Log in
Search
Latest topics
Who is online?
In total there are 8 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 8 Guests None
Most users ever online was 223 on Sat Oct 12, 2024 3:16 am
Social bookmarking
Bookmark and share the address of Forum Central on your social bookmarking website

KampungFM
hukum memakai baju bundle
3 posters
Forum Central :: Umum & Rileks :: Agama
Page 1 of 1
hukum memakai baju bundle
Soalan:
Apakah hukum membeli dan memakai pakaian terpakai
seperti di kedai bundle yang menjual pakaian terpakai diimport dari
Jepun dan Amerika Syarikat.
Jawapan:
Pakaian haram dipakai kerana niat, keadaan pemakainya dan bahan pakaian.
Contohnya, niat pemakai untuk menunjukkan kesombongan. Perkara ini
berdasarkan hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, bahawa Nabi bersabda:
"Tidak akan memasuki syurga seseorang yang memiliki perasaan takbur
dalam dirinya, walaupun sebesar hama. Sahabat bertanya, seseorang kami
suka jika pakaian dan kasutnya cantik. Nabi SAW menjawab, itu bukan
takbur kerana takbur adalah menolak kebenaran dan menganiaya manusia.
Allah SWT indah dan Dia menyukai benda yang indah".
Kedua membabitkan keadaan pemakainya seperti ayat ke-59 surah
al-Ahzab bermaksud: "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak
perempuanmu serta perempuan beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi
menutup seluruh tubuh (ketika keluar); cara itu lebih sesuai untuk
mereka dikenal (sebagai perempuan baik), maka mereka tidak diganggu.
Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
Dalam keadaan lain, Amirul Mukminin Umar al-Khattab yang
kritikal keadaannya selepas ditikam diziarahi umat Islam. Hadir seorang
anak muda melabuhkan kain yang dipakainya ke bawah buku lali sedangkan
perkara ini dilarang Nabi SAW.
Khalifah kedua itu begitu prihatin menyebabkan beliau menegur pemuda
itu dengan katanya, wahai anak saudaraku, tinggikan kainmu kerana ia
lebih takwa kepada Tuhanmu dan dapat menjaga kesucian pakaianmu!
(Riwayat al-Bukhari, Ibn Abi Syaibah dan al-Baihaqi).
Berdasarkan ayat dan athar yang sahih ini kita dapat
memahami sekalipun pakaian daripada sumber halal dan niatnya baik, ia
belum memenuhi tuntutan pakaian seperti dikehendaki agama.
Perkara ketiga membabitkan pembuatan pakaian. Dalam hadis
daripada Abu Umamah menyatakan Nabi SAW bersabda, maksudnya: "Sesiapa
beriman kepada Allah dan hari akhirat janganlah dia memakai kain sutera
dan emas." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Pengharaman ini hanya terbatas kepada lelaki berdasarkan hadis
daripada Ali Abi Talib, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Kedua-dua
(emas dan sutera) diharamkan ke atas lelaki umatku." (Riwayat Abu Daud
al-Nasaei, Ibn Majah, Ibn Hibban). Selain itu, sesuatu pakaian tidak
dilarang memiliki dan menggunakannya termasuk baju yang diperoleh
secara bundle.

tongkat warent- Baru Kerja
- Posts : 259
Join date : 05/09/2009
Location : selatan malaysia
Re: hukum memakai baju bundle
yeke,,bru aku tau,,aku pn ade beli baju bundle gak,,thanks
hafiz_mivec88- Manager
- Posts : 654
Join date : 02/09/2009
Age : 36
Location : seremban
Re: hukum memakai baju bundle
ohh cam tu ke.btw,thanks la tongkat!!
aL_BeLLa- Executive Officer
- Posts : 397
Join date : 07/09/2009
Location : shah alam,sek 19
Similar topics
» Faezah Elai seksi memakai Tank Top
» Poligami: Antara hukum, adat dan emosi
» Hukum Melancap
» Bekas Polis di Hukum Gantung.
» Acheh Laksana Hukum Hudud..
» Poligami: Antara hukum, adat dan emosi
» Hukum Melancap
» Bekas Polis di Hukum Gantung.
» Acheh Laksana Hukum Hudud..
Forum Central :: Umum & Rileks :: Agama
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Sat Dec 15, 2018 5:26 pm by MutiaraKirana
» Cara upgrade driver
Tue Feb 12, 2013 5:21 am by Syukur Azzaha
» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED RM 15/KG
Fri Jun 22, 2012 11:23 pm by miezza
» PROMOSI!!! SERBUK ICE BLENDZ (16 - 20 MAC 2012) - RM13 PER 1KG
Fri Mar 16, 2012 1:28 pm by DezireMarketing
» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED
Mon Aug 01, 2011 5:09 pm by Liana
» Kenali aku,
Thu Dec 16, 2010 1:43 pm by weather
» Rahsia Menjana RM20,000 Dalam 20 hari
Wed Sep 29, 2010 6:43 pm by ASBN
» DUIT MASUK HARI-HARI RM50-500, REBUT PELUANG SEGERA
Wed Sep 29, 2010 6:42 pm by ASBN
» KIAMAT DAN KEADAANNYA
Sat Aug 21, 2010 10:16 am by krulayar