Forum Central
Kami telah berpidah ke server baru <a href="WWW.KAMPUNGFM.COM">KAMPUNGFM.COM</a>

Join the forum, it's quick and easy

Forum Central
Kami telah berpidah ke server baru <a href="WWW.KAMPUNGFM.COM">KAMPUNGFM.COM</a>
Forum Central
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» Sah!!!! SITI NORDIANA FAILKAN PERCERAIAN KE ATAS FAIZAL YUSUP
Anda baru dalam blog -camna nak mula? EmptySat Dec 15, 2018 5:26 pm by MutiaraKirana

» Cara upgrade driver
Anda baru dalam blog -camna nak mula? EmptyTue Feb 12, 2013 5:21 am by Syukur Azzaha

» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED RM 15/KG
Anda baru dalam blog -camna nak mula? EmptyFri Jun 22, 2012 11:23 pm by miezza

» PROMOSI!!! SERBUK ICE BLENDZ (16 - 20 MAC 2012) - RM13 PER 1KG
Anda baru dalam blog -camna nak mula? EmptyFri Mar 16, 2012 1:28 pm by DezireMarketing

» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED
Anda baru dalam blog -camna nak mula? EmptyMon Aug 01, 2011 5:09 pm by Liana

» Kenali aku,
Anda baru dalam blog -camna nak mula? EmptyThu Dec 16, 2010 1:43 pm by weather

» Rahsia Menjana RM20,000 Dalam 20 hari
Anda baru dalam blog -camna nak mula? EmptyWed Sep 29, 2010 6:43 pm by ASBN

» DUIT MASUK HARI-HARI RM50-500, REBUT PELUANG SEGERA
Anda baru dalam blog -camna nak mula? EmptyWed Sep 29, 2010 6:42 pm by ASBN

» KIAMAT DAN KEADAANNYA
Anda baru dalam blog -camna nak mula? EmptySat Aug 21, 2010 10:16 am by krulayar

Who is online?
In total there are 25 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 25 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 223 on Sat Oct 12, 2024 3:16 am
Social bookmarking

Social bookmarking reddit      

Bookmark and share the address of Forum Central on your social bookmarking website

Bookmark and share the address of Forum Central on your social bookmarking website

RSS feeds


Yahoo! 
MSN 
AOL 
Netvibes 
Bloglines 


KampungFM



Affiliates
free forum


Anda baru dalam blog -camna nak mula?

2 posters

Go down

Anda baru dalam blog -camna nak mula? Empty Anda baru dalam blog -camna nak mula?

Post by et0n Mon Aug 24, 2009 7:57 pm

Eton tolong copy pastekan dari forum lain
Salam semua..

laling selalu dapat PM camni dan nampak thread bebaru yg dibuka di section blogger ni oleh newbies (post sikit kat CG ni dan jumpa forum ni melalui search engine)..bertanyakan soalan camni?

Quote:
Originally Posted by Zulkarnine

Sorry ye kak long...
Terima kasih atas jawapan tu...sy dh pun belek2 thread2 tu, tp tak dpt habiskan semua..skrg ni sy zero knowledge pasal benda2 ni..tgh mencari kat mana harus bermula..just minta tunjukkan kat mana tmpt bermula tu je....setelah buat perkiraaan, sy kena amik masa dlm 2-3bulan utk faham tentang benda2 ni semua...cuti lak dh abis ni..skrg ni just kumpulkan maklumat2 je dulu..dan try buat blog simple2...

kak long tau kat mana sy leh dptkan ebook yg sesuai utk sy...sbb thread yg ada skrg ni takde susunan silibus..lg2 mcm sy ni mmg tak tau apa2...boleh tak buatkan thread silibus pelajaran dan requirement yg newbie kena ada dan cari...just letakkan tajuk je dah la..mcm account GA,Cpanel,File Zilla,script HTML,dll....

kalo pertanyaan sy ni mengarut...just ignore jela ye..sekian terima kasih..
Atas rasa tanggungjawab nak membantu dan tolong bolehlah kita sesama senior blogger bantu diorang ni terutama newbies dan blur "what I should do?" dalam celik sikit pasal blog.Laling sedar ramai orang yg nak tahu tapi tulah takde sekolah sebenarnya ajar benda ni secara sistematik ..

laling jugak tahu ramai yang tahu tapi takde bakat nak ajar dan tak berapa suka layan budak2 pemulihan ni..Sorry kalau you terasa tapi adatlah freshie kenalah ragging cecukup dulu supaya jadi senior nanti senior yg sempoi dan unuk Malaysia ini sangat bagus untuk kita jemaah jadi terkenal di online melalui blog...Kalau sureduit penat dah berusaha nak jadikan team bola Malaysia masuk worldcup tapi nampaknya lelaki melayu Malaysia nowday ramai berat badan..LOL

So apa perlu ada untuk jadi bloggers.

