Forum Central
Kami telah berpidah ke server baru <a href="WWW.KAMPUNGFM.COM">KAMPUNGFM.COM</a>

Join the forum, it's quick and easy

Forum Central
Kami telah berpidah ke server baru <a href="WWW.KAMPUNGFM.COM">KAMPUNGFM.COM</a>
Forum Central
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» Sah!!!! SITI NORDIANA FAILKAN PERCERAIAN KE ATAS FAIZAL YUSUP
"Pengganas Laman Sesawang" EmptySat Dec 15, 2018 5:26 pm by MutiaraKirana

» Cara upgrade driver
"Pengganas Laman Sesawang" EmptyTue Feb 12, 2013 5:21 am by Syukur Azzaha

» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED RM 15/KG
"Pengganas Laman Sesawang" EmptyFri Jun 22, 2012 11:23 pm by miezza

» PROMOSI!!! SERBUK ICE BLENDZ (16 - 20 MAC 2012) - RM13 PER 1KG
"Pengganas Laman Sesawang" EmptyFri Mar 16, 2012 1:28 pm by DezireMarketing

» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED
"Pengganas Laman Sesawang" EmptyMon Aug 01, 2011 5:09 pm by Liana

» Kenali aku,
"Pengganas Laman Sesawang" EmptyThu Dec 16, 2010 1:43 pm by weather

» Rahsia Menjana RM20,000 Dalam 20 hari
"Pengganas Laman Sesawang" EmptyWed Sep 29, 2010 6:43 pm by ASBN

» DUIT MASUK HARI-HARI RM50-500, REBUT PELUANG SEGERA
"Pengganas Laman Sesawang" EmptyWed Sep 29, 2010 6:42 pm by ASBN

» KIAMAT DAN KEADAANNYA
"Pengganas Laman Sesawang" EmptySat Aug 21, 2010 10:16 am by krulayar

Who is online?
In total there are 17 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 17 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 223 on Sat Oct 12, 2024 3:16 am
Social bookmarking

Social bookmarking reddit      

Bookmark and share the address of Forum Central on your social bookmarking website

Bookmark and share the address of Forum Central on your social bookmarking website

RSS feeds


Yahoo! 
MSN 
AOL 
Netvibes 
Bloglines 


KampungFM



Affiliates
free forum


"Pengganas Laman Sesawang"

3 posters

Go down

"Pengganas Laman Sesawang" Empty "Pengganas Laman Sesawang"

Post by Mr.Puaka Fri Sep 11, 2009 8:54 am

Nur Azlin Mohamed Yasin meluangkan masa beberapa jam sehari untuk melayari Internet. Namun, dia bukan tipikal anak muda yang ingin mencari maklumat di dunia maya tersebut.

Penganalisis penyelidikan berusia 24 tahun itu sentiasa melayari Internet untuk membaca panduan menghasilkan bom dan klip-klip video militan Islam yang sedang berlatih. Selain itu, dia menonton perbualan para pejuang ekstremis yang mungkin menjadi isyarat untuk melakukan serangan di sesuatu lokasi.

Daripada komputernya, dia memasuki satu dunia di mana golongan muda beragama Islam secara terbuka dan sukarela menawarkan diri untuk memerangi askar-askar gabungan yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan. Mungkin juga, dia mempelajari cara-cara membuat bahan letupan daripada barang-barang harian.

Di sinilah ketua rangkaian pengganas al-Qaeda, Osama bin Laden mendapat penghormatan. Poster-poster tiga pengebom berani mati yang terlibat dalam tragedi pengeboman Bali pada tahun 2002 turut dipaparkan. Paparan wajah pengebom yang telah dikenakan hukuman mati itu merupakan elemen tarikan kepada 'ahli-ahli' baru al-Qaeda.

"Semua perkara ini membimbangkan," kata gadis tersebut dalam satu temu bual AFP. Dia merujuk kepada trend penyebaran idea-idea radikal dalam talian oleh segelintir individu.

