Forum Central
Kami telah berpidah ke server baru <a href="WWW.KAMPUNGFM.COM">KAMPUNGFM.COM</a>

Join the forum, it's quick and easy

Forum Central
Kami telah berpidah ke server baru <a href="WWW.KAMPUNGFM.COM">KAMPUNGFM.COM</a>
Forum Central
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» Sah!!!! SITI NORDIANA FAILKAN PERCERAIAN KE ATAS FAIZAL YUSUP
Air mata darah EmptySat Dec 15, 2018 5:26 pm by MutiaraKirana

» Cara upgrade driver
Air mata darah EmptyTue Feb 12, 2013 5:21 am by Syukur Azzaha

» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED RM 15/KG
Air mata darah EmptyFri Jun 22, 2012 11:23 pm by miezza

» PROMOSI!!! SERBUK ICE BLENDZ (16 - 20 MAC 2012) - RM13 PER 1KG
Air mata darah EmptyFri Mar 16, 2012 1:28 pm by DezireMarketing

» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED
Air mata darah EmptyMon Aug 01, 2011 5:09 pm by Liana

» Kenali aku,
Air mata darah EmptyThu Dec 16, 2010 1:43 pm by weather

» Rahsia Menjana RM20,000 Dalam 20 hari
Air mata darah EmptyWed Sep 29, 2010 6:43 pm by ASBN

» DUIT MASUK HARI-HARI RM50-500, REBUT PELUANG SEGERA
Air mata darah EmptyWed Sep 29, 2010 6:42 pm by ASBN

» KIAMAT DAN KEADAANNYA
Air mata darah EmptySat Aug 21, 2010 10:16 am by krulayar

Who is online?
In total there are 13 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 13 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 223 on Sat Oct 12, 2024 3:16 am
Social bookmarking

Social bookmarking reddit      

Bookmark and share the address of Forum Central on your social bookmarking website

Bookmark and share the address of Forum Central on your social bookmarking website

RSS feeds


Yahoo! 
MSN 
AOL 
Netvibes 
Bloglines 


KampungFM



Affiliates
free forum


Air mata darah

+3
Mr.Puaka
pahlawan007
et0n
7 posters

Go down

Air mata darah Empty Air mata darah

Post by et0n Mon Sep 14, 2009 10:17 am

Air mata darah Mainpix1

Fenomena pelik remaja titis air mata darah


CALVINNO
Inman, Twinkle Dwivedi dan Rashida Khatoon tidak mengenali satu sama
lain, tetapi remaja dari India dan Amerika Syarikat ini berkongsi satu
masalah penuh misteri yang membingungkan ramai iaitu mereka mengalirkan
air mata darah.

Inman, dari Tennessee, menjadi ‘mangsa’ terbaru masalah misteri itu dan penderitaannya itu menjadi perhatian ramai selepas dilaporkan media antarabangsa, akhir bulan lalu.

Remaja lelaki berusia 15 tahun itu dikatakan tidak dapat mengawal mengalirkan air mata darah sehingga tiga kali sehari dan berlanjutan selama 15 minit sehingga sejam!

Ketika ramai kagum dengan keadaan dirinya, tetapi tidak ramai yang menyedari masalah itu jelas mengganggu kehidupan Inman. Malah, beliau sering disindir rakan-rakannya yang melabelkannya sebagai kerasukan atau kesakitan setiap kali air mata darahnya mengalir.

“Kadang-kadang saya dapat rasakan ia keluar, sama seperti air mata. Saya berasakan mata saya berair. Kadang-kadang, mata saya terlalu sakit seolah-olah mahu tercabut,” katanya kepada stesen ABC News, baru-baru ini.


Ibu Inman, Tammy Mynatt, yang bimbang dengan keadaan itu berkata, beliau sudah membawa anaknya menjalani pemeriksaan MRI, imbasan CAT dan ultra bunyi serta mengadakan temujanji dengan pakar. Sayangnya, di negara maju seperti Amerika sekali pun, tiada seorang doktor yang dapat mengenal pasti punca keadaan Inman. Malah golongan pakar perubatan turut bingung dengan keadaan itu.

Mynatt menceritakan detik-detik bagaimana beliau menghubungi talian 911 apabila kali pertama anaknya menitiskan air mata darah itu.

“Perkara paling menakutkan dalam hidup saya ialah apabila beliau memandang dan bertanya, ‘Mak, apakah saya akan mati?’ Pertanyaan itu amat menusuk hati kerana sebagai ibu saya cuma mampu memerhatikan tanpa mampu berbuat apa-apa,” katanya.

Pakar Oftalmologi, Dr Rex Hamilton, berkata remaja itu mungkin menderita keadaan yang digelar Haemolacria atau ringkasnya ‘air mata darah.’

“Ia cuma perkataan menggambarkan manifestasi air mata darah. Ia tidak menyebut apa-apa mengenai puncanya dan terjadi satu dalam sejuta orang,” katanya.

Tidak kurang pula yang mengaitkan masalah itu dengan kecacatan saluran air mata dan ketumbuhan dalam otak, biarpun ia kekal andaian kerana tiada sebarang bukti perubatan bagi menyokongnya.

Apa yang pasti, keadaan Inman menyamai penderitaan ditanggung Rashida Khatoon, remaja dari Patna, di timur laut India. Seperti juga di Amerika, pakar perubatan India juga tidak mempunyai sebarang jawapan di atas penderitaan gadis itu.

“Saya tidak berasa sakit apabila titisan air mata darah itu keluar. Tetapi tergamam juga melihatkan air mata darah yang mengalir dan bukannya tangisan biasa,” kata Rashida.

Jika Inman dituduh kerasukan, Rashida sebaliknya dipandang mulia penganut Hindu yang menganggap dirinya satu keramat. Mereka sanggup ke rumahnya untuk mendapatkan restu serta memberi hadiah kepada Rashida dan keluarganya.

Seorang lagi remaja India, Twinkle Dwivedi, 13, pula kehilangan darah menerusi kulitnya, termasuk mata tanpa mengalami luka atau calar.

Malah dia terpaksa menjalani pemindahan darah apabila ia keluar menerusi mata, hidung, garis rambut, leher dan tapak kaki. Ada kalanya, keadaannya teruk apabila bangun dengan keseluruhan tubuhnya diselaputi darah kering. Penderitaan Dwivedi sebaliknya dipandang serong oleh penduduk kampung yang percayakan beliau disumpah dan
menjerit kata-kata menghina gadis itu.

Keluarganya yang bimbang sudah mendapatkan bantuan daripada ramai doktor selain pemimpin agama pelbagai agama tetapi menemui jalan buntu.

“Saya amat terdesak untuk membantu anak saya. Kami tidak percayakan perkara tahyul tetapi amat terdesak. Kami sudah ke kuil, masjid, gereja tetapi tiada apa dapat menyembuhkan anak saya,” kata ibunya, Nandani, 42.

Pakar perubatan India kini percaya keadaan Dwivedi adalah versi teruk masalah platelet darah yang jarang berlaku dan tidak dapat mencari penawar.

Di Malaysia juga tidak terkecuali digemparkan berita hampir sama kira-kira 24 tahun lalu apabila akhbar melaporkan kanak-kanak yang ketika itu berusia 10 tahun, Yogalingam, dari Perak, mengeluarkan benang daripada matanya.

Selama hampir dua minggu, gumpalan benang berterusan keluar menerusi matanya yang memaksanya ditahan di hospital lebih 10 hari. Kesengsaraan Yogalingam bermula dengan rasa gatal dan sakit pada matanya terutama di kelopak mata kanan. Ibunya, Letchumi, yang cemas dengan keadaan itu segera membawa Yogalingam ke hospital Ipoh. Doktor
menemui gumpalan hitam pekat di kelopak mata Yogalingam dan apabila ia dikeluarkan hasilnya amat membingungkan doktor kerana ia adalah seutas benang.

Menurut doktor yang merawatnya, lebih 80 gumpal benang ditarik daripada mata kanan kanak-kanak berkenaan dan panjangnya mencecah enam hingga lapan sentimeter. Ia terus menjadi misteri apabila kajian di Makmal Direktorat Kimia Jabatan Kesihatan Malaysia, mengesahkan benang asli itu daripada serat kapas.

Tidak kurang menariknya kejadian aneh pada 2007 mengenai kemampuan gadis Melaka, Siti Suhana Saadon, mengeluarkan beratus-ratus bebola kecil berbentuk kristal dan permata pelbagai warna menerusi ibu jari kirinya. Sekumpulan pakar Universiti Putra Malaysia (UPM) yang melakukan kajian, mengesyaki bebola kecil warna jernih seperti kristal, guli dan hirisan kaca yang keluar daripada ibu jari kaki kiri gadis berkenaan hasil tindak balas enzim dan toksik dalam tubuhnya.

Namakan ia apa saja - misteri, aneh atau pelik tetapi bagi umat Islam, keadaan itu tidak sepatutnya menghairankan sebaliknya menjadi sumber kekaguman kepada kebesaran kuasa Allah.

'Fenomena aneh tak dapat diterokai akal'
APAKAH mungkin kejadian air mata darah itu dibuat-buat? Atau mungkinkah ini disebabkan virus tertentu yang menyebabkan pendarahan berlaku?