A)Tool.
0.email
1.Paypal Account
2.e-gold account
3.blog di blogger.com atau blogmas.com

B)will continue..
et0n
et0n
Moderator
Moderator

Posts : 476
Join date : 24/08/2009
Age : 44
Location : Wilayah Iskandar, Johor Bahru

Back to top Go down

Anda baru dalam blog -camna nak mula? Empty Re: Anda baru dalam blog -camna nak mula?

Post by et0n Mon Aug 24, 2009 7:59 pm

LOL..bukan semua elaki melayu tu satu tanggapan monoksida asbestos nih laling..hahaha

kepada en. Zulkarnine, kalau nak jadi bloggers saya rekomenkan mesti ada domain + hosting sendiri, sebabnya kita tak tahu apa akan jadi masa depan, tetiba tgh syok2 blogging, blog tu plak dah buat duit sampai beratus-ratus sebulan, then tetiba free provider (blogspot, wordpress) delete account, bleh frust jadiknya.

bleh refer kat sini pasal web hosting -> http://en.wikipedia.org/wiki/Web_hosting_service

Tapi, saya cadangkan kalo baru nak mula, belajar buat blog pakai free platform dulu, macam wordpress.com, blogspot.com, blogmas.com dll. Dalam masa yang sama, belajar CPanel, html dsb. Jangan terburu-buru beli hosting, nanti membazir sebab tak tau guna.

Blog jenis macam (wordpress, blogspot) ni tak memerlukan anda faham CSS, xhtml dan sebagainya. Malah, saya rasa kalau anda nak buat blog dalam hosting sendiri pun tak perlu mahir sangat pasal xhtml dsbnya, sebab nak blogging tak perlukan kemahiran pasal xhtml, semuanya telah tersedia untuk anda, tinggal tunggu tulis dan post jek..

bleh refer kat sini kalo nak belajar html -> http://www.w3schools.com

kalo dah ada hosting sendiri, baru kena tau psl Cpanel, File Zilla dsbnya, tutorialnya banyak klo cari kat google. Google adalah sebuah kamus yang besar

nih antara contoh2 website yang aku dapat dalam Google menggunakan keyword "cpanel tutorial" - >

1) http://www.2serveu.net/support/cpanel-tutorial.htm
2) http://www.webhostgear.com/cid_4.html
3) http://www.siteground.com/tutorials/cpanel/

kena rajin sikit cari bahan bro ..

selain knowledge pasal xhtml, css, cpanel, ftp, fantastico (untuk setup ngan modify blog), merchant ngan akaun bank penting juga kalo nak turn blog saudara jadi money making blog..sebagai medium untuk anda menerima pembayaran daripada pembeli..

untuk pembayaran offline,
maybank2u <- aku cadangkan untuk local buyers, sebab melalui pengalaman aku, ramai yang transfer duit melalui maybank2u, walaupun aku ade letakkan beberapa option bank lain macam cimbclicks ngan pbebank..

untuk pembayaran online,

egold
nih senang jek nak register..takyah verification

paypal
paypal kena ada credit card kalo nak verify

bleh refer kat sini kalo nak tau pasal paypal -> http://www.malaysiapal.com

semoga berjaya!
et0n
et0n
Moderator
Moderator

Posts : 476
Join date : 24/08/2009
Age : 44
Location : Wilayah Iskandar, Johor Bahru

Back to top Go down

Anda baru dalam blog -camna nak mula? Empty Re: Anda baru dalam blog -camna nak mula?

Post by Admin Mon Aug 24, 2009 8:01 pm

Then Tool BASIC seterusnya..Jimatkan masa dan pengurusan

1.HTML untuk set gambar,hyperlink,buat kotak,egold code,paypal code dan sebagainya anda save kat notepad ke blogspot dashboard ke-(Setting-->Formatting TAB-->Post Template then Savelah setting tu) or kat yahoomail dan titlekan bagi nama BlogCode ke or whatever..Ini penting kekadang anda ada ilham terlupa bawak laptop nampak cybercafe then ..

