditahan untuk soal siasat oleh Bukit Aman. Setelah dibebaskan, dikenakan pula tahanan daerah selama enam tahun. Suatu sekatan semata-mata untuk menyusahkan pergerakannya mencari nafkah, juga melawat suaminya di Kemta.
Satu peristiwa berdarah dalam Kemta yang masyarakat luar tidak tahu secara meluas berlaku pada 8 Disember 2004. Ia berlaku di blok T2B yang penghuninya seramai 12 orang terdiri dari orang tahanan (OT) anggota JI dari Indonesia, Filipina dan
Malaysia.
Beberapa hari sebelum operasi, anggota UKP dari Kajang, Pulau Pinang dan Taiping telah ditempatkan di Kemta. Dalam kesempatan pertemuan dengan Pangarah Kemta ketika itu, sempat saya mengingatkan beliau jangan bertindak sebarangan terhadap OT tersebut.Bak kata orang, bagai anjing menyalak bukit. Manalah pandangan dan nasihat orang seperti kami nak didengari.
Berkebun sayur
Pagi 8 Disember 2004 itu, kegiatan harian kami seperti biasa. Joging, main badminton dan berkebun sayur. Tanpa disedari lebih kurang jam 9.00 pagi, semua wardar yang bertugas di semua blok (enam blok) diarah meninggalkan semua blok dengan mengurung tahanan tanpa diawasi.
Suatu arahan luar biasa yang dikatakan bercanggah dengan etika penjara. Yakni wardar tidak boleh meninggalkan orang tahanan atau banduan tanpa pengawasan. Inilah ISA, segala-galanya boleh berlaku.
Ringkas cerita di ruangan yang terhad ini, pihak berkenaan telah melakukan provokasi bagi mewujudkan suasana tidak aman antara UKP dan OT di blok T2B. Lebih 100 UKP yang lengkap dengan topeng serta pakaian keselamatan, merempuh masuk menyerang OT.
Dalam insiden itu semua OT dipukul semahunya, hingga ada yang pengsan, patah jari, cedera di kepala, betis dan anggota badan lain. Saya dan rakan-rakan dari blok
T3 yang jaraknya kurang dari 100 meter dapat saksikan dari celah-celah lubang zink dinding blok, bagaimana OT yang cedera diusung seperti binatang ke tempat rawatan.
Hampir semuanya dibasahi darah baju warna putih mereka. Sepanjang hari itu mereka tidak mendapat rawatan yang sewajarnya, begitu juga makan dan minum. Mereka dilayan betul-betul macam binatang.
Pada malam baru seorang demi seorang dibawa ke hospital Taiping menerima rawatan selanjutnya. Ada maklumat yang menyebut, doktor yang merawat OT, amat terkejut dengan kecederaan serius yang dihadapi setiap mereka. Hingga mereka mencadangkan OT ambil tindakan mahkamah terhadap pihak terbabit.
Degil
Tak cukup di situ, esoknya operasi berjalan pula di blok-blok lain. Kali ini mereka mencari OT yang dikategori sebagai degil atau selalu menyusahkan pihak kem. UKP yang bersikap ganas masuk ke blok T4A dan T4B mengasari sasaran mereka dengan diseret keluar ke tempat asingan (blok T 1) yang jaraknya hampir 200 meter.
Sepanjang perjalanan itu, mereka dipukul, sepak terajang, maki hamun hingga ada yang mencabar 'Allah turun bantu OT'.
Terdapat juga wardar Kemta yang dendam sangat dengan OT telah ambil kesempatan
memaki dan meludah OT yang dibawa melintasi mereka. Paling menyedihkan,
terdapat OT yang dikategori sebagai ustaz, dibogel dan dihumban secara kasar ke dalam lokap blok.
Mungkin sukar untuk anda percaya, tetapi itulah yang telah berlaku. Selepas tragedi berdarah itu, kami dan keluarga mulai mendapat layanan buruk daripada pihak Kemta dengan alasan mereka mendapat arahan daripada KDN.
