Log in
Search
Latest topics
Who is online?
In total there are 7 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 7 Guests None
Most users ever online was 223 on Sat Oct 12, 2024 3:16 am
Social bookmarking
Bookmark and share the address of Forum Central on your social bookmarking website

KampungFM
Minyak Pelincir Fully Sintetik 5W 40 berharga Rm15 setong
4 posters
Page 1 of 1
Minyak Pelincir Fully Sintetik 5W 40 berharga Rm15 setong
PERCAYAKAH anda bahawa minyak masak berasaskan minyak kelapa sawit boleh digunakan sebagai minyak pelincir untuk kenderaan anda?
Malahan sudah terdapat segelintir penduduk di Negeri Sembilan menggunakan minyak masak sebagai minyak pelincir atau minyak hitam untuk kereta mereka tanpa menghadapi sebarang masalah.
Pengurus Pemasaran Sekolah Golf Michael Ismail, Nik Safian Afzani Omar
berkata, beliau telah menggunakan minyak masak yang dibeli pada harga
RM2.50 sepaket untuk enjin kereta Kancilnya.
"Kancil saya menggunakan tiga liter minyak hitam. Jadi, saya tuang dua
paket setengah minyak masak untuk menyamai kuantiti itu. Dahulu, kalau
servis minyak hitam, saya berhabis sehingga RM130, tetapi sekarang
kurang RM10," katanya.
Jika dahulu beliau menggunakan minyak hitam semi sentitik jenama
Castrol, kini Nik Safian Afzani menggunakan 'minyak hitam' yang
dibelinya dari sebuah pasar raya.
Menurutnya, selepas menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam, suhu
enjinnya sangat rendah dan meter suhu tidak pernah lebih dari satu
takuk.
Nik Safian berkata, ketika menghantar kereta ke sebuah bengkel
kenderaan untuk ditukar penapis minyak, pekerja bengkel tersebut
terkejut apabila mendapati keretanya menggunakan minyak masak sebagai
minyak hitam tetapi mengakui ini merupakan alternatif terbaik sebab
harga minyak pelincir pada hari ini sudah naik.
Sementara itu, pencipta alat penjimat minyak kereta berasaskan gas
hidrogen dan air, Hisham Abdullah, 43, turut menggunakan minyak masak
sebagai minyak hitam untuk kereta Proton Iswaranya.
Beliau sudah menggunakan bahan itu setahun yang lepas dan mendapati tidak ada kesan negatif menimpa keretanya.
Bekas jurutera sebuah syarikat Jepun serta graduan dalam bidang ekonomi
dan kejuruteraan dari Universiti Arkansas, Amerika Syarikat itu
berkata: "Minyak kelapa sawit merupakan minyak paling sentitik, tetapi
kita tidak tahu mengenainya."
Mekanik kereta, Mohd Tajuddin Jalil pula, mula mengetahui mengenai
rahsia minyak masak sebagai ganti minyak hitam kira-kira dua tahun lalu
selepas bertemu dengan seorang pakar minyak dari luar negara.
Sejak itu, beliau menggunakan minyak masak berasaskan kelapa sawit sebagai minyak hitam keretanya, malahan beliau mengenali 67 pengguna kereta di Negeri Sembilan yang menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta mereka.
"Hanya minyak masak berasaskan kelapa sawit sahaja boleh digunakan
sebagai minyak hitam. Jangan pakai minyak masak berasaskan jagung,
sayuran atau kacang kerana minyak ini pada suhu sejuk akan menjadi
beku," katanya.
Katanya, harga minyak hitam keluaran pelbagai syarikat kini meningkat
dengan sebotol empat liter minyak hitam semi sentitik kini berharga
RM160 dan minyak sentitik sepenuhnya, mencecah RM200.
Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai supaya menukar gasket
kereta mereka kepada jenama yang lebih baik sebelum menggunakan minyak
masak sebagai pelincir enjin kereta.
Kepada mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai rahsia minyak masak boleh melayari http://ilmurahsia.name.my
Bernama

Pijan- Moderator
- Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 49
Location : KuaLa LumPur
Re: Minyak Pelincir Fully Sintetik 5W 40 berharga Rm15 setong
wakakakkakak
wa ckp psl mnyk kelapa sawit
lu da post psl mnyk neh
tp pesal kt n9 jer org pkai
cam perli ja neh
wa ckp psl mnyk kelapa sawit
lu da post psl mnyk neh
tp pesal kt n9 jer org pkai
cam perli ja neh
jahat- Moderator
- Posts : 638
Join date : 21/08/2009
Age : 39
Location : gombak - kl
Re: Minyak Pelincir Fully Sintetik 5W 40 berharga Rm15 setong
"Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai supaya menukar gasket
kereta mereka kepada jenama yang lebih baik sebelum menggunakan minyak
masak sebagai pelincir enjin kereta"
bukan mudah..
tapi aku pon slalu gak buat keje mcm nih pijan..moto bapak aku siap letak minyak masak yg dah guna lg..tapi tapis la..ahhahha...tpi ingat...aku buat benda tuh sebab aku reti nak repair,.so kalau korang tanak tanggung risiko..jangan cuba..
satu lagi..engine yang dah lama,nak kurangkan bunyi bising..campur minyak sae90..gerenti senyap jer engine..
kereta mereka kepada jenama yang lebih baik sebelum menggunakan minyak
masak sebagai pelincir enjin kereta"
bukan mudah..
tapi aku pon slalu gak buat keje mcm nih pijan..moto bapak aku siap letak minyak masak yg dah guna lg..tapi tapis la..ahhahha...tpi ingat...aku buat benda tuh sebab aku reti nak repair,.so kalau korang tanak tanggung risiko..jangan cuba..
satu lagi..engine yang dah lama,nak kurangkan bunyi bising..campur minyak sae90..gerenti senyap jer engine..
Re: Minyak Pelincir Fully Sintetik 5W 40 berharga Rm15 setong
minyak sae90 tue mnyk ape plak
jahat- Moderator
- Posts : 638
Join date : 21/08/2009
Age : 39
Location : gombak - kl
Re: Minyak Pelincir Fully Sintetik 5W 40 berharga Rm15 setong
jahat wrote:minyak sae90 tue mnyk ape plak
Minyak Gear tu bro...
Pijan- Moderator
- Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 49
Location : KuaLa LumPur
Re: Minyak Pelincir Fully Sintetik 5W 40 berharga Rm15 setong
ooo
minyakj gear mcm kt moto scoot wa skrg la erk
ekekekekekek
minyakj gear mcm kt moto scoot wa skrg la erk
ekekekekekek
jahat- Moderator
- Posts : 638
Join date : 21/08/2009
Age : 39
Location : gombak - kl
Re: Minyak Pelincir Fully Sintetik 5W 40 berharga Rm15 setong
jahat wrote:ooo
minyakj gear mcm kt moto scoot wa skrg la erk
ekekekekekek
Bile lak lu pakai scoot? Bukan lu pakai LC ke?
Pijan- Moderator
- Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 49
Location : KuaLa LumPur
Re: Minyak Pelincir Fully Sintetik 5W 40 berharga Rm15 setong
minyak gear kereta laa..moto aku taktau..moto bukan pakai ATF ka??ATF tak leh pakai kt gearbox biasa..dia utk pressure jer..
ha sae90 utk gearbox.n sae140 utk tranaxle..lagi tinggi velocity,lagi berat la engine tuh..so..bunyi bising kurang la..truk engine..utk tak sayng engine..n ada cita2 nak overhaul,boleh la pakai minyak gear kalau engine dah truk..pakai tuh dlm 3 bulan tuh ok jer..tapi time overhaul,mmg all out,smua kene tukar..ahaa..tapi utk engine convensional jer..kalau system vvti,campro,or vtec jangan nak mandai2..sesuai utk engine2 lama jer..
ha sae90 utk gearbox.n sae140 utk tranaxle..lagi tinggi velocity,lagi berat la engine tuh..so..bunyi bising kurang la..truk engine..utk tak sayng engine..n ada cita2 nak overhaul,boleh la pakai minyak gear kalau engine dah truk..pakai tuh dlm 3 bulan tuh ok jer..tapi time overhaul,mmg all out,smua kene tukar..ahaa..tapi utk engine convensional jer..kalau system vvti,campro,or vtec jangan nak mandai2..sesuai utk engine2 lama jer..
Re: Minyak Pelincir Fully Sintetik 5W 40 berharga Rm15 setong
bile lak
wa pkai scoot la bro
salah tgk lu neh bro
wakakakkakak
wa pkai scoot la bro
salah tgk lu neh bro
wakakakkakak
jahat- Moderator
- Posts : 638
Join date : 21/08/2009
Age : 39
Location : gombak - kl
Re: Minyak Pelincir Fully Sintetik 5W 40 berharga Rm15 setong
jahat wrote:bile lak
wa pkai scoot la bro
salah tgk lu neh bro
wakakakkakak
jenama ape bro??eGomaniac ke?
Pijan- Moderator
- Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 49
Location : KuaLa LumPur
Re: Minyak Pelincir Fully Sintetik 5W 40 berharga Rm15 setong
EGO'S la
kn wa bwk moto 2 mase jmpe lu ngan mie sempoi kt sri gombak dlu
lpe la neh
kn wa bwk moto 2 mase jmpe lu ngan mie sempoi kt sri gombak dlu
lpe la neh
jahat- Moderator
- Posts : 638
Join date : 21/08/2009
Age : 39
Location : gombak - kl
Re: Minyak Pelincir Fully Sintetik 5W 40 berharga Rm15 setong
harap2 lepas aku pakai minyak masak kat enjin keta aku... jgn la pulak aku asyik pakai minyak kapak ...
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Sat Dec 15, 2018 5:26 pm by MutiaraKirana
» Cara upgrade driver
Tue Feb 12, 2013 5:21 am by Syukur Azzaha
» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED RM 15/KG
Fri Jun 22, 2012 11:23 pm by miezza
» PROMOSI!!! SERBUK ICE BLENDZ (16 - 20 MAC 2012) - RM13 PER 1KG
Fri Mar 16, 2012 1:28 pm by DezireMarketing
» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED
Mon Aug 01, 2011 5:09 pm by Liana
» Kenali aku,
Thu Dec 16, 2010 1:43 pm by weather
» Rahsia Menjana RM20,000 Dalam 20 hari
Wed Sep 29, 2010 6:43 pm by ASBN
» DUIT MASUK HARI-HARI RM50-500, REBUT PELUANG SEGERA
Wed Sep 29, 2010 6:42 pm by ASBN
» KIAMAT DAN KEADAANNYA
Sat Aug 21, 2010 10:16 am by krulayar