2.Picture Hosting -ini penting gak as blogger anda kena ada koleksi gambar yg banyak simpan gambar kat online or folder dalam mydocument anda.. Rename bagi cecantik dan tepat..or save URL gambar dan listkan dalam notepad.


3.Koleksi URL video dari youtube,metacafe dsb..simpan gak kat notepad URL ni. letak nama untuk senang wat reference semula.

4.Waktu Internet laju gila gaban.. gunakan saat ni untuk mengupload kalau anda wat Blog cam MP3 or Anime -simpan URL dalam notepad selepas upload

5.Selalu appreciate pengunjung dan menggalakkan diorang subscribe dan revisit lagi blog anda..kalau jenis blog steady letak about me dsb.. Bina Rangkaian keselesaan kepada diorang, jangan tipu diorang dan bina jaringan -lelama akan ada satu wabak penyakit pada visitor anda tak visit satu hari rasa rindu.:d

6.Blog sampah blog cancer,blog loan crdit whatever untuk adsense kan tak perlu semua tu (less is more) melainkan anda memang pakar dan fresh content sendiri tulis.Apapun sampah blog aka blog cari makan ( One not enough)

7.Letak statistik apa yang visitor paling suka.Kenal pasti page tu..update ke,beri nafas baru dsb..

8.Entry post terutama jenis blog banyak tulis ayat memula 2-3 baris pertama make sure menggoda dan mempersona..kalau blog video kenalah letak tajuk yg excited tapi tak menipu.Buat perenggan 4-6 baris je and janganlah tolonglah jangan buat blog tulis sebijik tiru format Agreement sama cam hire purchase beli keta

yang lenlain sila2 sambung menyambung ye..
Admin
Admin
Admin
Admin

Posts : 1456
Join date : 12/08/2009
Location : Wilayah Iskandar

https://forumcentral.forumms.net

Back to top Go down

Anda baru dalam blog -camna nak mula? Empty Re: Anda baru dalam blog -camna nak mula?

Post by Admin Mon Aug 24, 2009 8:02 pm

Blog ni macam Kedai gak.. paling penting first impression

cuba anda tanya diri sendiri bukan syok sendiri peratikan benda ni.

1.Blog background putih lebih lama visitor stay.
2.Tulisan font warna hitam lebih selesa pada kebanyakan orang
3.3 saat pertama adalah saat kritikal samada blog anda mouse diorang akan klik tanda X kat penjuru kanan atas tu. -rupanya lawa lamalah memandang-rupa pecah umah memang 0.001 saat diorang Blah..

4.Visitor datang dari banyak tempat-search kat google dan yahoo namanya SEO (Paling Bagus),click dari signature di forum ke email ke namanya membina persahabatan dan kredibiliti dan mungkin jugak menyepam (Tu kekadang kena BAN dari GA-orang tak suka kan )secara online...click datang dari video di youtube,metacafe,Friendster,myspace dsb.. atas nama kesihan dan kesukaan tapi tulah ia bergantung usaha anda berterusan..upload make video invite friend mengayat dsb..

5.Percayalah semua yg kita suka orang lain suka gak..so nak traffic buatlah blog orang ramai suka contoh blog yg best ialah..

1.contact Mawi ke Hans Isac ke propose kat dia nak buat blog untuk diorang jadi penulis tak bergaji bagi diorang..in return glamour diorang bagus untuk traffic kan.-in another word orang sekarang suka Hiburan.

2.Blog pasal Technologi narrowkan kepada lat Malaysia je ke..Apa handphone paling popular di Malaysia apa PDA palaing top kat sini dsb..at same time anda leh jual software phone ke Antivirus phone ke..prepaid ke dsb..in another word buat blog handset cerita handset je.

3.Blog pasal lelaki -pengguna internet paling ramai ialah perempuan terutama diMalaysia -ceritalah pasal you all kitaorang teruja nak kenal lelaki camna ..in another word tengok kejayaan rancangan OH Lelaki Farah dan Nana

4.Blog Pasal kanak2 -susu apa bagus,berapa harga susu,hadiah apa sesuai untuk hari jadi dsb..in another word ramai suri rumah,ibu tunggal/ janda /duda kekeringan info pasal camna nak didik anak2.
Blog pasal permainan budak2-ultraman taro dsb boleh layan masuk sini-in another word tengok Astro Ceria tak?