Namun, bagi Pengerusi Persatuan Oftamologikal Malaysia, Prof Dr Muhaya Mohamad, beliau bersetuju dengan pandangan pakar antarabangsa yang kejadian tangisan darah ini sememangnya satu misteri perubatan yang belum terungkai lagi, biarpun dunia menyaksikan pelbagai perkembangan teknologi perubatan serba canggih.

Ini kerana hakikatnya, biar cerdik mana dan pencapaian manusia, masih ada bidang yang belum dapat diterokai kemampuan akal dan tinggal fenomena aneh yang tiada jawapannya.

“Secara jujurnya, saya katakan keadaan itu adalah satu misteri kerana saya tidak pernah berdepan perkara itu sepanjang 18 tahun menjadi pakar mata. Saya memandangnya sebagai tanda kebesaran Allah SWT.

“Manusia, walaupun berkelayakan sebagai doktor tidak dapat menandingi kuasa Allah SWT. Ilmu kita amat terbatas sedangkan kuasa-Nya tidak terhad.”

Ditanya sama ada dia sendiri pernah berdepan pengalaman merawat pesakit menghidap masalah misteri ini, Dr Muhaya berkata, jika ada pun, ia membabitkan virus sakit mata.

“Kes pernah dikendalikan membabitkan air mata berwarna agak merah jambu yang disebabkan virus sakit mata. Simptomnya membabitkan mata bengkak dan membran yang apabila dibuang menyebabkan warna air mata berubah.

“Tetapi belum pernah saya berdepan dengan pesakit mengalirkan air mata darah. Jika pesakit menghadapi masalah platelet darah kurang sekalipun, pendarahan berlaku pada retina dan dia tidak akan mengalirkan air mata darah,” katanya.

Justeru, Dr Muhaya berkata, kejadian air mata darah itu sememangnya satu misteri.

“Saya tidak tahu bagaimana untuk memberi penjelasan mengenai kes ini. Ia satu misteri bagi saya tetapi kita tidak boleh terus mengatakan ia dibuat-buat kerana keadaan itu mungkin satu petunjuk Allah SWT.

“Sekali lagi saya tegaskan kita manusia jangan sombong kerana pengetahuan kita amat terhad. Perkara seperti ini pun sudah cukup membingungkan kita,” katanya.
et0n
et0n
Moderator
Moderator

Posts : 476
Join date : 24/08/2009
Age : 44
Location : Wilayah Iskandar, Johor Bahru

Back to top Go down

Air mata darah Empty Re: Air mata darah

Post by pahlawan007 Mon Sep 14, 2009 10:24 am

Inilah yang dikatakan, keluar air mata darah sekalipun, yang pergi tetap tak akan kembali. jadi renungkan lah...
pahlawan007
pahlawan007
Budak U
Budak U

Posts : 177
Join date : 29/08/2009
Age : 50
Location : Subang

Back to top Go down

Air mata darah Empty Re: Air mata darah

Post by Mr.Puaka Tue Sep 15, 2009 7:15 am

Misteri kekuasaan Allat S.W.T, tapi aku korang kalo nak nangis darah pun boleh, pakai aje eye moye macam maya karin pakai dlm pilem pontianak harum sundal malam.. ahahaha Air mata darah Icon_lol
Mr.Puaka
Mr.Puaka
Moderator
Moderator

Posts : 741
Join date : 27/08/2009
Age : 44
Location : Kuala Lumpur

http://xat.com/kedaimamak

Back to top Go down

Air mata darah Empty Re: Air mata darah

Post by aL_BeLLa Tue Sep 15, 2009 7:29 am

hehe...
scary gak tgk diorg nih...
aL_BeLLa
aL_BeLLa
Executive Officer
Executive  Officer

Posts : 397
Join date : 07/09/2009
Location : shah alam,sek 19

Back to top Go down

Air mata darah Empty Re: Air mata darah

Post by !k!n@Pr!s0N BrEak Tue Sep 15, 2009 5:24 pm

kalau menangis lame agak2 abis xdarah dlm badan die..
!k!n@Pr!s0N BrEak
!k!n@Pr!s0N BrEak
Baru Kerja
Baru Kerja

Posts : 331
Join date : 25/08/2009

Back to top Go down

Air mata darah Empty Re: Air mata darah

Post by Joe Tue Sep 15, 2009 5:32 pm

wa dahsat btol la post ni
Joe
Joe
Executive Officer
Executive  Officer

Posts : 401
Join date : 25/08/2009

Back to top Go down

Air mata darah Empty Re: Air mata darah

Post by sherah_koala91 Tue Sep 15, 2009 7:31 pm

seram nyerr.. rupenyerr ade manusia yg mcm ni.. ni lar kekuasaan allah..
sherah_koala91
sherah_koala91
Budak U
Budak U

Posts : 208
Join date : 11/09/2009
Age : 33
Location : selatan malaysia

Back to top Go down

Air mata darah Empty Re: Air mata darah

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum