Log in
Search
Latest topics
Who is online?
In total there are 11 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 11 Guests None
Most users ever online was 223 on Sat Oct 12, 2024 3:16 am
Social bookmarking
Bookmark and share the address of Forum Central on your social bookmarking website
Bookmark and share the address of Forum Central on your social bookmarking website
KampungFM
5 Syarat Untuk Melakukan Maksiat
+5
Pijan
!k!n@Pr!s0N BrEak
hafiz_mivec88
Mr.Puaka
MutiaraKirana
9 posters
Forum Central :: Umum & Rileks :: Agama
Page 1 of 1
5 Syarat Untuk Melakukan Maksiat
5 Syarat Untuk Melakukan Maksiat
Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia
berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong
berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim
berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu
melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan
tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba
Ishak?"
Ibrahim
bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah,
jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening
seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di
bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah
memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu
berkeinginan melanggar larangan-Nya?"
"Yang kedua," kata
Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini
membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata
kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan
rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala
larangan-Nya?"
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian
menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu
bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat
oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim,
ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya,
kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan
maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang
keempat.
Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang
hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku
dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian
lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim,
mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"
"Wahai
Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan
mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari
dari kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat yang kelima?"
Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang
hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau
ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf.
Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak
membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar
perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku
bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

MutiaraKirana- Budak U
- Posts : 168
Join date : 27/08/2009
Location : Kuala Lumpur
Re: 5 Syarat Untuk Melakukan Maksiat
Tak ade ruang utk buat maksiat kt Bumi Allah ini, itu lah moral of the story.
Re: 5 Syarat Untuk Melakukan Maksiat
Mr.Puaka wrote:Tak ade ruang utk buat maksiat kt Bumi Allah ini, itu lah moral of the story.
btul 2puaka,2 la yg sbenarnye........
MutiaraKirana- Budak U
- Posts : 168
Join date : 27/08/2009
Location : Kuala Lumpur
Re: 5 Syarat Untuk Melakukan Maksiat
btul3..aku sokong tue
hafiz_mivec88- Manager
- Posts : 654
Join date : 02/09/2009
Age : 36
Location : seremban
Re: 5 Syarat Untuk Melakukan Maksiat
sape2 yg rajin buat maksiat..bace msj ni mesti rase malu mudah-mudahan cpt insaf
!k!n@Pr!s0N BrEak- Baru Kerja
- Posts : 331
Join date : 25/08/2009
Re: 5 Syarat Untuk Melakukan Maksiat
!k!n@Pr!s0N BrEak wrote:sape2 yg rajin buat maksiat..bace msj ni mesti rase malu mudah-mudahan cpt insaf
dah nama pun rajin buat maksiat...mane ade mase nk bace semua2 nih
Pijan- Moderator
- Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 49
Location : KuaLa LumPur
Re: 5 Syarat Untuk Melakukan Maksiat
ye ler.. x de mase nak bce benda2 baik mcm nie..tp smoge klu ade org mcm tue,,cpat2 la bertaubat..jgan tgu esok
hafiz_mivec88- Manager
- Posts : 654
Join date : 02/09/2009
Age : 36
Location : seremban
Re: 5 Syarat Untuk Melakukan Maksiat
betullah sbb tu ada peribahasa "Buat baik berpada2 buat jahat jgn sekali"
Re: 5 Syarat Untuk Melakukan Maksiat
btol tuh ak sokong mmg ptt
DJ Mr Syafiq- Manager
- Posts : 511
Join date : 10/09/2009
Age : 31
Location : Muar johor
Re: 5 Syarat Untuk Melakukan Maksiat
sokang ape tu sapik
hafiz_mivec88- Manager
- Posts : 654
Join date : 02/09/2009
Age : 36
Location : seremban
Re: 5 Syarat Untuk Melakukan Maksiat
adezz asek ko jer men porum ksi ak spam wkakakk sokang ader ker
DJ Mr Syafiq- Manager
- Posts : 511
Join date : 10/09/2009
Age : 31
Location : Muar johor
Re: 5 Syarat Untuk Melakukan Maksiat
syarat diterima...kansel la nak buat maksiat...
jacksperow- Manager
- Posts : 609
Join date : 21/08/2009
Re: 5 Syarat Untuk Melakukan Maksiat
maksisat hanye boleh diwat dgn secara sah
DJ Mr Syafiq- Manager
- Posts : 511
Join date : 10/09/2009
Age : 31
Location : Muar johor
Re: 5 Syarat Untuk Melakukan Maksiat
seb bek xpenah buat maksiat (peace)
kiranya aku still bole memakan rezeki allah n tggal di bumi allah,,(smile)
kiranya aku still bole memakan rezeki allah n tggal di bumi allah,,(smile)
lindangokngek- Budak Sekolah Rendah
- Posts : 39
Join date : 02/09/2009
Age : 34
Location : alor setar,kedah
Similar topics
» assalamulaikum....apa nak jadi ni bulan pose buat maksiat.......
» Zina,apakah hukumnya dan mengapakah remaja zaman sekarang melakukan zina??
» Tiada Peluang Untuk Owen?
» Berhutang Untuk Hari Raya?
» Background untuk Kampung! (masalah warne ruang chatting) beri pendapat anda secepat mungkin
» Zina,apakah hukumnya dan mengapakah remaja zaman sekarang melakukan zina??
» Tiada Peluang Untuk Owen?
» Berhutang Untuk Hari Raya?
» Background untuk Kampung! (masalah warne ruang chatting) beri pendapat anda secepat mungkin
Forum Central :: Umum & Rileks :: Agama
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Sat Dec 15, 2018 5:26 pm by MutiaraKirana
» Cara upgrade driver
Tue Feb 12, 2013 5:21 am by Syukur Azzaha
» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED RM 15/KG
Fri Jun 22, 2012 11:23 pm by miezza
» PROMOSI!!! SERBUK ICE BLENDZ (16 - 20 MAC 2012) - RM13 PER 1KG
Fri Mar 16, 2012 1:28 pm by DezireMarketing
» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED
Mon Aug 01, 2011 5:09 pm by Liana
» Kenali aku,
Thu Dec 16, 2010 1:43 pm by weather
» Rahsia Menjana RM20,000 Dalam 20 hari
Wed Sep 29, 2010 6:43 pm by ASBN
» DUIT MASUK HARI-HARI RM50-500, REBUT PELUANG SEGERA
Wed Sep 29, 2010 6:42 pm by ASBN
» KIAMAT DAN KEADAANNYA
Sat Aug 21, 2010 10:16 am by krulayar