Nur Azlin merupakan salah seorang daripada lima penganalisis penyelidikan di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam, Singapura. Tugasnya adalah memantau laman sesawang pengganas setiap hari untuk memahami sentimen kebencian yang kian meningkat, demi usaha menentang keganasan.

Radikalisasi
Tanpa disedari, kesemua penganalisis itu adalah wanita. Kemahiran kolektif mereka termasuklah pengetahuan dalam bahasa Arab, bahasa Malaysia, bahasa Indonesia dan isu-isu berkaitan geopolitik.

"Setelah duduk seketika di hadapan komputer, berfikir mengenainya dan membuat analisis trend tersebut, tentu sekali anda akan berkata: Oh Tuhanku, perkara ini benar-benar berlaku," kata Nur Azlin yang berkhidmat di Pusat Antarabangsa bagi Keganasan Politik dan Penyelidikan Keganasan di sekolah tersebut.

"Anda boleh melihat sendiri proses penyebaran radikalisasi secara terbuka dalam talian," ujarnya.
Menurut para penyelidik yang bertugas di sebuah pejabat kecil di kampus universiti pinggir bandar itu, dianggarkan terdapat 5,500 hingga 6,000 laman sesawang di seluruh dunia yang menyebarkan idea-idea ekstremis.

Nur Azlin pula dipertanggungjawabkan untuk memantau dan menganalisis laman sesawang di Asia Tenggara, rantau yang menjadi hos kepada organisasi-organisasi terkenal seperti pergerakan Jemaah Islamiyah dan kumpulan Abu Sayyaf yang beroperasi di selatan Filipina.

Dia menganggarkan terdapat sekitar 192 laman sesawang pengganas di rantau itu. Kebanyakannya adalah blog-blog peribadi yang tumbuh bagaikan cendawan sejak awal tahun 2008 apabila aktiviti menulis blog semakin popular.

Singapura yang merupakan sekutu kuat Amerika Syarikat (AS) dan pusat kewangan antarabangsa menyifatkan dirinya sebagai sasaran utama serangan pengganas. Misalnya, insiden serangan bom di hotel di Jakarta yang menyasarkan kepada simbol pengaruh barat.

Menteri Dalam Negeri, Wong Kan Seng, memberi amaran bahawa individu-individu yang bersifat radikal telah muncul sebagai satu ancaman baru terhadap keselamatan. Pada tahun 2007, republik itu telah mengumumkan penangkapan lima orang yang disyaki sebagai militan Islam.

Antaranya, pensyarah undang-undang tempatan, Abdul Basheer Abdul Kader. Basheer dituduh merancang melancarkan jihad di Afghanistan selepas mendapat idea-idea radikal daripada Internet.

Apabila Nur Azlin memulakan pemantauan ke atas laman sesawang sebegitu pada awal tahun 2007, kebanyakan kandungannya terdiri daripada artikel-artikel yang mendesak orang Islam supaya menentang penindasan.

Laman sesawang berkenaan selalunya disertakan bersama gambar-gambar tragis. Misalnya, seorang kanak-kanak yang cedera ketika berlakunya serangan kuasa-kuasa asing di Afghanistan atau perbuatan biadap askar Israel di Palestin.

"Lewat tahun 2007, manual untuk menggodam komputer mula muncul di laman-laman sesawang di Asia Tenggara. Kandungan itu telah dimuat turun oleh individu daripada forum-forum dalam talian," ujarnya.

Para peserta forum tersebut sebahagiannya memperkenalkan diri mereka sebagai mahasiswa dari Indonesia dan Malaysia. Mereka mendesak antara satu sama lain untuk menggodam laman sesawang yang dianggap mempromosi pandangan Islam liberal.

"Mulai awal tahun 2008, kami mula melihat panduan-panduan dan video membuat bom," kata Nur Azlin.