Begitulah sekelumit daripada segunung kezaliman ISA. Kami yang menderitai kezaliman ini diminta mengakui bahawa pemerintah yang ada ini baik, adil, bertanggungjawab dan tahanan kami ini adalah wajar. Jika tidak, kami dianggap tidak insaf, sebagai balasannya kami merengkok dalam kem tahanan tahun demi tahun.
Keadaan ini mengingatkan saya apa yang sering disebut oleh Allahyarham Presiden PAS, Ustaz Fadzil Nor dalam mengulas isu ISA ini. Menurut beliau, "apakah adil pada kamu apabila menangkap orang, diikat kaki tangan, dipukul, disepak, diterajang, dikilas tangan dipijak sampai patah kaki, sumbat mulut lalu ditanya orang itu, sakit atau tidak. Sudah tentulah pelaku-pelaku ini terdiri dari orang-orang yang tidak waras."
Beberapa hari sebelum bebas,saya didatangi oleh salah seorang pegawai kanan Bukit Aman. Dia berpesan pada saya agar memaklumkan kepada pihak tertentu atau NGO yang berusaha menghapuskan ISA, bahawa ISA ini tidak akan dihapuskan
walaupun terdapat 1,000 NGO membantah.

KIsah Bekas Tahanan ISA--Part 2
Harungi kezaliman
Sehingga ini tak ada mana-mana pihak yang saya maklumkan kecuali pada Saari
Sugaib
yang menziarahi saya setelah dibebaskan. Sepanjang pengalaman 1893 hari
mengharungi kezaliman ISA itu, saya yakin apa yang dkatakan pegawai
berkenan benar.
Ini kerana, yang menguasai isu ISA ini,sama ada
daripada KDN atau Bukit Aman, terdiri daripada mereka yang hatinya
keras tidak lut dengan nasihat agama dan hilang kemanusiaan mereka.
GMI,
NGO dan parti politik pembangkang sememangnya tidak mampu untuk
menghalang keegoan pemerintah. Hanya kebangkitan rakyat sahaja yang
dapat menyelesaikan isu ini. Rakyat yang tidak mempunyai maklumat atau
memandang remeh isu ini, tak akan bersuara, apatah lagi ke jalanan
membuat bantahan.
Terutama pada saat ini, masih menjadi bualan
Perdana Menteri baru membebaskan 13 tahanan sebaik saja menganti
Abdullah. Rakyat tentu tak tahu bahawa ini satu sandiwara.Mereka
diperjudikan semata-mata untuk kepentingan PM baru, Najib Razak.
Tentukita
masih ingat, tiga minggu selepas Abdullah ambil alih kuasa 15 orang
tahanan anggota Al-Maunah telah dibebaskan sehari menjelang Aidilfitri
pada November 2003. Desas-desus pembebasan mereka ini telah kami dengar
tiga bulan sebelum itu. Namun mereka dikambinghitamkan untuk
kepentingan politik Abdullah.
Dua minggu selepas itu, saya didatangi SB dari Bukit Aman. Antara perbualan kami menyentuh isu pembebasan anggota Maunah itu.
Sambut raya
Disebutkan pada saya antaranya: "Cuba hang fikir, apabila mereka balik menjelang
raya,
bukan saja tangan mereka, tapi tangan isteri, anak-anak dan ahli
keluarga masing-masing akan angkat doa berterima kasih pada Abdullah
kerana dapat menyambut raya bersama keluarga di rumah. Tentu mereka
kata Abdullah baik."
Sandiwara ini berulang lagi pada giliran
Najib. Tetapi cacat lakonannya kerana tidak semua anggota Hindraf dan
JI dibebaskan. Namun Makkal Sakthi yang ditunjukkan oleh masyarakat
India berjaya memberi tekanan hingga semua anggota Hindraf dibebaskan.
Tinggal lagi anggota JI dan DI.
Semasa
muktamar PAS yang lalu, saya bertemu dengan Norlaila, isteri Mat Shah.
Menurutnya ketika itu,seminggu lagi beliau akan ke Geneva atas urusan
merayu pihak
antarabangsa membebaskan suaminya. Dia yakin suaminya akan dibebaskan penghujung Jun yang lalu.
Itulah antara kezaliman ISA, isteri dan anak-anak diberi janji-janji manis. Akhirnya penantian itu berakhir dengan kehampaan.
Tidak
lengkap isu ini tanpa menyentuh keadaan anak isteri sepanjang kami
ditahan. Sebaik saja ditahan, rumahtangga menjadi kelam kabut,khususnya
isteri menjadi tidak tentu arah. Mana nak melayan kerisauannya,
terpaksa pula memujuk hati anak-anak kecil yang merindui ayah mereka,
juga kejutan anak-anak remaja yang terpaksa menghadapi masyarakat yang
pelbagai ragam.
Cuba bayangkan, bagaimana anak-anak remaja ini,
khususnya kami daripada KMM yang dituduh membunuh dan merompak. Media
membesarkan tajuk ini dengan menyiarkan gambar-gambar kami selaku
penjenayah sepanjang Ogos hingga hujung tahun 2001. Waktu ini ada
anak-anak kami menghadapi peperiksaan UPSR ,PMR,SPM, STPM dan di pusat
pengajian tinggi.
Mohon cerai
Terdapat dalam beberapa kes di mana isteri terpaksa memohon cerai atas tekanan
pihak
tertentu. Anak remaja yang meninggal kampung kerana tak selesa tinggal
lagi dengan fitnah terhadap ayah mereka. Tak kurang pula anak-anak ini
yang terpaksa tangguh pengajian kerana masalah ekonomi dan tekanan
perasaan.
Paling menyedihkan apabila pihak berkuasa langsung
tidak mempedulikan kebajikan keluarga tahanan. Malah terdapat kes di
mana pihak tertentu diarah menghalang individu memberi sumbangan wang
pada keluarga tahanan.
Pada awal tangkapan ramai yang simpati
hulur sumbangan sama ada ketika datang ziarah atau memasukkan wang
dalam akaun bank. Dengan halangan itu, akhirnya tak ada lagi sumbangan
individu, kecuali NGO atau saluran politik pembangkang.
Ada juga
yang simpati, lalu bantu membawa keluarga tahanan ke Kemta seminggu
sekali. Dengan halangan daripada pihak tertentu, akhirnya terpaksa
menaiki bas ke Kemta. Lebih menderita jika isteri tinggal jauh. Ada
dari Sabah.
Teringat saya pada seorang rakan tahanan yang
terkenal dengan kesabarannya. Selalunya, apabila pulang daripada
bertemu isteri, wajahnya ceria dengan pelbagai cerita baru yang
dibawanya.
Air mata mengalir
Suatu
hari dia pulang dengan agak kesedihan. Selepas makan dan solat jemaah
Zuhur saya ke biliknya. Dalam berbual air matanya mengalir. Katanya,
dia terkenangkan betapa setia isterinya bersusah payah datang
menemuinya sewaktu dia baru 10 hari melahirkan anak lelaki. Kerana tahu
suami berhajatkan anak lelaki, dia tak sabar-sabar datang membawa anak
itu untuk ditunjukkan pada dia.
Tidak ada lagi orang yang mahu
menghantarnya, lalu isterinya naik bas dari Banting seawal pagi menuju
ke KL. Kemudian ambil bas dari Puduraya ke Kamunting. Makan masa hampir
enam jam. Di pintu utama masuk kem, dia terpaksa pula jalan kaki hampir
satu kilometer ke tempat pendaftaran pelawat.
Usaha
mengumpulkan ratusan ribu rakyat mengadakan protes memansuhkan ISA pada
1 Ogos 2009 ini wajar dipandang serius oleh semua pihak. Masih banyak
lagi
babak-babak kezaliman di sebalik tabir ISA.
Memang benar
jumlah tahanan sekarang kurang 10 orang, tetapi amaran daripada Menteri
Dalam Negeri baru-baru ini kepada pihak tertentu, membayangkan Kemta
bakal
dipenuhi penghuni lagi.
Seperti dikatakan, tidak ada
kuasa yang boleh menyelesaikan isu ini melainkan kuasa rakyat. Kita
lakukan ini bukan untuk kita, tetapi buat generasi akan datang. Bukan
sahaja ISA bercanggah dengan ajaran agama, penahanan tanpa bicara ini
bercanggah
juga dengan fikrah dan hak asasi manusia.
Bekas tahanan seperti saya dan rakan-rakan lain masih lagi dibimbangi dengan pantauan seolah ugutan.
Kehidupan harian kami tidak selesa seperti dulu, terutama perbualan telefon kami
dirakam. Ada yang dipaksa memaklumkan pada Bukit Aman jika menerima
panggilan dari luar negara. Tak kurang pula yang ditahan pasport oleh KDN juga sukar membuka akaun bank.
Ramai
antara kami yang keluar terpaksa terkapai-kapai mencari nafkah hidup.
Pekerjaan dulunya telah hilang. Yang terlibat dalam perniagaan,
terbantut bisnes. Saya umpamanya, terpaksa menanggung hutang hampir
RM200,000 akibat projek ternakan ayam yang tersadai sebaik ditahan
lebih lima tahun.
Bukan senang bagi saya untuk mengumpul wang dengan jumlah sebegitu banyak dalam usia separuh abad ini.
Apa yang dialami oleh mangsa ISA, terutama mereka yang lebih daripada tiga
tahun dalam tahanan, gelora hidup keluarga mereka seharusnya mengamit
simpati daripada kita.
Bebas suami tercinta
Bayangkan
Norlaila sanggup pergi ke Geneva semata-mata dengan hasrat membebaskan
suami tercinta, juga menyatakan kezaliman ISA di mata dunia, mengapa
kita tidak sanggup beberapa jam sahaja menyambut seruan pihak tertentu
untuk memberi sokongan dalam usaha menghapuskan ISA.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz pernah mengingatkan pihak berkenaan bahawa tiap helai
bulu
roma, setitik peluh dan air mata yang gugur atau keluar dari tubuh
tahanan tanpa bicara ini, maka akan dipertanggungjawab hadapan Allah
kelak.
Justeru, sedikit masa dan keringat kita semasa
perhimpunan itu tentunya akan dipetanggungjawab juga hadapan Allah
kelak. Bukan sahaja memberi sokongan kepada kegigihan Norlaila serta
keluarga Dr Abdullah, lebih jauh daripada itu adalah kita bersama-sama
dengan golongan yang menentang kezaliman.
Dalam satu himpunan, satu langkah, satu hasrat dan satu suara rakyat Malaysia: HAPUSKAN ISA!
-Dipetik Dari HarakahDaily.Net-
-Oleh : CN Al-Afghani

Thanks bro, mmg artikel n cerita ni aku dh baca.. so secara kesimpulan ISA mmg kejam, dan aku tk nafikan org KDN dgn Bukit Aman mmg tk lut kalo ckp psl agama, sebab bagi mereka, mereka menjalankan tugas, dan mengambil kira aspek keselamatan..
bagi aku ISA perlu bkn aku menolak hukum agama, tp aku memandang dari aspek keselamatan negara. dan ISA ni pula perlu di pinda je agar tidak disalah guna..
bagi aku ISA perlu bkn aku menolak hukum agama, tp aku memandang dari aspek keselamatan negara. dan ISA ni pula perlu di pinda je agar tidak disalah guna..
Re: I.S.A KEJAM TAPI MASIH RELEVAN?
buktikan dimahkamah yang mereka bersalah... . jika mereka benar2 bersalah..
kenapa kamu menafikan haknya untuk dibicara... ..
Macamana kami nak buktikan kami tidak bersalah jika kamu menafikan hak kami untuk dibicara... ..
Kamu menahan dan menyeksa kami siang dan malam tanpa kami ketahui apa kesalahan kami... ..
my 2 cents view-bump iq

bump iq- Baru Kerja
- Posts : 277
Join date : 24/08/2009
Re: I.S.A KEJAM TAPI MASIH RELEVAN?
Setiap Pindaan I.S.A Perlu Dilakukan Dgn Teliti : Hishammuddin
PUTRAJAYA - Kerajaan bersedia menerima sebarang cadangan atau saranan berhubung pindaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selagi mengekalkan unsur-unsur keseimbangan antara keselamatan dan kepentingan negara serta hak sivil rakyat.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien berkata, setiap pindaan perlu dilakukan dengan teliti kerana aspek keselamatan perkara yang sangat perlu diutamakan dan perlu pastikan ada peruntukan yang mencukupi.
“Satu aspek yang ingin saya ketengahkan adalah keseimbangan antara kepentingan negara dengan mengambil kira hak individu dan sivil seperti yang dilaung-laungkan. Kita juga perlu pastikan sebarang ancaman yang boleh menggugat kestabilan dan keamanan negara dapat dipatahkan, lebih-lebih lagi di saat kita menghadapi pelbagai cabaran seperti sekarang,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menerima memorandum cadangan pindaan terhadap ISA daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di pejabatnya di sini, semalam.
:Memorandum itu antara lain mencadangkan penubuhan Majlis Keselamatan Dalam Negeri untuk mengeluarkan perintah tahanan mengikut Seksyen 8(1) ISA.
:Menerusi kewujudan majlis itu, perintah tahanan ISA yang dibuat menteri atau polis dianggap tidak sah selagi tidak memper�oleh kelulusan atau kebenaran majlis.
Hishammuddin berkata, memorandum daripada Perkasa itu satu permulaan dan berharap agar banyak lagi ‘input’ yang diterima.
“Ini kerana tindakan yang diambil nanti dapat mengimbangi hak orang ramai, sivil dan kedudukan negara. KDN berterima kasih kepada Perkasa kerana sudi memberi pandangan dan inilah (penyerahan memorandum) yang saya cakapkan sebelum ini,” katanya.
Mengenai pembentangan pindaan yang dijadual dilakukan semasa sesi Dewan Rakyat Oktober nanti, Hishammuddin berkata, segalanya tertakluk kepada input yang diterima.
Selain mencadangkan penubuhan Majlis Keselamatan Dalam Negeri, Perkasa turut mencadangkan supaya mukadimah ISA dipinda untuk meluaskan lingkungan dan fungsi ISA menurut Artikel 149 Perlembagaan Persekutuan.
Sementara itu, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menyifatkan sikap keterbukaan KDN menunjukkan rakyat tidak perlu berdemonstrasi bagi menyuarakan pandangan dan membantah sesuatu.
“Sebenarnya kita ada cara yang betul untuk menyalurkan pandangan, bukannya bantahan jalanan,” katanya.
“Sebab itu, Perkasa cadangkan kepada KDN supaya mewujudkan Majlis Keselamatan Dalam Negeri yang mana ahlinya terdiri daripada Peguam Negara, Ketua Polis Negara, Suhakam dan lain-lain,” katanya.

Mr.Puaka wrote:Setiap Pindaan I.S.A Perlu Dilakukan Dgn Teliti : Hishammuddin

Omputih kate talking cock boleh la puak2 UMNO nih...
Aku nk tanye, Laporan Salahlaku Polis hasil siasatan Suruhanjaya Diraja..mane perginya laporan tu?? Laporan Penyalahgunaan Kuasa Perlantikan Hakim ( VK Linggam ) hasil siasatan Suruhanjaya Diraja...mane perginye???
Cakap berdegar2 boleh la puak UMNO nih...satu sen pun tak leh pakai...
Pijan- Moderator
- Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 49
Location : KuaLa LumPur
Re: I.S.A KEJAM TAPI MASIH RELEVAN?
Apa yg saudara cuba timbulkan disini? sy tk nampak ianya lansung ada kaitan dgn I.S.A? Mengenai laporan Salahlaku Polis dan kes VK Lingam sy sendiri menanti2 keputusan itu. Kadang2 tertanya2 adakah kes itu sudah diputuskan atau tidak kerana setakat ini kita tidak dpt apa2 berita mengenai kes itu.
Mengenai "cakap berdegar2 boleh la puak UMNO nih..satu sen pun tak leh pakai" adakah saudara meletakkan kesemua pemimpin dlm parti itu? Kerana pada peribadi saya setiap parti ada golongan yang ckp saje, ada yg mempraktikkan ada juga yg hanya angguk saje.
Isu kes video VK.Lingam isu yg lapuk dan sy tk nampak apa kepentingannya saudara membangkitkannya disini. Tetapi jika saudara ada cerita disebalik isu video itu saya amat hargai jika saudara sudi berkongsi dgn saya kerana sy kerana juga ternanti2 akan Siasatan Suruhanjaya yg tubuhkan utk menyiasat video berkenaan, kerana seperti kita sedia maklum video itu melibatkan pemimpin tertinggi kerajaan ketika itu, jadi secara peribadi sy juga hendak tau kesudahan kes itu. Jika ada suadara kongsikan.
Akhir sekali, sy tidak memihak kpd mana2 parti ketika berforum bersama saudara kerana tujuan sy disini utk berkongsi dgn saudara harap saudara pun begitu juga, walaupun secara peribadi sy seorang penyokong PAS. Saya cuma berharap agar ruangan ini di seimbangkan. Agar suadara dgn saya selaku rakyat malaysia dpt melihat dan menilai ragam org2 politik itu sendiri.
Nampaknya kita sedikit terpesong dari topik yg diperbincangkan, tapi tak mengapa memandangkan ruangan ini hanya dibaca oleh saudara, saya dan juga admin (mungkin kita bertiga aje) kerana mereka yang lain semua lebih suka ruangan yg lebih rileks dan santai.

Similar topics
» Cincin Kahwin Masih Di Jari Beego
» HOLLYWOOD: Masih belum cukup popular YE KEE????
» segan tapi nak!!!
» pelek tapi benar???????
» ape pandangan korang tentang post ni...adekah ia kejam atau memang latihan komando perlu ketahanan fizikal yg kuat

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Sat Dec 15, 2018 5:26 pm by MutiaraKirana
» Cara upgrade driver
Tue Feb 12, 2013 5:21 am by Syukur Azzaha
» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED RM 15/KG
Fri Jun 22, 2012 11:23 pm by miezza
» PROMOSI!!! SERBUK ICE BLENDZ (16 - 20 MAC 2012) - RM13 PER 1KG
Fri Mar 16, 2012 1:28 pm by DezireMarketing
» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED
Mon Aug 01, 2011 5:09 pm by Liana
» Kenali aku,
Thu Dec 16, 2010 1:43 pm by weather
» Rahsia Menjana RM20,000 Dalam 20 hari
Wed Sep 29, 2010 6:43 pm by ASBN
» DUIT MASUK HARI-HARI RM50-500, REBUT PELUANG SEGERA
Wed Sep 29, 2010 6:42 pm by ASBN
» KIAMAT DAN KEADAANNYA
Sat Aug 21, 2010 10:16 am by krulayar