Log in
Search
Latest topics
Who is online?
In total there are 25 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 25 Guests None
Most users ever online was 223 on Sat Oct 12, 2024 3:16 am
Social bookmarking
Bookmark and share the address of Forum Central on your social bookmarking website

KampungFM
Kes Saiful dakwa diliwat terkini
+4
Admin
jeyy
Mr.Puaka
Pijan
8 posters
Page 1 of 1
Kes Saiful dakwa diliwat terkini
Anwar : Pendakwaraya Sengaja Lengahkan Perbicaraan
Wednesday, 02 September 2009 14:03
(TV Antara) - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pendakwaraya kerana masih mencuba untuk membatal atau menangguhkan keputusan hakim Mahkamah Tinggi mengarahkan Peguam Negara menyerahkan dokumen yang perlu untuk membolehkan Anwar menyediakan pembelaan beliau terhadap tuduhan liwat.
Pendakwaraya hari ini sekali lagi meminta Mahkamah Tinggi untuk menangguhkan perbicaraan bersabit penyerahan dokumen itu. Mahkamah Tinggi menetapkan 3 November ini untuk menimbang semula perkara berkenaan, tertakluk kepada keputusan Mahkamah Rayuan yang akan bersidang 23 Oktober bagi mendengar permohonan pendakwaraya membatalkan penyerahan bukti-bukti itu.
"Yang memohon untuk menangguhkan itu adalah pihak pendakwa. Selama ini saya yang disalahkan, kita sebenarnya minta dulu dokumen. Sampai sekarang masalah itu belum selesai", kata Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat.
"Pendakwa memohon membawa rayuan ini kerana tidak bersetuju dengan hakim yang memutuskan untuk memberi sebahagian besar dokumen kepada kita. Satu kes yang berkaitan dengan jenayah tapi dokumen tidak mahu diserahkan oleh pendakwaraya walaupun diputuskan oleh hakim" tambah Anwar.
Antara bahan bukti yang dituntut oleh Anwar ialah rakaman video keselamatan di tempat kejadian, bukti-bukti DNA dan keterangan saksi serta Saiful sendiri.
Anwar berkata setelah mengenakan pertuduhan liwat terhadapnya untuk kali kedua, pendakwaraya sengaja melewat-lewatkan perbicaraan atas alasan-alasan yang menafikan keadilan kepada beliau.
"Pendakwa memohon kepada mahkmah untuk menangguhkan sidang kes sehingga selesai permohonan rayuan di Mahkamah Rayuan. Oleh yang demikian permohonan itu hanya akan didengar pada Oktober oleh Mahkamah Rayuan. Maka oleh itu, mereka memohon supaya sidang dijalankan pada awal November" kata Anwar.
Anwar dituduh sebagai kononnya meliwat Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun tahun lalu. Laporan tiga pakar Hospital Kuala Lumpur dan doktor Hospital Pusarawi bagaimanapun mendapati tidak ada bukti klinikal menunjukkan Saiful mangsa liwat.
Saiful membuat tuduhan itu beberapa hari selepas berjumpa dengan Presiden Umno, Najib Razak ketika parti itu sedang cuba menundukkan Anwar pada pilihanraya kecil Permatang Pauh.
Pertuduhan kali kedua itu, sebagaimana pertuduhan kali pertama ditolak oleh rakyat. Anwar menang kerusi Parlimen Permatang Pauh dengan majoriti lebih besar dan diangkat sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

Pijan- Moderator
- Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 49
Location : KuaLa LumPur
Re: Kes Saiful dakwa diliwat terkini
"Anwar dituduh sebagai kononnya meliwat Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun tahun lalu. Laporan tiga pakar Hospital Kuala Lumpur dan doktor Hospital Pusarawi bagaimanapun mendapati tidak ada bukti klinikal menunjukkan Saiful mangsa liwat".
Mungkin sebab ini kot mereka melengah2kan, sebab kalo tanpa bukti klinikal susah nak sabitkan kesalahan kat mahkamah. Dalam kes ini pulak secara peribadi sedikit kesimpulan aku buat.