Dengan kemunculan panduan tersebut yang diambil daripada laman sesawang berbahasa Arab, reaksi daripada para peserta forum-forum itu semakin ganas. Ini kerana mereka mendorong satu sama lain untuk mengambil tindakan, bukan sekadar menjadi penyokong-penyokong pasif atau golongan yang bersimpati," ujarnya.

Dalam satu pertukaran maklumat, para peserta cuba untuk menganjurkan latihan senjata api. Tetapi ada yang memberitahu, mereka tidak mampu untuk membeli raifal AK-47.

Satu kumpulan yang dikenali sebagai Indonesia Airsoft Mujahideen menawarkan diri untuk
mengendalikan latihan menggunakan senapang dan mesin paintball yang digunakan secara luas dalam sesi permainan di syarikat korporat di Asia.

"Mereka akan menyewa tempat yang menjalankan aktiviti bina insan. Mereka mengaplikasikan latihan sebegini buat seketika, sementara masih belum memiliki AK-47," ujar Nur Azlin.
Pengurus pusat itu, Jolene Jerard, 26, menyatakan para penganalisis perlu membuat satu laporan bulanan mengenai penemuan masing-masing.

Video yang memaparkan keganasan yang dimuat turun kini berdefinisi tinggi dan dirakam secara profesional, berbanding klip-klip sebelum ini yang kabur serta sangat amatur. Semua video itu disimpan dalam satu pangkalan data yang dipercayai menjadi antara koleksi terbesar di Asia Tenggara.

Pusat tersebut turut berkongsi dapatan dan analisis dengan pihak berkuasa berkaitan dan para diplomat luar negara yang berkunjung ke sekolah berkenaan untuk mendapat penerangan.

"Siber domain merupakan salah satu bidang yang sedang diteroka oleh pihak kerajaan. Ia merupakan landskap ancaman yang sentiasa berubah.

"Saya fikir, aspek ini semakin penting. Pihak kerajaan sememangnya berminat untuk mengatasinya dan menyediakan sumber sewajarnya," jelasnya lagi. - AFP

Puaka: Terdapat lebih 5,000 laman web di seluruh dunia menyebarkan idea-idea ektremis. Bahaya juga internet ni..
Mr.Puaka
Mr.Puaka
Moderator
Moderator

Posts : 741
Join date : 27/08/2009
Age : 44
Location : Kuala Lumpur

http://xat.com/kedaimamak

Back to top Go down

"Pengganas Laman Sesawang" Empty Re: "Pengganas Laman Sesawang"

Post by jacksperow Fri Sep 11, 2009 9:03 am

bahaya buang pc ko tu...jadi tak bahay dah...

jacksperow
Manager
Manager

Posts : 609
Join date : 21/08/2009

Back to top Go down

"Pengganas Laman Sesawang" Empty Re: "Pengganas Laman Sesawang"

Post by Mr.Puaka Fri Sep 11, 2009 9:05 am

jacksperow wrote:bahaya buang pc ko tu...jadi tak bahay dah...

Aku bukan pengganas internet, aku tgk porno pun kadang-kadang aje.. ko derma la laptop aku buang pc burok ni. "Pengganas Laman Sesawang" Icon_cool
Mr.Puaka
Mr.Puaka
Moderator
Moderator

Posts : 741
Join date : 27/08/2009
Age : 44
Location : Kuala Lumpur

http://xat.com/kedaimamak

Back to top Go down

"Pengganas Laman Sesawang" Empty Re: "Pengganas Laman Sesawang"

Post by Admin Fri Sep 11, 2009 5:05 pm

bahaya betul .. menda2 cam nie senang buat anak2 muda terpengaruh... tak pasal idealogi extreamist nie meresap pada anak2 muda malaysia... nak kena pantau betul2 ni..
Admin
Admin
Admin
Admin

Posts : 1456
Join date : 12/08/2009
Location : Wilayah Iskandar

https://forumcentral.forumms.net

Back to top Go down

"Pengganas Laman Sesawang" Empty Re: "Pengganas Laman Sesawang"

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum