Log in
Search
Latest topics
Who is online?
In total there are 18 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 18 Guests None
Most users ever online was 223 on Sat Oct 12, 2024 3:16 am
Social bookmarking
Bookmark and share the address of Forum Central on your social bookmarking website

KampungFM
FADHILAT SOLAT TERAWIH
+4
lDJlMagicianlOby
jahat
Pijan
Admin
8 posters
Forum Central :: Umum & Rileks :: Agama
Page 1 of 2
Page 1 of 2 • 1, 2
FADHILAT SOLAT TERAWIH
Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat
Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :
Malam 1 - Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan
dari Allah.
Malam 2 - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka
orang beriman).
Malam 3 - Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus
semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 - Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan
Al-Quran.
Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid
Nabawi) dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu
Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa
orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.
Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh
ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi
Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 - Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 - datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari
Qiamat.
Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah
mengampunkannya.
Malam 16 - Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam
Syurga.
Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang
masih hidup atau mati).
Malam 19 - Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huruhara
di Padang Masyar).
Malam 23 - Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam
sujud).
Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti
kilat menyambar.
Malam 28 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 - Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang
teristimewa sekali, lalu berfirman:
"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah
engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi
Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’."

Re: FADHILAT SOLAT TERAWIH
Careful bro...hadis ni hadis palsu...jangan tertipu..
Pijan- Moderator
- Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 49
Location : KuaLa LumPur
Re: FADHILAT SOLAT TERAWIH
Hadis fadhilat tarawih pada malam-malam tertentu
adalah hadis maudhu'.
Ini sudah disahkan oleh pakar-pakar hadis tempatan,
antaranya Ustaz Asri Hj Yusof (Dewan Pengajian Ibn
Qayyim), alMarhum Ustaz Abd Ghani Hj Idris (Hadis2
Dha'ef dan palsu) bahawa hadis fadhilat malam2 tarawih
dari Ali KW itu adalah Maudhu' (palsu).
Hadis tersbt bukan hadis sahih, bermakna sanadnya ada
masalah atau matannya ada yang cacat. Jika sanadnya
bermasalah bermakna ia tidak sampai kepada Rasulullah
s.a.w. Bahkan tidak sampai juga kepada Ali r.a.
Natijahnya: Hadis berkenaan tidak dapat diterima,
sekalipun ia mengatasnamakan Rasulullah s.a.w atau Ali
r.a. atau lain-lain.
Bagaimana ia dapat kita terimapakai atas peribadi Ali
r.a. sedangkan sanadnya bermasalah? Atau matannya?
Jika matannya yang cacat, ini sudah jelas tidak dapat
dipakai.
Tidak kira samada soal aqidah ataupun soal hukum fikah
atau fadhilat amal, jika hadis itu dhaif, tidak boleh
diriwayatkan sesuka hati. Jika mahu juga meriwayatkan,
hendaklah disebutkan cacat celanya. Jika tidak, haram.
Memang ada disebutkan bahawa mubtadi' dlm bidang hadis
boleh meriwayatkan hadis yang masih tidak diketahui
rijalul hadisnya (spt yg kita hadapi skrg), tetapi
hendaklah menggunakan `sighat tamridh', spt
"diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w. begini..." Jika
kita terima ini, maka tidak mengapa bagi orang yang
mengerti dalam bidang hadis, kerana mereka tahu jika
begitu cara periwayatannya bermakna tidak diketahui
rijalnya lagi.
Tetapi bagi orang awam, jika kita menggunakan `sighat
tamridh', maka mereka akan terus menganggapnya bahawa
ia sudah pasti dari Rasulullah s.a.w.
Jika utk fadhai'l a'mal, memang sebahagian ulamak
membenarkannya tetapi bukan secara mutlak tetapi
dengan beberapa syarat yg ketat.
alQardhawi (Kaifa nata'amul ma'a al Sunnah al
Nabawiyyah) menjelaskan ada 3 neraca yang perlu
dipegang oleh setiap Muslim supaya ia selamat dari
penyelewengan dan takwilan secara jahil:
Pertama: mempastikan kethabitan/kesahihan sesebuah
hadith berdasarkan timbangan ilmiah oleh para
muhaddithin (ulamak hadith)
Kedua: memastikan kefahaman yang betul terhadap maksud
sesebuah hadith
Ketiga: memastikan sesebuah hadith tidak bercanggah
dengan nas yang lebih kuat darinya yaitu dari alQur'an
dan hadith-hadith lain yang lebih kuat kedudukannya.
Imam Syafi'iy yang mulia telah berpesan," Iza Sahhal
Hadith Fahuwa Madzhaabi" (apabila sahihlah sesebuah
hadith, maka itulah madzhabku."
Berbalik kepada hadith popular bulan Ramadhan
(fadha-il Malam-malam Tarawikh Imam Ali) gagal
melepasi neraca pertama: tidak thabit atau tidak
disahihkan oleh mana-mana Imam Hadith. Tanyalah kepada
mana-mana ahli hadith dan sudah pasti dia
tidak akan jumpa hadith tersebut dalam Kutub asSittah
(kitab hadis yang enam):
Bukhari, Muslim, atTurmudzi, Abu Daud, anNasa'iy dan
Sunan Ibn Majah. Manakala ia tidak menepati neraca #
2, yakni bercanggah dengan kefahaman sebenar tentang
tasawwur puasa dan tidak sesuai dengan nilai keilmuan
dalam Islam. Puasa dalam Islam yang dijelaskan oleh
sumber yang sahih ialah sebagai salah satu jalan
kepada taqwa. Taqwa itulah objektif puasa dan taqwalah
jalan kemenangan dan kejayaan umat Islam dunia dan
akhirat. Metod fadhilat adalah untuk mereka yang lemah
akalnya yang terangsang dengan fadhilat dan kebendaan.
Hadis ini kemungkinan direka oleh Syi'ah untuk
menonjolkan maqam ketinggian Ali KW yang di dakwa oleh
Imam-imam Syi'ah banyak menerima hadis-hadis khusus
yang tidak pernah diriwayatkan oleh sahabat-sahabat
lain.
Hadis ini juga bertujuan memikat golongan awam yang
jahil dengan pelbagai kisah dan riwayat. ia direka
oleh penglipurlara jahat supaya masyarakat jahil
terpukau dan asyik mendengar ceritanya. Penglipurlara
ini giat aktif di zaman Imam Ahmad Ibn Hanbal.
Hadis ini juga mungkin direka oleh ahli zuhud dan
tasawwuf yang menyeleweng bertujuan membangkitkan
keghairahan orang awam yang jahil supaya giat
beribadat tanpa ilmu.
Demikianlah penjelasan AsSyaikh Mustafa asSiba'iy
dalam kitabnya asSunnah dan Imam Jalaluddin asSyuyuti
(Tahdzirul Khawasy min akazibil Qasyasy).
Maka jauhilah dan tegahlah pengedaran hadis fadhail
tarawikh Ramadhan tersebut dan gunalah neraca-neraca
ini bila kita didatangkan dalil dalam bentuk hadis.
Terlebih dahulu pastikan kesahihannya. Ingatlah amaran
baginda,"sesiapa yang merekacipta hadis atas namaku,
maka dia telah menempah tempat diNeraka." WA.
Wassalam
dan seterusnya...
KEPALSUAN HADIS KELEBIHAN TARAWIH
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang.
Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan
salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu
'alaihi wasallam serta para sahabatnya.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis
tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan
telah tersebar dengan meluas sekali.
Media-media elektronik,media-media cetak serta
media-media massa turut sama memainkan peranan mereka
menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi
Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan
harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha
menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat
terutamanya dalam bulan yang diberkati itu.
Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak
panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a.
yang sebahagian darinya adalah seperti berikut :
"Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah
s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat
sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:
· Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada
malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan
(mendapat keampunan dari Allah Taala).
· Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala
orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil
dan Al-Quran.
· Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya
pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur
(sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap
batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah
mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang
tarawih pada malam ini.
· Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta
menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya
Firaun dan Haman.
· Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang
sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan
kepada Nabi Ibrahim A.S.
· Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan
dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad
S.A.W..
· Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai
kemalam yang ke-tiga puluh
Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada
beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis
ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat
memberikan penjelasan.
Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti
Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya
tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis
palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis
ini.
Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis
yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis
dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak
mengetahui akan wujudnya hadis ini.
Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan
kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak
mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji
palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan
amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu
yang sebenarnya tidak akan diperolehinya.
Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga
akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang
dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama
kita dahulu.
Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap
orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya
dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya :
Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka
hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka.
(Bukhori, Muslim)
Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga
sampai keperingkat Mutawatir.
Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas
Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan
supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya
menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).
Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas
membawakan lebih dari seratus riwayat hadis tentang
pendustaan atas nama Nabi Muhammad S.A.W. menukilkan
kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam
Nawawi:
Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi
orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau
dia hanya menyangka hadis ini maudhu`.
Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia
sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak
menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman
ini.
Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman
pendustaan atas Nabi Muhammad S.A.W. di antara hadis
tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan
dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan
serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan
lain-lain.
Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan
sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam…
seterusnya dia berkata: Ulama-ulama telah pun sepakat
tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa.
Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah
syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya
adalah pendustaan atas Allah juga.
Fiman Allah bermaksud:
Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa
nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan
wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).
Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya
umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam
bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadis
ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang
yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas
nama nabi Muhammad S.A.W. seperti contoh satu hadis
yang sebahagian darinya berbunyi:
Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor
dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya
sendiri.
Jika dia meninggalkan sembahyang sembahyang asar
dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa'bah..
Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah
bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang
terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang
bermaksud:
Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh
keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah
diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)
Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang
yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam
al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud:
Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka
saqar?
Mereka menjawab:
Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan
sembahyang. (Al-Muddatsir)
Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam
Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang
seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam
menghidupkan amalan tarawih ini.
Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang
bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka
tetap tidak mahu mengerjakannya.
Diantara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dari segi
zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah
1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi
kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita
Muhammad S.A.W. atau orang yang berjuang bersama
dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai
atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang
datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali
sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai
kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk
menyamai kedudukan seorang nabi.
2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan
dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa
yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam
Al-Qur'an dan hadis-hadis shohih.
3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai
kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai
keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam
hadis-hadis shohih.
4. Didalam setengah risalah yang terdapat hadis ini,
ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama-ulama
hadis telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai
dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang
shohih.Yang lainnya adalah palsu.
Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak
berkenaan seperti institusi-institusi agama
diperingkat negeri dan pusat sepatutnya prihatin
terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian
hadis Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah
Wal Jamaah.
Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan
diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah
sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan
Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita
melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat
pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang
diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal
dengan hadis-hadis palsu seperti ini.

abes mne 1 yg betoi neh
jahat- Moderator
- Posts : 638
Join date : 21/08/2009
Age : 39
Location : gombak - kl
Re: FADHILAT SOLAT TERAWIH
Hadis yg seed post tu hadis palsu...yang wa post tu ialah sebab2 musabab nape hadis tu palsu dan dari sumber mana wa refer..
Pijan- Moderator
- Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 49
Location : KuaLa LumPur
Re: FADHILAT SOLAT TERAWIH
owh yoko....erm...mcm2 skrg neh
jahat- Moderator
- Posts : 638
Join date : 21/08/2009
Age : 39
Location : gombak - kl
Re: FADHILAT SOLAT TERAWIH
jahat wrote:owh yoko....erm...mcm2 skrg neh
Tu arr bro..mcm2 dakyah dah skang ni cuba nk tipu umat islam..
Pijan- Moderator
- Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 49
Location : KuaLa LumPur
Re: FADHILAT SOLAT TERAWIH
ish2...ape dorg dpt tpu2 org neh
jahat- Moderator
- Posts : 638
Join date : 21/08/2009
Age : 39
Location : gombak - kl
Re: FADHILAT SOLAT TERAWIH
jahat wrote:ish2...ape dorg dpt tpu2 org neh
porak perandekan islam ler bro..
Pijan- Moderator
- Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 49
Location : KuaLa LumPur
Re: FADHILAT SOLAT TERAWIH
iyo la klu buek cam 2 apo dapek....gilo nyer org
jahat- Moderator
- Posts : 638
Join date : 21/08/2009
Age : 39
Location : gombak - kl
Re: FADHILAT SOLAT TERAWIH
wah betul ke ni pijan... aku tak pasti lak menda ni... nanti aku remove post ni...Pijan wrote:jahat wrote:ish2...ape dorg dpt tpu2 org neh
porak perandekan islam ler bro..
Re: FADHILAT SOLAT TERAWIH
jahat wrote:iyo la klu buek cam 2 apo dapek....gilo nyer org
Yo la..cubo bro bayangkan hadis palsu tadi tu beritahu katokanlah poso hari ni sekali ngan buek terawih dapat pengampunan semuo doso2 yang ponah dibuek sbolom nih...dah pulak kang ado yg poso bukan kerano Allah Swt..semato2 kerano nak ganjaran...kan dah terpesong lari niat mulo2 nak poso tu..
Puak2 yg biasonyo tkdo kojo nk buek selain dari menyusahkan org islam ni yolah geng iblis bro yang mano iblis dah berjanji akan sedayo upayo menyosatkan org islam sampai hari kiamat nanti...
Pijan- Moderator
- Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 49
Location : KuaLa LumPur
Re: FADHILAT SOLAT TERAWIH
Admin wrote:wah betul ke ni pijan... aku tak pasti lak menda ni... nanti aku remove post ni...Pijan wrote:jahat wrote:ish2...ape dorg dpt tpu2 org neh
porak perandekan islam ler bro..
jangan remove...biarkan je kat sini supaya org ramai leh tau bahawa ini adalah hadis palsu...
Pijan- Moderator
- Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 49
Location : KuaLa LumPur
Re: FADHILAT SOLAT TERAWIH
pesal tetibo ado kuar kod2 neh
jahat- Moderator
- Posts : 638
Join date : 21/08/2009
Age : 39
Location : gombak - kl
Re: FADHILAT SOLAT TERAWIH
jahat wrote:pesal tetibo ado kuar kod2 neh
Kod apo?? 007 ko??
Pijan- Moderator
- Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 49
Location : KuaLa LumPur
Re: FADHILAT SOLAT TERAWIH
takdo apo bro..pc den td tetibo lak gilo....wakakakakak
jahat- Moderator
- Posts : 638
Join date : 21/08/2009
Age : 39
Location : gombak - kl
Re: FADHILAT SOLAT TERAWIH
waaaaaaaaaa pening2..mana yg betul and salah ni.... ......ops sory tertido baca hadis ni ....mana2 jer la janji kita tau semua tu ada hikmah yer law kita sembayng pada mlm bulan ramadhan
lDJlMagicianlOby- Moderator
- Posts : 167
Join date : 23/08/2009
Age : 36
Location : kuala lumpur
Re: FADHILAT SOLAT TERAWIH
lDJlMagicianlOby wrote:waaaaaaaaaa pening2..mana yg betul and salah ni.... ......ops sory tertido baca hadis ni ....mana2 jer la janji kita tau semua tu ada hikmah yer law kita sembayng pada mlm bulan ramadhan
Mana boleh mana mana saja??? Kalau dah palsu tu tetap palsu le mana leh kita ikut??
Pijan- Moderator
- Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 49
Location : KuaLa LumPur
Re: FADHILAT SOLAT TERAWIH
dio na mereng 2 bro...wakakakakak
jahat- Moderator
- Posts : 638
Join date : 21/08/2009
Age : 39
Location : gombak - kl
Re: FADHILAT SOLAT TERAWIH
jahat wrote:dio na mereng 2 bro...wakakakakak
isk isk isk...raso kosian pun ado ni
Pijan- Moderator
- Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 49
Location : KuaLa LumPur
Re: FADHILAT SOLAT TERAWIH
hahaha...klu cian bg la dio pulang kejalan yg betoi bro
jahat- Moderator
- Posts : 638
Join date : 21/08/2009
Age : 39
Location : gombak - kl
Re: FADHILAT SOLAT TERAWIH
ni yang seram nak posting bab2 agama ni...
seed next time be carefull k...
tq pijan sbb memperbetulkan...
seed next time be carefull k...
tq pijan sbb memperbetulkan...
et0n- Moderator
- Posts : 476
Join date : 24/08/2009
Age : 44
Location : Wilayah Iskandar, Johor Bahru
Re: FADHILAT SOLAT TERAWIH
et0n wrote:ni yang seram nak posting bab2 agama ni...
seed next time be carefull k...
tq pijan sbb memperbetulkan...
Apo plak seram?? elok la camni...sama2 la kita perbetulkan yang mana tidak betul...
Pijan- Moderator
- Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 49
Location : KuaLa LumPur
Re: FADHILAT SOLAT TERAWIH
hmm...trse sdey sbb xdpt trawih mlm ptame...
annchupachup- Budak Tadika
- Posts : 21
Join date : 26/08/2009
Age : 34
Location : J.B
Page 1 of 2 • 1, 2
Forum Central :: Umum & Rileks :: Agama
Page 1 of 2
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Sat Dec 15, 2018 5:26 pm by MutiaraKirana
» Cara upgrade driver
Tue Feb 12, 2013 5:21 am by Syukur Azzaha
» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED RM 15/KG
Fri Jun 22, 2012 11:23 pm by miezza
» PROMOSI!!! SERBUK ICE BLENDZ (16 - 20 MAC 2012) - RM13 PER 1KG
Fri Mar 16, 2012 1:28 pm by DezireMarketing
» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED
Mon Aug 01, 2011 5:09 pm by Liana
» Kenali aku,
Thu Dec 16, 2010 1:43 pm by weather
» Rahsia Menjana RM20,000 Dalam 20 hari
Wed Sep 29, 2010 6:43 pm by ASBN
» DUIT MASUK HARI-HARI RM50-500, REBUT PELUANG SEGERA
Wed Sep 29, 2010 6:42 pm by ASBN
» KIAMAT DAN KEADAANNYA
Sat Aug 21, 2010 10:16 am by krulayar