5.Blog Motivasi dalam B.Melayu -sukalah layan blog camni.

Harap membantu anda janganlah asik cerita Duittttttttttt je
Admin
Admin
Admin
Admin

Posts : 1456
Join date : 12/08/2009
Location : Wilayah Iskandar

https://forumcentral.forumms.net

Back to top Go down

Anda baru dalam blog -camna nak mula? Empty Re: Anda baru dalam blog -camna nak mula?

Post by Admin Mon Aug 24, 2009 8:03 pm

Tambah lagi benda asas untuk melengkapkan blog anda.

Kalau di CG ni anda masih barukan eloklah bila dah ada blog katalah blog pertama anda guna blogger.com so langkah bijak ialah..

Melawat Thread ni baca..pergi website yang di recommended oleh member sini accessories ke memacam untuk blog anda at least keluarlah dari standard dah jadilah standard modified.

http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=8747

2.Sila signup dan dapatkan code /URL username ID anda dsb simpan bebaik catatkan di notepad contoh

Picture Hosting
===============
imageshack.us
Username : laling
PW: laling ##123
email yg digunakan :laling@yahoo.com
URL ID :http.blalalal.com/re.laling

buat lenlain camtu senangkan pengurusan.. dapatkan code diorang and embed kat blog or dalam notepad tesebut..Then sambung lagi cam website lain seperti feedburner,technorati,digg,alexa,youtube,myspace dll etc..

Akhir sekali anda buatkan satu folder katalah website anda laling.com rename new folder tu ke lalingdotcom

dalam folder tu apa saja domain /subdomain /plugin/ dsb khusus buat blog tersebut anda put in there.

Percayalah pengurusan yg kemas nescaya anda pun tak semak fikiran bila blog anda makin banyak or nak buat perubahan,amendment dimasa2 akan datang..

Jadi berbloglah dengan bijak.
Admin
Admin
Admin
Admin

Posts : 1456
Join date : 12/08/2009
Location : Wilayah Iskandar

https://forumcentral.forumms.net

Back to top Go down

Anda baru dalam blog -camna nak mula? Empty Re: Anda baru dalam blog -camna nak mula?

Post by Admin Mon Aug 24, 2009 8:05 pm

OK apa yg laling nampak technorati boleh membantu dalam ping dan tag ni just embed code dia dalam setiap laman web awak.kalau guna blogger dia auto ping ni semua melalui feedburner.kalau wordpress guna plugin all in one SEO .

Bagi laling yang penting ialah keyword dan di SEO kan dalam post2 anda dengan lebih berkesan..Apa yg laling nampak you kurang menaip tetapi meng embed kan image dalam post2 anda..Kurang berkesan untuk visitor jumpa blog anda.Beri keutamaan untuk narrow kan kecilkan scope untuk nampak blog anda lebih specifik.

Sebagai contoh kalau laling lah kan nak promote produk HPA MLM awak tu laling akan buat 50 post selama 50 hari satu post setiap hari mengenai HPA dan gempakkan tajuk HPA tu sendiri.

eg.
"Susu IgG Plus bukan dari Holland."
Susu IgG Plus yg diberitakan dari Holland Netherlands bukanlah satu produk dari Dutch seperti yg hangat diperkatakan kerajaan malaysia melalui persatuan pengguna Islam telah memboikot semua produk dari Dutch tetapi tidak termasuk Susu IgG Plus.Ini kerana Susu IgG Plus berasal dari Sentul Pasar.Susu IgG Plus ini mengandungi...blalalala baik untuk kesihatan terutama wanita terkena sampuk langsuir.Susu IgG Plus boleh digunakan oleh bomoh bagi memberi hantu tersebut minum dan mengalih perhatian dalam menghalau langsuir kuntilanak tersebut.Susu IgG Plus telah menarik bukan sahaja warga Somalia yang bekerja di kilang Susu IgG Plus tetapi untuk anda yg pentingkan kesucian muka.Susu IgG Plus boleh didapati terus melalui order form dibawah.Minumlah Susu IgG Plus..LOLOL


then TAG dengan pengganti susu ibu ker dan di DIGG kan dicategory yg sesuai.
Admin
Admin
Admin
Admin

Posts : 1456
Join date : 12/08/2009
Location : Wilayah Iskandar

https://forumcentral.forumms.net

Back to top Go down

Anda baru dalam blog -camna nak mula? Empty Re: Anda baru dalam blog -camna nak mula?

Post by Admin Mon Aug 24, 2009 8:07 pm

OK kita teruskan benda2 asas bila anda baru jer dalam blog..
Masalah utama anda ialah kadang2 dan biasanya hilang idea apa yer nak tulis yer tak? Tak tahu nak isi content apa?..

Antara benda yang perlu anda buat untuk dapatkan ilham menulis.

1.Tengok youtube apa video most views harini ikut kategorylah sesuaikan ngan blog anda.

2.Guna blogsearch dan type keyword yg anda gunakan..Aperyer blogger lain duk sibukkan.

3.Lawat blog kenkawan check link sesama suka sama suka changelink tuhari dia buang dah ker link blog anda..kalau yer blacklist nama dia dan remove terus link blog tersebut.

4.Inilah masanya untuk anda menjawab komen kalaulah kan komen tersebut panjang sangat jawab dalam bentuk post combine kan

5.Inilah juga masanya untuk berkemas betulkan mana2 blog yg salah ejaan, gambar senget dan kumpulkan bahan2.
Admin
Admin
Admin
Admin

Posts : 1456
Join date : 12/08/2009
Location : Wilayah Iskandar

https://forumcentral.forumms.net

Back to top Go down

Anda baru dalam blog -camna nak mula? Empty Re: Anda baru dalam blog -camna nak mula?

Post by Admin Mon Aug 24, 2009 8:08 pm

Post ni dah delete by unknown blogger..Tapi Kelakar bagi lalinglah cara dia mengepost dan I learn something here..Terutama bagaimana kita build integrities, Return Visitor dan SERP


aku akan cakap pasal apple aku ni sampai korang jemu, hehe... acah aja, lepas ni tak ada cerita apple dah. daripada lebih 300 features dalam mac os x leopard ni, dictionary adalah salah satu yang aku paling suka. aku dah letak icon-nya kat dock dan boleh klik bila² masa aja kalau perlu. paling best dictionary ini dipautkan terus kepada 4 rujukan iaitu ‘new oxford american dictionary’, oxford american writer’s thesaurus’, ‘apple dictionary’ dan yang paling terbaru ‘wikipedia’. taipkan apa² perkataan yang menjadi kemusykilan, semua huraian akan diberikan dengan panjang lebar.

dictionary ni memang sesuai untuk copywriter yang malas nak rujuk kamus. sesuai jugak untuk student. memang macam kamus bergerak. tapi kamus hijau ‘collins gem dictionary’ gambar fountain lama aku tu tetap aku simpan, hehe...antara benda² lain yang aku belajar dari mesin baru ni:
1. semua file kerja² dalam apple yang aku burn ke cd boleh dibuka dan diedit di dalam pc sebab aku ada pilihan samada burn untuk kegunaan mac sahaja atau kedua²nya sekali, mac dan pc.

2. kegunaan mighty mouse adalah sama seperti mouse lain, logitech misalnya. mighty mouse boleh right click. dulu mouse untuk apple memang tak boleh right click.

3. macromedia freehand dan dreamweaver dah kena beli oleh adobe group. freehand dah obsolete dan digabungkan dengan adobe illustrator. adobe cukup segala²nya kalau nak buat design dan photo editing. diorang ada adobe photoshop cs3, adobe macromedia cs3, adobe illustrator cs3 dan adobe pdf.

aku pernah terbaca tak lama dulu tentang undang² tak rasmi penulisan blog.peraturan tidak rasmi pertama,

1.gaya penulisan blog perlu dikekalkan dari awal lagi. kalau dari awal tulis pasal politik bangkang kerajaan, kekalkanlah cara begitu. identiti itulah yang buat orang datang semua untuk membaca apa yang ditulis oleh si blogger. kalau temanya dari dulu tentang seks sejenis atau pasal minah tudung, agaknya kenalah kekalkan jugak kot.

blog pun kiranya macam ‘branding’ jugaklah. tak boleh suka² tukar konsep penulisan. nanti dicop tak ada identiti pulak. tengok mykakis.net tu, satu contoh pengekalan idea, konsep dan gaya penulisan yang akan diingati kerana identitinya. macam sheila majid jugaklah, takkan dah bertahun nyanyi jazz tiba² tukar dangdut kan? nanti kena ketawa dengan kak melah dan amelina pulak kang, tak pun ifa raziah... hehe...

peraturan tidak rasmi kedua,
tulislah apa yang kita tahu, yang kita tak tahu tak payahlah sibuk² yang tulis jugak. contohnya kalau kita tak faham sangat pasal ekonomi, pasal matematik atau pasal angkasa lepas, tak payahlah mengada² nak tulis jugak sebab nak impress pembaca kononnya.

sebab yang membaca cara diam² tu ramai, nanti kena gelak, malu pulak kang. contohnya kalau tak pernah sampai ke sydney, tak payahlah nak bagitahu orang macamana bestnya sydney opera house tu di depan mata, atau macamana bestnya pemandangan sydney habour tu atau macamana besarnya kebab kat sana.

atau macamana nak cerita bestnya pemandangan tepi laut istanbul kalau tak pernah sampai kat sana. opsss aku pun tak pernah sampai, dulu company trip ke turkey aku tak ikut, sebab ada hal² lagi penting kat rumah, hehe... nasib baik diorang bawak balik video tarian gelek minah arab yang perutnya agak boroi juga... hehe.

maksud aku lebih baik kita menulis benda² yang kita pernah alami. aku rasa kalau yasmin ahmad tak jalan jauh, tak jumpa ramai orang dan tak luas pergaulan, susah jugak nak jadi creative director yang boleh buat iklan atau jalan cerita yang bagus. walaupun aku hanya suka iklan² tv olahan beliau. kalau tak ada jugak cerita nak bagitahu, cerita jer apa yang korang buat hari tu, kena marah dengan bos ke, awek meragam sebab pms ke, atau apa saja, baru nampak ikhlas dan macam real.

peraturan tidak rasmi ketiga,
menulis pun kena ‘jujur’ jugak walaupun penulisnya tidak mahu mendedahkan identitinya / anonymous. menulis secara ‘jujur’ ni pun aku bukan ikut sangat. aku banyak auta jer tengoklah banner kat atas tu, hehe... sebagai contoh, kalau selama ni, penulis tu menulis macam tulisan ‘mat belia’, tiba² nak mencarut bagai, memang nampak tak natural dan tak jujur.

contohnya akulah (aku nak masuk bakul angkat sendiri nih, sedia korang!),dari kecik aku tak pernah diajar cakap mencarut, cakap ‘***** kau’ pun tak boleh, apa lagi kalau nak mencarut yang hujungnya ada ‘.....makkk lu’, mahu berbirat belakang kena rotan kalau mulut cabul sangat. jadi secara semulajadinya aku pun tak mencarutlah kalau buat entri, hehe... kalau mencarut jugak, macam tak jujur dengan diri sendiri.

aku cerita ni bukan apa sebab semalam macam nak pecah perut ketawa sorang² bila aku baca blog mamat sorang nih. tak payahlah bagitahu siapa (kalau kau baca tulisan aku ni jangan kau nak perasan pulak!). selama ni dia berasakan diri dia tu hebat sangatlah. aku memang suka baca blog mengarut macam tu (mengarut macam blog aku jugak) tanpa meninggalkan sebarang komen,

baca tulisan dia pastu aku ketawa sorang² atau emo sorang², hehe... tabiat aku memang tak suka nak komen kat blog orang, dah berkurun tak buat, maaflah kalau ada awek² yang tak pernah menerima komen dari aku kat blog korang. alah... cik natasya pun block dia punya comment box. macamana nak hantar komen. nak komen kat flickr dia, aku tak ada account, hehe... alasan.

berbalik kat mamat tadi nih, dia ni self-proclaimed yang dia adalah seorang geek yang cool! (excuse me, mintak mahap!) yang bercerita tentang trend² terkini dan cerita-cerita ringan dunia remaja. maklumlah kalau orang search trend terkini dan kebetulan terbaca blog dia, bolehlah duit iklan dia naik sikit.

agaknya kerana terlalu memikir site meter untuk menarik jumlah pembaca yang ramai, (tapi dia menafikan apabila didesak oleh seorang pembaca). dia pun menulislah tentang perhimpunan yang berlaku baru² ni dengan ayat² poyo yang mengutuk perhimpunan tu walaupun dia sendiri tidak berada di tempat kejadian.mengalahi peraturan tidak rasmi no 2, rujuk semula perenggan kat atas tu....