Pertama jika benar kes liwat itu terjadi, ia melibatkan perkara sukarela, kerana secara logiknya jika seseorang itu lelaki normal (saiful) sudah tentu tidak akan membiarkan dirinya diliwat.
Kedua kes liwat ini hanyalah rekaan dan mainan politik pihak tertentu, kerana sejak DSAI dibebaskan kita memerhatikan pengaruh politik beliau sangat kuat.
Puaka: tak rapat dgn saiful mahupun anwar, hanya ALLAH yg tahu.

ini yg musykil ni...xkn le xde kederat nk melawan...Mr.Puaka wrote:logiknya jika seseorang itu lelaki normal (saiful) sudah tentu tidak akan membiarkan dirinya diliwat.
jeyy- Budak Sekolah Menengah
- Posts : 65
Join date : 27/08/2009
Re: Kes Saiful dakwa diliwat terkini
saiful tulis dlm blog dia lawan tetap lawan sampai ke titisan darah yg terakhir tuu.... betul ke dia ni kena liwat ? tapi kalau anwar meliwat tu cam betulla...
nakal- Budak Sekolah Menengah
- Posts : 79
Join date : 27/08/2009
Re: Kes Saiful dakwa diliwat terkini
nakal wrote:saiful tulis dlm blog dia lawan tetap lawan sampai ke titisan darah yg terakhir tuu.... betul ke dia ni kena liwat ? tapi kalau anwar meliwat tu cam betulla...
Persoalan betul ke dia kena liwat sy tk dpt jelaskan sbb sy tidak mengenali saiful mahupun anwar secara peribadi, seperti komen sebelum sy jelaskan jika liwat itu terjadi mungkin ia melibatkan perkara sukarela, kerana pd pandangan sy tidak mungkin lelaki normal membiarkan dirinya di liwat. Seolah-olah dia (saiful) tiada kudrat utk melawan. Itu secara logik akal lah..
Kedua mcm sy tekankan komen sy sebelum jika perkara ini tidak berlaku, ia hanyalah sandiwara politik yg ditimbulkan pihak tertentu utk menjatuhkan DSAI.
Re: Kes Saiful dakwa diliwat terkini
ala hospital dah keluarkan laporan pemeriksaan klinikal yg saiful tak di liwat... aap citer lagikkk
Re: Kes Saiful dakwa diliwat terkini
ingat liwat2 ni main2 kee..
best sngt kee kena liwat ni?
bagi steatmen tipu2..menyusahkan diri sendiri pee..
siap dah bersumpah ngan Al-Quran..
biar laaa...klu dia tipu ni antara dia ngan Allah...
eton: takutnye main sumpah2..

et0n- Moderator
- Posts : 476
Join date : 24/08/2009
Age : 44
Location : Wilayah Iskandar, Johor Bahru
Re: Kes Saiful dakwa diliwat terkini
itu la psl, ikut klinikal kalo kes tu dh lama.. mmg susah la nak kesan, lain la hari ni diliwat esk pi cek klinik.. kalo dh berbulan susah jgk nak buktikan secara klinikal..nak cek pecah dara senang la, ni kes belakang, situ najis keluar masuk. kuikuikui tp urusan dia dgn ALLAH la.. dia pun buat sumpah laknat, tp anwar tk jawab2 lagi cabaran dia utk bersumpah.
Re: Kes Saiful dakwa diliwat terkini
Mr.Puaka wrote:itu la psl, ikut klinikal kalo kes tu dh lama.. mmg susah la nak kesan, lain la hari ni diliwat esk pi cek klinik.. kalo dh berbulan susah jgk nak buktikan secara klinikal..nak cek pecah dara senang la, ni kes belakang, situ najis keluar masuk. kuikuikui tp urusan dia dgn ALLAH la.. dia pun buat sumpah laknat, tp anwar tk jawab2 lagi cabaran dia utk bersumpah.
bila anwar x berani balas sumpahlaknat tu yg buat org keliru tu... ulama pas pun cakap takyah sumpah ... ada jerr alasan anwar ni... tapi dlm ramai2 pemimpin kat malaysia sekarang ni anwar sorang jerk yg ada pemikiran cam mahathir.....
Re: Kes Saiful dakwa diliwat terkini
ikin sokong kate seed yang anwar berfikiran mcm mahathir..kalu x kenape mahahir leh pilih die sebagai timbalan die dulu.
!k!n@Pr!s0N BrEak- Baru Kerja
- Posts : 331
Join date : 25/08/2009
Re: Kes Saiful dakwa diliwat terkini
Admin wrote:Mr.Puaka wrote:itu la psl, ikut klinikal kalo kes tu dh lama.. mmg susah la nak kesan, lain la hari ni diliwat esk pi cek klinik.. kalo dh berbulan susah jgk nak buktikan secara klinikal..nak cek pecah dara senang la, ni kes belakang, situ najis keluar masuk. kuikuikui tp urusan dia dgn ALLAH la.. dia pun buat sumpah laknat, tp anwar tk jawab2 lagi cabaran dia utk bersumpah.
bila anwar x berani balas sumpahlaknat tu yg buat org keliru tu... ulama pas pun cakap takyah sumpah ... ada jerr alasan anwar ni... tapi dlm ramai2 pemimpin kat malaysia sekarang ni anwar sorang jerk yg ada pemikiran cam mahathir.....
Pemikiran mcm mahathir tp kelakuan tu bkn mcm mahathir, sebelum ni anwar pernah mempertikaikan kononnya sistem kehakiman negara ni dh hancur, tapi bila kes nizar didengar di mahkamah tinggi dan memihak kpd nizar, anwar kata sistem kehakiman negara ni masih boleh diguna, pahtu bila zambry bawak ke ke mahkamah rayuan, keputusan memihak kpd zambry pulak, time tu juga anwar kata sistem mahkamah negara ni hancur balik, pendek kata kalo sebelah alik dia boleh pakai kalo tk sebelah alik dia mahkamah ni tk boleh pakai.
Re: Kes Saiful dakwa diliwat terkini
kita manusia xmampu melihat sume kejadian di dunia...hanya tuhan yg melihat semuanya...perasaan hasad dengki..fitnah memfitnah..tipu menipu sentiasa akan ade kerana wujudnya syaitan iblis yg menghasut manusia tuk menyesatkan manusia..kite bergaduh kerana isu manusia yg xtentu lg benar atau tidak..jd lebih baik kite berpandu kepada al-quran n hadith yg sudah tentu kebenarannye yg mampu membawa kita ke jln yg benar-!!~yeahh
anak kancil- Budak Sekolah Rendah
- Posts : 48
Join date : 29/08/2009
Age : 38
Location : malaysia
Re: Kes Saiful dakwa diliwat terkini
KUALA LUMPUR 6 Sept. – Penangguhan perbicaraan kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi gambaran seolah-olah pemimpin pakatan pembangkang itu takut kepada kebenaran.
Penganalisis politik, Dr. Chandra Muzaffar yang juga bekas timbalan presiden parti itu ketika dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional berkata, tindakan Anwar itu suatu pembaziran kos, waktu dan tenaga manusia di mahkamah.
“Saya bukanlah hendak membuat kesimpulan dalam perkara ini. Namun inilah gambaran yang dapat dilihat.
“Kenapa hendak tangguh kalau kita tidak salah. Anwar seolah-olah takut pada sesuatu. Takut pada kebenaran yang akan terbongkar dalam perbicaraan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Chandra berkata, kes berkenaan sangat penting kepada masyarakat apatah lagi ia melibatkan isu moral.
“Justeru sebagai seorang pejuang rakyat dan pejuang keadilan kononnya, Anwar perlu memastikan perbicaraan beliau selesai secepat mungkin.
“Anwar perlu bersikap adil kepada mahkamah, rakyat dan yang paling penting mangsa atau pengadu dalam kes berkenaan,” jelasnya.
Tambah Chandra, mahkamah tidak harus dipersalahkan ekoran penangguhan demi penangguhan yang berlaku.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, sikap pemimpin pembangkang itu yang sering mencari alasan bagi menangguhkan perbicaraan di mahkamah hanya mengundang tanda tanya masyarakat.
‘‘Kesimpulan kita, dia (Anwar) takut kes dia berjalan. Kalau dia tak bersalah, hadapi di mahkamah. Yang buat demonstrasi jalanan apa hal?
‘‘Orang ramai juga akhirnya akan sampai pada kesimpulan, yang berlaku semua ini ialah kerana dia takut dengan kes dia,” katanya di sini semalam.
Bekas pembantu peribadi Anwar iaitu Saiful Bukhari Azlan dalam blognya baru-baru ini menyatakan rasa kesal terhadap penangguhan kes liwat yang dihadapi oleh bekas majikannya itu ekoran tindakan Anwar mengemukakan beberapa permohonan berkaitan dengan kes tersebut.
Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas berkata ‘‘Jika Anwar tidak bimbang, tak bersalah, hadapi sahaja kes. Apa juga pembelaan, buat di dalam mahkamah. Bukan buat huru-hara di jalan”.
Beliau yakin apa yang berlaku hari ini terutama di Perak adalah antara strategi Anwar mengelak berdepan dengan proses keadilan.
Dalam masa sama, beliau turut mempersoalkan usaha Anwar yang mahu membatalkan kumpulan pendakwaan terhadap kes itu atas sebab-sebab tertentu.
‘‘Bagaimana kalau saya pula kata, R. Sivarasa tidak dibenarkan menjadi peguam bela Anwar kerana Sivarasa adalah seorang yang berkepentingan kepada Anwar selain dia juga ialah ahli Parlimen pembangkang. Boleh saya kata begitu?
‘‘Kalau saya tak boleh buat begitu, bagaimana dia boleh lakukan kepada unit pendakwaan kita dengan mengatakan pendakwa ini satu masa dulu kononnya pernah buat laporan tidak betul. Ini tak logik, mengarut,” katanya.
Beliau berkata, Anwar sepatutnya mempertikaikan tanggungjawab seseorang hakim sama ada berlaku adil atau tidak bukan terhadap kumpulan pendakwa raya.
‘‘Yang patut dia bimbang ialah hakim bukan pendakwa itu. Pendakwa, dia mendakwa sahaja. Kalau dia marah pada Anwar, apa benda pun yang dia boleh buat pada Anwar?
‘‘Tetapi kalau hakim itu merupakan orang yang mungkin keadilannya berat sebelah, kita boleh minta supaya dia tidak dibenarkan mengadili kes,” katanya.

Betul la apa Anwar minta, team pendakwaraya tu tainted,Anwar ade pending kes against some of them, ini salah dari segi etika peraturan sidang mahkamah itu sendiri.Sivarasa tu ade sesape ke dalam team pendakwaraya tu yang ade pending case against beliau??
Utusan Malaysia ni dah terkenal dengan kelentong kuat pemutar belit fakta no.satu di Malaysia, dah beratus ribu malah juta RM saman yang orang menang atas Utusan Malaysia nih, still ada orang nk quote dari Utusan Malaysia kat sini..memalukan...
Btw, apsal Utusan Malaysia,Chandra Muzzafar tak sentuh langsung pasal penangguhan yang diminta oleh team pendakwaraya bila DSAI buat permohonan meminta bahan bukti2 dalam kes ini?? Terlupa ke atau saje buat2 lupe??
Utusan Malaysia ni dah terkenal dengan kelentong kuat pemutar belit fakta no.satu di Malaysia, dah beratus ribu malah juta RM saman yang orang menang atas Utusan Malaysia nih, still ada orang nk quote dari Utusan Malaysia kat sini..memalukan...
Btw, apsal Utusan Malaysia,Chandra Muzzafar tak sentuh langsung pasal penangguhan yang diminta oleh team pendakwaraya bila DSAI buat permohonan meminta bahan bukti2 dalam kes ini?? Terlupa ke atau saje buat2 lupe??
Pijan- Moderator
- Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 49
Location : KuaLa LumPur
Re: Kes Saiful dakwa diliwat terkini
Alahai saudara pijan kita ini, bukan tk pernah Anwar ini mempertikaikan badan kehakiman negara, dlm kes Nizar melawan Zambry contohnya Anwar kata sistem kehakiman negara ini hancur kononnya la.
Kenapa dia cakap begitu sebab mahkamah tidak berpihak kepada dia, tiba-tiba Nizar bawak kes ke mahkamah Persekutuan dan memihak kpd si Nizar ini, time tu Anwar tk pulak mempertikaikan badan kehakiman negara.
Disebabkan Zambry tk berpuas hati, dibawaknya kes ke mahkamah Rayuan dan kes ini memihak kpd zambry, time ni juga anwar "spin" balik ckp sistem kehakiman negara hancur.
Sedarlah saudara dari lamunan dan omongan kosong Anwar ini, perjuangannya tidak kemana selain mengejar jawatan yg tidak kesampaian semasa menjawat jawatan dlm kerajaan.
Sekarang ini pertikaikan kes liwat dia pulak. Takpelah kita tunggu aje la kes ini.

Johor Bahru -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim disaran segera menggunakan ruang perbicaraan untuk membersihkan namanya daripada segala tuduhan liwat.
Pengeri Biro Pendidikan Politik Pemuda UMNO Malaysia, Ali Mazat Salleh berkata penangguhan demi penangguhan perbicaraan kes liwat yang dihadapi Penasihat PKR itu bukan sahaja akan mengelirukan orang ramai malah merugikan banyak pihak termasuklah pembaziran kos, waktu dan tenaga.
Tegasnya, sudahlah Anwar tidak mahu melakukan sumpah laknat atau mubahalah, tindakannya mencari pelbagai alasan menangguhkan perbicaraan menimbulkan bermacam-macam persoalan.
Justeru beliau berharap badan kehakiman negara mengambil tindakan sewajarnya berhubung perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tertunda beberapa kali bagi memastikan maruah institusi berkenaan tidak tercalar.
"Berani kerana benar, takut kerana salah. Kalau kata mahkamah tidak adil, sudah berapa kali keputusan mahkamah dilihat berpihak kepada pembangkang.
"Jangan kelirukan rakyat sehinga sanggup mempermainkan institusi mahkamah. Jadikan mahkamah itu satu landasan untuk membersihkan diri", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Anwar Ibrahim yang seolah-olah melengahkan perbicaraan kes liwatnya.
Kes Datuk Seri Anwar Ibrahim dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan pertama kali disebut di Mahkamah Sesyen pada 10 September tahun lepas.
Ali Mazat seterusnya berkata keadilan bukan hanya untuk Anwar sahaja tetapi perlu diberikan kepada pengadu.
"Dalam hal ini pengadu Saiful Bukhari Azlan sudah melahirkan kekecewaan kerana kes ini berapa kali ditangguhkan ekoran pelbagai tindakan yang dilakukan Anwar.
"Keadilan mesti diberi kepada kedua-dua pihak. Kita tidak mahu mahkamah akan menjadi bahan mainan Anwar untuk mencari 'keadilan' yang bersesuaian dengan kehendak serta fahamannya sahaja", ujarnya.

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Sat Dec 15, 2018 5:26 pm by MutiaraKirana
» Cara upgrade driver
Tue Feb 12, 2013 5:21 am by Syukur Azzaha
» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED RM 15/KG
Fri Jun 22, 2012 11:23 pm by miezza
» PROMOSI!!! SERBUK ICE BLENDZ (16 - 20 MAC 2012) - RM13 PER 1KG
Fri Mar 16, 2012 1:28 pm by DezireMarketing
» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED
Mon Aug 01, 2011 5:09 pm by Liana
» Kenali aku,
Thu Dec 16, 2010 1:43 pm by weather
» Rahsia Menjana RM20,000 Dalam 20 hari
Wed Sep 29, 2010 6:43 pm by ASBN
» DUIT MASUK HARI-HARI RM50-500, REBUT PELUANG SEGERA
Wed Sep 29, 2010 6:42 pm by ASBN
» KIAMAT DAN KEADAANNYA
Sat Aug 21, 2010 10:16 am by krulayar