Log in
Search
Latest topics
Who is online?
In total there are 8 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 8 Guests None
Most users ever online was 223 on Sat Oct 12, 2024 3:16 am
Social bookmarking
Bookmark and share the address of Forum Central on your social bookmarking website

KampungFM
Kisah Seorang Guru
4 posters
Page 1 of 1
Kisah Seorang Guru
Saya mengajar di sekolah rendah di
tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid
saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor.
Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.
Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar
dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi
nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang
seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk
tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa
menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya
menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah
kata dari mulutnya.
Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya
memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.
Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah
mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan
setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya
nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah.
Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.
Lebih kurang
pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu.
Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan
kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya.
Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.
Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu
sambil menahan airmata yang mula tergenang.
“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi
ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan
kamu baju tadi?”
Dia terkejut dan wajahnya berubah.
“Itu abang saya.
Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang
ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya
“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan
kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”
” Mak pesan, jangan meminta2
pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul
serahkan saja punggung kamu.”
Sambil menahan airmata yang mula berguguran
saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….”
Kejadian itu cukup menginsafkan
saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.
Cerita2 begini
membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita
mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;
i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi.
mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah

KeKaSiH Ku SeRu- Budak Sekolah Menengah
- Posts : 63
Join date : 26/08/2009
Age : 41
Re: Kisah Seorang Guru
aduh.. daif nye... cian lar..
sherah_koala91- Budak U
- Posts : 208
Join date : 11/09/2009
Age : 33
Location : selatan malaysia
Similar topics
» Kisah Seorang Temuduga
» Kisah-Kisah 25 Para Nabi
» Doa Seorang Isteri
» KALAU ANDA SEORANG MUSLIM..BACALAH...
» Jadual Harian Seorang Muslim di Bulan Ramadhan

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Sat Dec 15, 2018 5:26 pm by MutiaraKirana
» Cara upgrade driver
Tue Feb 12, 2013 5:21 am by Syukur Azzaha
» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED RM 15/KG
Fri Jun 22, 2012 11:23 pm by miezza
» PROMOSI!!! SERBUK ICE BLENDZ (16 - 20 MAC 2012) - RM13 PER 1KG
Fri Mar 16, 2012 1:28 pm by DezireMarketing
» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED
Mon Aug 01, 2011 5:09 pm by Liana
» Kenali aku,
Thu Dec 16, 2010 1:43 pm by weather
» Rahsia Menjana RM20,000 Dalam 20 hari
Wed Sep 29, 2010 6:43 pm by ASBN
» DUIT MASUK HARI-HARI RM50-500, REBUT PELUANG SEGERA
Wed Sep 29, 2010 6:42 pm by ASBN
» KIAMAT DAN KEADAANNYA
Sat Aug 21, 2010 10:16 am by krulayar