lagipun topik perhimpunan tu adalah antara isu yang terhangat hari tu dan boleh tarik ramai pembaca. antara topik teratas dalam carta technorati. penulisan yang tidak disertakan dengan research dan andaian² kosong sahaja. pada pendapat aku, hanya yang berada di tempat kejadian boleh komen lebih². aku pun tutup mulut tengok kat astro jer.

agaknya dia terlalu yakin hari tu yang pembaca² hariannya akan menyokong tulisannya dan akan bertambah cool-lah dia hari tu. brader ‘cool’ yang boleh bercakap pasal politik pulak. sedikit sebanyak menyalahi peraturan no. 1, tiba² tukar konsep, tak pernah cerita pasal politik, tiba² nak cerita pasal politik pulak, tapi kajian tak mendalam.pembaca dia pun 2x5 jer dengan dia, suka bodek² dia seperti biasa sampai dia kembang bontot. aku pun jealous jugak dengan mamat ni, sebab dia cool dan ramai pembaca,

tak macam blog aku yang kesunyian dan tak cukup kasih sayang, hehe...agaknya sebab dah terlalu muak, adalah 2, 3 orang yang mengutuk mamat ni dengan komen² yang aku rasa sangat logik, matang dan sungguh ilmiah. maklumlah orang lain dah lama hidup dan lebih luas pembacaan dan pengalaman dari mamat ni. (melalui penulisan dia, dah tahu dia dah hidup lama ke tak). yang lawaknya tiba² jer mamat ni jadi ‘defensive’ pulak. tak boleh kena tegur sikit dengan komen yang bernas, cakap ‘cool’, ‘cool’

apa benda macam tu, hehe... agaknya keegoan dah tercabar kot. berbahas pun tak betul fakta, terus kena ketawakan sampai mati kutu tak ada fakta nak balas balik. aku macam nak gila ketawa depan skrin.haha... nasihat aku kat mamat tu (macamlah dia baca blog aku, hehe...) belajarlah lebih sikit, jangan tulis syok sendiri jer, nanti makan diri sendiri. jauh sikit berjalan, biar luas pemandangan. kawan dengan ramai orang, jangan kawan dengan melayu jer, kawan dengan cina, india, jepun atau mat salleh.

cuba dulu kerja yang ada office politik, ada tikam belakang, atau kerja dengan ofis yang ramai bangsa asing, buka sikit otak tu, jangan dalam tempurung jer, barulah boleh mengaku ‘cool’, aparah...puas hati aku dapat kutuk, hehe... ni pertama kali berblog pakai apple (apple lagi), senang sangat, tak macam xp hari tu, mintak password 2, 3 kali, pastu mintak e-mail-lah, leceh.esok nak pergi sempadan nak tengok site clearing, minggu depan ada kick-off meeting dan monthly site meeting, deadline... arggghhh...batuapi
Admin
Admin
Admin
Admin

Posts : 1456
Join date : 12/08/2009
Location : Wilayah Iskandar

https://forumcentral.forumms.net

Back to top Go down

Anda baru dalam blog -camna nak mula? Empty Re: Anda baru dalam blog -camna nak mula?

Post by Admin Mon Aug 24, 2009 8:10 pm

aku tak paham la camne nak guna keyword utk wat blog laling leh terang sikit tak?
Sejarah dia bermula kat sini

Quote:
Originally Posted by Syed_Ikhwan View Post
1/ nama blog tu susah nak ingat, kalau lagi pendek dan simple sagi best!

2/ sebenarnya bukan senang nak senang, tapi bukan susah nak susah.

3/ kamu nye content tak pekat, so akan keluar iklan hurrican tu je.

note : saya bercuti mulai ari ni hingga ahad... hehe.. g projek!
Kemudian dia jadi camni

Quote:
Originally Posted by Syed_Ikhwan View Post
banyak cara utk pekatkan keyword, antaranya:

1/ perbanyakkan tulis artikel pasal keyword yg kita nak.
2/ bermain dengan teknik SEO.
3/ kadang² bold, italic underline juga memainkan peranan.
4/ kalau nak lagi ok, g extract keyword yg kamu nak dan letak dlm website/blog kamu (kira black hat method la ni).

Semoga dapat membantu kamu dengan maklumat yg tak seberapa ni

Syed,
www.jemput.com
Lagi memahami apa itu Keyword Density

Quote:
Originally Posted by jantanhero View Post
To Google_Ads,
Saya dah check web site anda... Didapati keyword anda tidak di high light secara lebih specifik (strong) dan keyword density tiada. Jika dicari didlm google search engine web site anda tidak keluar.... PR 1-3 utk keyword "adsense, google adsense, Make Money". Di sini saya bagi contoh web site yang baik dari segi keyword dan densitynya. Persembahan web site awak boleh tahan hebat... atau follow sample from this site : http://freeforexalert.blogspot.com
SEO apply seterusnya nakaltude..jangan bosan baca lagi yer

Quote:
Originally Posted by Syed_Ikhwan View Post
Ni saya kasi sedikit TIPS dari segi SEO, maybe laling atau adar boleh extract apa yg saya cuba sampaikan sedikit sebanyak ilmu SEO ni.

1/ dalam pemilihan domain mestilah bijak. (bagi yg ada duit, bagus wat cara ni because many experter adsense akan wat begini, mereka beli bundle domain then run site.)

sebagai contoh anda ingin buat pasal diabetis, better beli domain murah seperti diabetes-management-prevention.com diabetes-management-prevention.net , diabetes-management-prevention.cc , dan lain-lain yang bersesuaian.
pastu setiap page, biar ada perkataan jugak means biar jadi http://diabetes-management-prevention.com/what-is-diabetes.html

2/ dalam membuat website, sila isikan metatag, keywords, page description dan title dengan betul. Masukkan keyword yg telah diextract dengan menggunakan google tool.

3/ dalam page plak, density keyword sangat penting. Biar Balance. Guna peratusan 70% keyword dan 30% utk benda lain termasuklah images, video.

4/ jgn abaikan atau terlalu memandang rendah pada header, footer, reply msg dlm blog/website anda kerana semua tu adalah ciri² di mana senang lelabah utk membuat jaringan mereka dan sekaligus senang utk di indexkan.

5/ Backlink dari page yang tinggi PR nya juga penting. benda ni boleh dilakukan dengan meninggalkan link kita di page mereka sebagai contoh dengan memberi komen, menghantar artikel, say hi konsept dan yg sewaktu dengannya. (sebab tu ada banyak spamming forum dan blog sekarang ni, mereka guna software yg bernama xrumor ~ saya ada full crack dia..kekekekekeke)

5 dulu cukup la... faham yg basic ni dulu semaster masternye!
Bila Keyword Berkata-kata dan nampaknya anda faham benar yer

Quote:
Originally Posted by Syed_Ikhwan View Post
ws. keyword ni kita boleh perolehi dengan cara keep re-search. samada membuat research di keyworord tool (rujuk page belakang) ataupun dengan membeli list yg telah dihimpunkan oleh orang lain.

Cara guna keyword? keyword ni sebagai asas/konsep utk tulis post dalam blog. contohnya kita pilih keyword ikan kembung. maka startlah wat satu blog/website pasal ikan kembung. get the idea?
Penerangan bagus -
Quote:
Originally Posted by naem86 View Post
check
Block Keyword Murah -
Quote:
Originally Posted by jaketb View Post
check
and Finally -Rajin membaca lebih baik dari banyak tanya.LOL gurau jer ngan awak

Quote:
Originally Posted by sukan4Dhyip View Post
Berbalik kepada benda asas.Aniey
GA detect WORD /perkataan /atau bahasa tepat KEYWORD keatas setiap page so kalau page blog awak set jadi 10 post dan setiap post cerita benda berbeza2 iklan masyarakat akan keluar That why bloggers yg bijak yang cerita blog jenis macam2 or rojak blog dia kan set 1-2 post kat front page.

still tak faham- ok katalah awak tulis post pasal kereta tetapi awak nak iklan pasal rumah kuar so awak bermain kata2 chewah! awak tulislah kereta ni sesuai kat rumah jenis ni..dan rumah tu sendiri awak ulang2 nampak banyak perkataan rumah dan rumah tu sendiri nampak penting dalam post anda.ingat rumah rumah dan rumah sahaja adalah keyword anda.rantai/anchor dengan link website jual rumah dsb yang berkaitan rumah.. (perasan tak laling tak secara langsung menunjukan camana nak masukkan keyword rumah hehehe)
and lepas tu check guna tool= cth keyword rumah
Admin
Admin
Admin
Admin

Posts : 1456
Join date : 12/08/2009
Location : Wilayah Iskandar

https://forumcentral.forumms.net

Back to top Go down

Anda baru dalam blog -camna nak mula? Empty Re: Anda baru dalam blog -camna nak mula?

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum