Log in
Search
Latest topics
Who is online?
In total there are 11 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 11 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 223 on Sat Oct 12, 2024 3:16 am
Social bookmarking
Bookmark and share the address of Forum Central on your social bookmarking website

KampungFM
Isu Kuil Di Shah Alam...Salah Siapa??
+10
jacksperow
kyairil
cahaya
jahat
Admin
bump iq
Mr.Puaka
et0n
!k!n@Pr!s0N BrEak
Pijan
14 posters
Page 1 of 4
Page 1 of 4 • 1, 2, 3, 4
Isu Kuil Di Shah Alam...Salah Siapa??
Baru-baru
ini, banyak betul yang kita dengar berhubung isu tapak kuil yang
dicadangkan di Seksyen 23, Shah Alam. Yang tahu, yang tak tahu dan yang
buat-buat tahu, semuanya turut sama mengemukakan pandangan
masing-masing. Di antaranya, pandangan Noh Omar yang menyatakan
bagaimana kerajaan PR tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam.
Oleh
itu, bagi mereka yang ingin tahu, izinkan saya menceritakan serba
sedikit perkara sebenar berkenaan isu ini. Tapak Kuil yang dicadangkan
adalah di kawasan Industri, lebih 200 meter dari kawasan perumahan.
Sebuah Kuil yang sekarang ini berada di Seksyen 19 akan dipindahkan ke
tapak baru yang dicadangkan ini. Di Seksyen 19, kuil berkenaan hanya
berjarak 20 kaki dari kawasan perumahan! Buka pintu rumah, seberang
jalan terdapat kuil.
Sebenarnya, kuil Seksyen 19 telah berada di situ sejak zaman sebelum
wujudnya Shah Alam lagi. Pada masa itu kawasan di mana kuil tersebut
dibina dinamakan Ladang Sungai Renggam. Apabila PKNS ambil-alih, maka
dijadikan kawasan perumahan. Semasa membina dan menjual rumah-rumah di
Seksyen 19, PKNS tidak menunjukkan kuil tersebut di dalam pelan mereka.
Sebaliknya yang ditunjuk adalah rumah-rumah teres dua tingkat.
Maka,
para pembeli rumah sekitar kuil tersebut, 80% dari mereka yang
merupakan orang Melayu Islam pun terperanjatlah apabila berpindah ke
rumah baru mereka dan mendapati kuil masih berada di situ. Sedangkan
mereka diberitahu bahawa kuil tersebut akan dipindahkan. Malangnya,
PKNS di bawah pemerintahan Kerajaan Negeri UMNO/BN, tidak menunaikan
janji mereka dan tidak juga bertanggung-jawab dalam soal ini. Kalau
diusahakan pada ketika itu, masih terdapat banyak kawasan lapang, maka
perancangan yang lebih sesuai dan tepat dapat dilaksanakan.
Seperti
yang diduga dan sepertimana biasa, kerajaan BN tidak melakukan apa-apa.
Penduduk terpaksa bersabar selama 26 tahun, menagih janji dari PKNS dan
kerajaan BN Selangor, sehinggalah naiknya kerajaan PR. Kami
mengusahakan dengan serius dan bersungguh-sungguh sehingga terhasilnya
cadangan kuil Seksyen 19 dipindahkan ke Seksyen 23.
Sepatutnya
Noh Omar mencerminkan diri sebelum mengeluarkan pendapatnya.
Takut-takut meludah ke langit, terjatuh ke muka sendiri. Siap dengan
kahak lagi! Sekiranya tapak di Seksyen 23 mahu dikatakan tidak peka dan
tidak sensitif, kedudukan di Seksyen 19 mahu dipanggil apa? Mendera?
Menyeksa? ataupun derhaka?
Kalau ikut kehendak masyarakat Hindu
yang juga merupakan rakyat negeri ini, mereka ingin kuil tersebut kekal
sahaja di situ. “Inilah tapak asal kami, sepatutnya PKNS mengambil kira
kehadiran kuil kami di sini semasa merancang pembangunan kawasan Shah
Alam”, kata mereka. Tetapi apa boleh buat, nasi sudah pun menjadi
bubur, mereka amat menyesal mengundi BN sejak dari dulu lagi. Akhirnya
hasil perbincangan yang waras, mereka sanggup bertolak ansur. Sanggup
berpindah, asalkan tidak terlalu jauh. Kuil ini dikunjungi penganut
Hindu dari Seksyen 19, 20 dan 23.
Oleh itu, PKNS ditugaskan
untuk mencari tempat yang sesuai. Tapak yang dicadangkan adalah seperti
yang dinyatakan. Cadangan dikemukakan kepada MBSA dan seterusnya kepada
Exco kerajaan Negeri. Semua menganggap ianya sesuai dan masalah di
Seksyen 19 di mana suasana diperhangatkan oleh NGO Melayu/UMNO seperti
Pewaris, perlu diselesaikan dengan segera.
Ini yang perlu kita perlu fahami. Tapak di Seksyen 23 bukan
untuk kuil baru. Ianya adalah untuk memindahkan kuil yang sedia ada di
Seksyen 19. Kedudukannya tidak terlalu hampir dengan kawasan perumahan,
di mana terdapat Dewan orang ramai dan juga sebuah padang permainan di
antara tapak kuil tersebut dengan kawasan perumahan. Ianya merupakan
kawasan Industri. Kalau kilang boleh diletakkan di situ tanpa sebarang
bantahan dari penduduk, mengapa tidak kuil? Sedangkan jarak kawasan
Industri dari perumahan sudah mengambil kira terlebih dahulu semua
aspek yang wajar dipertimbangkan.
Saya faham ada yang ingin
mempolitikkan isu ini. Memang suku sakat Ketua Bahagian UMNO duduk di
situ. Saya rasa Najib kena ‘mendidik’ ahli UMNO. Kikis semangat
perkauman yang sempit yang diasaskan selama ini. Adakah beliau mampu
lakukannya? Adakah beliau ingin lakukannya? Najib ke Batu Caves dengan
begitu gah ceria, 1Malaysia katanya. Kita ingin lihat sejauh mana
falsafah Najib difahami ahli partinya sendiri atau ianya semua hanya
satu sandiwara untuk mengaburi mata rakyat?
Seorang penduduk
Seksyen 23 memberitahu saya, “Jangan layan sangat YB, puak-puak ini,
bukan sekadar kuil mereka bantah. Buat kuliyyah di Surau pun mereka
bantah juga”.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Pijan- Moderator
- Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 49
Location : KuaLa LumPur
Pijan- Moderator
- Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 49
Location : KuaLa LumPur
Re: Isu Kuil Di Shah Alam...Salah Siapa??
bau asap dorang sembahyang dan bunyi loceng waktu senje..leh wat kite sebagai org islam xtenteram.
!k!n@Pr!s0N BrEak- Baru Kerja
- Posts : 331
Join date : 25/08/2009
Re: Isu Kuil Di Shah Alam...Salah Siapa??
!k!n@Pr!s0N BrEak wrote:bau asap dorang sembahyang dan bunyi loceng waktu senje..leh wat kite sebagai org islam xtenteram.
Kat umah aku ade kuil...tkde bende pun aku rase..camne leh kate x tenteram lak??
Pijan- Moderator
- Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 49
Location : KuaLa LumPur
Re: Isu Kuil Di Shah Alam...Salah Siapa??
ni geng pas ke geng pekida yg berarak nie?
et0n- Moderator
- Posts : 476
Join date : 24/08/2009
Age : 44
Location : Wilayah Iskandar, Johor Bahru
Re: Isu Kuil Di Shah Alam...Salah Siapa??
Ni geng2 yg ada kepentingan la eton, mana silapnya.. silap pemerintahan sblm la pi roboh kuil yg lama.. bila tukar pemerintahan isu kuil ni akan jadi bawah kerajaan PR la walau pada asalnya kerajaan BN yg mulakan smua ni.. tp masa di robohkan benda ni tk jadi isu psl masa tu kerajaan BN memerintah selangor. benda ni jadi isu skrg psl PR amik alih selangor.. biasa la media massa arus perdana mane nak menyiarkan benda yg bertentangan dgn kerajaan.. nnt kena banned lak tv depa.. tp kerajaan PR skrg kena pikir jgk buat apa nak bina kt kawasan majoriti penduduk melayu.. cari la tmpt yg lain.. takyah dok panaskan citer.. terima la pandangan rakyat ckp kerajaan rakyat.. politik kdg2 mcm keling kpg buah pala yg tu kata ni, yg ni kata tu..isu melibatkan agama ni tkleh buat main di malaysia ni.. mcm2 kes boleh jadik.
Depa tktau kes2 mcm ni boleh mencetuskan ketegangan kaum, tang racist pulak baik PR atau BN dua2 ahli nya ada yg racist.. bkn tkleh lihat semua tu.. DAP lebihkan cina, PKR takde pendirian, PAS ikut telunjuk...
Depa tktau kes2 mcm ni boleh mencetuskan ketegangan kaum, tang racist pulak baik PR atau BN dua2 ahli nya ada yg racist.. bkn tkleh lihat semua tu.. DAP lebihkan cina, PKR takde pendirian, PAS ikut telunjuk...
Re: Isu Kuil Di Shah Alam...Salah Siapa??
pmrintah dlu yg buat hal pmrintah sekarang yg kene tanggung
bump iq- Baru Kerja
- Posts : 277
Join date : 24/08/2009
Re: Isu Kuil Di Shah Alam...Salah Siapa??
nape dia letak kpla lembu erkk? sian lembu tuu
et0n- Moderator
- Posts : 476
Join date : 24/08/2009
Age : 44
Location : Wilayah Iskandar, Johor Bahru
Re: Isu Kuil Di Shah Alam...Salah Siapa??
provokasi pihak tertentu...
ade kepentingan pihak tertentu
my 2 cents view-bump iq
ade kepentingan pihak tertentu
my 2 cents view-bump iq
bump iq- Baru Kerja
- Posts : 277
Join date : 24/08/2009
Re: Isu Kuil Di Shah Alam...Salah Siapa??
et0n wrote:nape dia letak kpla lembu erkk? sian lembu tuu
kenapa dia letak kepala lembu? umum sedia tau masyarakat beragama hindu tk makan lembu, lembu bg mereka salah satu dewa.. mcm kita la kalo mereka letak kepala vavi depan masjid mcm mane? tentu marah kan... tgk la esk lusa panas la ni.. benda2 mcm ni la yg menyebabkan pertelagahan di antara kaum.
Puaka- Suka Kari Kepala Ikan.
ISU KUIL-Polis Berkawal Di Seksyen 23.
Polis berkawal di Seksyen 23 |
Salhan K Ahmad | Aug 30, 09 2:13pm |
Anggota polis ditempatkan mengawal sekitar Seksyen 23, Shah Alam dipercayai berikutan isu pemidahan sebuah kuil Hindu dari Seksyen 19 ke situ, ekoran bantahan penduduknya yang mengadakan demonstrasi Jumaat lalu. Tinjauan Malaysiakini semalam mendapati, polis mengadakan sekatan jalan di jalan utama ke seksyen tersebut, manakala yang lainnya ditempatkan sementara di sebuah dewan komuniti di situ. Bagaimanapun, kira-kira 10 anggota polis yang menjaga sekatan jalan itu hanya memerhati kenderaan yang keluar masuk di situ. Jumaat lalu, sekumpulan 50 orang mengadakan demonstrasi membantah pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23, dengan mengarak kepala lembu ke bangunan kerajaan negeri Selangor di Shah Alam. Ketua Polis Selangor ketika dihubungi Malaysiakini semalam, mengesahkan penempatan anggota polis di kawasan itu bagi tujuan "kawalan jenayah". Katanya, kawasan berkenaan dikenalpasti sebagai satu 'titik panas' bagi kawalan jenayah. Seorang penduduk yang tinggal berhampiran tapak yang dicadangkan bagi pembinaan kuil tersebut berkata, beliau hairan dengan kehadiran ramai polis di situ, tetapi agak lega kerana menurutnya sememangnya banyak kejadian jenayah berlaku di kawasannya. Munusamy Ellapan, 52, berkata, kira-kira 200 orang anggota polis itu, sebelum ini ditempatkan di sebuah hotel berhampiran, sebelum ditempatkan di Dewan Serbaguna berhampiran rumahnya. "Sekarang rasa lebih selamatlah kerana terdapat ramai anggota yang meronda dengan kerap. Ini boleh kurangkan kes jenayah. "Cuma saya kesal sikitlah kerana tak dapat main badminton di dewan. Tapi saya diberitahu mereka akan kosongkan dewan sebelum 2 September sebab ada kenduri kahwin akan diadakan di situ," jelasnya lagi. Katanya lagi, beliau pada mulanya menganggap kehadiran ramai anggota polis di situ sejak Ahad lalu, untuk menjaga keselamatan beberapa orang 'orang kenamaan' yang dikatakan akan menemui mereka bagi membincangkan isu berkatan pemindahan kuil. Jelasnya, beliau telah lama mendengar mengenai ura-ura perbincangan itu akan diadakan, tetapi belum melihat apa-apa bentuk pertemuan diadakan dengan penduduk di kawasan te Kerajaan Selangor semalam mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengadakan perbincangan terbuka pada 5 September depan antara penduduk sebenar Seksyen 23, Shah Alam, pegawai MBSA dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Perbincangan berkenaan bertujuan mendengar luahan pendapat masyarakat setempat selain memberikan peluang kepada kerajaan negeri menjelaskan rasional di sebalik penempatan semula kuil Hindu di Seksyen 19 ke Seksyen 23 "Saya fikir (dialog) itu akan diadakan Ahad lepas sebab saya nampak ramai polis, rupa-rupanya tidak," katanya lagi. Katanya lagi, beliau bersedia untuk mengikutinya, tetapi belum menerima apa-apa maklumat berkatian program berkenaan setakat ini "Belum dengar apa-apa lagi, tapi saya akan pergi dengar," katanya. Mengulas mengenai demonstrasi yang dikutuk oleh ramai pihak semalam, Ellapan yang juga peniaga kedai makan, sekadar berkata: "Tidak baiklah macam itu, sepatutnya kita biarkanlah orang-orang di atas (pihak berkepentingan) untuk selesaikan." Jelasnya lagi, tapak sebenar untuk kuil baru itu hanya seluas setengah ekar, dan bukannya seperti yang didakwa oleh mereka yang menyertai demonstrasi Jumaat lalu. "Tapak sebenar hanya seluas setengah ekar, berhadapan dengan jalan utama, kawasan berpagar ini milik pemaju," katanya. Ditemui di rumahnya, yang paling hampir dengan tapak tersebut, beliau berkata kawasan berpagar itu dikhususkan untuk taman rekreasi. "Saya diberitahu, mereka (pemaju) kata nak buat taman rekreasi, tapi belum mula apa-apa lagi." katanya. “Baguslah kalau (kuil) dipindahkan ke sini kerana tapaknya lebih sesuai. Orang akan senang datang sebab dekat dengan jalan besar," tambahnya. Sementara itu seorang penduduk yang tinggal berhampira Kuil Sri Maha Mariamman di Seksyen 19, menyokong cadangan memindahkan kuil itu ke tempat lain, kerana menurutnya, tapak sedia ada tidak lagi sesuai. Menurutnya, kesesakan yang berlaku di kawasan perumahan berkenaan dapat dielakkan sekiranya kuil itu dipindahkan. Beliau yang tidak ingin dikenali berkata, kesesakan itu berlaku pada hari-hari kebesaran agama Hindu kerana ia dikunjungi ramai penganut Hindu. “Ramai yang datang ini dari kawasan luar (Shah Alam). Di kawasan ini pun tidak ramai orang India, dahulu memang ramai," kata wanita berkenaan yang bertugas sebagai guru di salah sebuah sekolah di Klang. Ekoran itu, beliau bersetuju sekiranya kuil tersebut dipindahkan ke kawasan lain. Bagaimanapun, beliau tidak yakin perbincangan terbuka pada 5 September depan antara penduduk Seksyen 23, Shah Alam, pegawai MBSA dan PKNS akan membuahkan hasil. "Sebelum ini pun YB Rodziah pun ada datang jumpa kami. Tapi tidak ada apa-apa tindakan," katanya. "Kalau jadi pindah, saya memang sokonglah," katanya. |
Re: Isu Kuil Di Shah Alam...Salah Siapa??
Orang melayu bearak kepala lembu, jgn mereka org india berarak kepala vavi ke masjid sudah lah.. nanti tk psl2 pulak ketegangan kaum.
Re: Isu Kuil Di Shah Alam...Salah Siapa??
Isu Kuil: UMNO Nak Buat Kacau Sejak Januari 2009?
Petikan dari http://www.malaysiainsider.com/
Persoalan kuil Seksyen 19 dan tindakan Pewaris
OGOS 30 — (Artikel ini diterbitkan pertama kali pada Jan 10, 2009)
Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah meninggalkan banyak perkara yang perlu diperbetulkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) selepas kami mengambil alih. Selain dari penyelewengan dan salah guna kuasa yang menjadi bagaikan “signature” BN, terdapat juga persoalan projek-projek terbengkalai, projek-projek di lereng bukit yang tidak patut diluluskan tetapi diluluskan, penduduk rumah setinggan, kemiskinan bandar dan “lain-lain”. Di antara yang “lain-lain” itu adalah persoalan kuil-kuil yang bertaburan yang telah tidak diurus dengan baik apatah lagi bertanggung jawab oleh BN.
Kebanyakan dari kuil-kuil ini merupakan kuil yang telah dibina semasa tempat berkenaan merupakan estet getah pada tahun-tahun sebelum Malaya merdeka. Apabila estet itu diambil-alih untuk dijadikan kawasan perumahan, pada tahun-tahun selepas merdeka, pekerja-pekerja ladang dipindahkan tetapi kuil mereka dibiarkan di tempat asal. Ianya tidak dipindahkan bersama penduduknya. Akhirnya penduduk asal terus mengunjungi kuil tersebut sambil kawasan persekitaran dibangunkan. Kuil mereka juga terus dibangunkan mereka.
Kesudahannya adalah seperti apa yang terdapat di Seksyen 19, Shah Alam! Rumah-rumah yang didiami orang Melayu berhampiran dan berhadapan kuil. Keadaan ini lebih merumitkan apabila penduduk memberitahu bahawa semasa membeli rumah-rumah mereka, PKNS telah menjamin bahawa kuil berkenaan tidak akan lagi berada disitu apabila rumah mereka siap. Namun, di bawah BN, janji seperti biasa tinggal sebagai janji. Masalah ini telah wujud selama 20 tahun lebih dan apabila PR mengambil alih, kami terpaksa menyelesaikan masalah yang diwujudkan BN ini. BN hanya pandai menimbulkan masalah tetapi buntu untuk mencari penyelesaian.
Dasar kerajaan PR adalah mudah. Pertama, kuil-kuil yang lama ini perlu dipindahkan ke satu tempat yang lebih sesuai. Tempat perlu dikenal pasti oleh PBT dan semestinya dipersetujui oleh pengguna kuil berkenaan. PBT perlu mengambil kira segala permasalahan yang akan dihadapi oleh pengguna kuil hasil dari pemindahan tersebut. Sambil itu, pembinaan kuil baru, selain dari hasil perpindahan, juga dihentikan.
Pada Khamis 8hb Januari, sambil saya menghadiri mesyuarat berhubung penduduk Rimba Jaya yang telah dirobohkan rumah-rumah mereka oleh kerajaan BN (masalah yang diwarisi lagi!), saya mendapat maklumat dari seorang penduduk Melayu Seksyen 19 bahawa ada sekumpulan Melayu telah datang untuk menimbulkan ketegangan di kuil tersebut.
Selepas mesyuarat berkenaan saya bergegas ke sana dan mendapati sekumpulan orang, kebanyakan mereka orang luar, berkumpul berhampiran kuil tersebut. Mereka ingin membina “gelanggang silat” di tepi kuil dan akan mengadakan kenduri untuk merasmikan pembukaan gelanggang tersebut pada hari Sabtu 10hb ini. Untuk kenduri itu mereka akan tumbangkan 2 ekor lembu! Seterusnya mereka akan menjamu penduduk dan orang ramai di depan kuil berkenaan. Gelanggang mereka akan dibina tanpa membuat apa-apa permohonan kepada phak berkuasa kerana kata mereka, kuil tersebut juga tidak mendapat kebenaran!
Orang yang mengetuai kumpulan tersebut datangnya dari Melaka! Dia menyatakan dia “mewakili rakyat” dan tindakan ini terpaksa mereka ambil melalui persatuan NGO mereka yang bernama “Pewaris” kerana kerajaan PR masih berhoneymoon. Dia berkata penduduk sudah hilang kepercayaan kepada kerajaan dan oleh itu penduduk memanggil mereka turun. Amat jelas, soal gelanggang silat dan sebagainya hanya satu helah. Sebenarnya mereka mahu provoke pihak kuil berkenaan.
Saya menyatakan “wakil rakyat” di sini adalah saya, bukan dia (mungkin dia ingat dia masih di Melaka). Sekiranya dia ingin mewakili rakyat, dia patut turun bertanding dalam PRU yang akan datang. Saya juga memberitahunya bahawa yang “berhoneymoon” selama 50 tahun adalah BN!
Saya menjelaskan bahawa pihak kerajaan sedang menguruskan perkara ini dan kita harus diberi masa. Kalau BN tak dapat buat apa-apa dalam tempoh 20 tahun lebih, semenjak rumah-rumah mula didiami, takkanlah saya tidak boleh diberi tempoh setahun, kata saya lagi. Malahan, tambah saya, pada bulan 5 atau 6 tahun lepas, saya telah bertemu dengan penduduk di dewan Masjid Sek. 19 dan berbincang dengan mereka dan memohon tempoh setahun. Mereka telah bersetuju.
Orang Melaka ini terus menuduh bahawa PR mendiamkan diri bila orang India membina kuil-kuil baru di merata Shah Alam. Saya nyatakan tiada kuil baru dibina dan dia gelakkan saya. Saya beritahu dia, “tunjuk saya di mana kalau kamu bercakap benar!” Dia pun terus ke keretanya, minta saya ikut di belakang sambil dengan penuh keyakinan mengatakan, “mari, saya tunjuk awak”!
Maka saya mengekorinya; hai orang Melaka ini yang menganggap dirinya lebih tahu Shah Alam dari orang Shah Alam. Akhirnya dia bawa saya ke sebuah kuil di tepi landasan keretapi di Seksyen 15. Saya beritahu dia kuil itu telah ada di situ “sebelum kamu dilahirkan ke dunia ini”. Dia diam dan terus kembali ke kuil Seksyen 19.
Tidak puas hati lagi dia mencabar saya sebaik sahaja kita sampai di Seksyen 19, “awak orang Melayu, orang Islam, kenapa awak sibuk sangat nak membela kuil ini”? Saya jawab, “kerana Islam mengajar saya supaya bertindak adil terhadap semua manusia. Mereka, walaupun bukan Islam, ada hak dan Islam menuntut kita menghormati hak mereka”. Dia diam. Seterusnya dia berkata dia tak tahu sangat soal agama ini.Saya menambah lagi, “kita marah bila Israel mengasari ummat Islam di Gaza, jangan kita pula mengikut perangai Israel”.
Melihat dia mula teragak-agak saya pun menyatakan bahawa saya tahu Pewaris dan Pekida adalah NGO yang adik beradik. Penaung Pekida adalah PM maka semestinya begitu juga Pewaris. Kedua-dua NGO ini dikuasai oleh ahli UMNO. Saya tahu juga bahawa tindakan mereka ini, pada masa ini, ada hubung kait dengan PR kecil KT.
Mereka ingin menimbulkan ketegangan dan masalah kaum supaya dengan itu mereka boleh menjaja keseluruh negara bahawa PR telah gagal menyelesaikan masalah ini di Selangor; dan Selangor sekarang ada masalah perkauman. Dia diam dan selepas itu dia menegur saya kerana buruk sangka, tetapi dia tidak menafikannya.
Dengan itu saya berundur. Saya memberitahu pegawai Polis dan juga pihak penguatkuasa MBSA yang berada di sana bahawa ini tugas mereka. Mereka kena menjaga keselamatan dan keamanan. Saya difahamkan walaupun gelanggang tidak dibina, namun mereka ingin teruskan kenduri mereka. Mereka kata mereka akan menjemput saya sekali. Saya menjawab, ikut undang-undang. Kalau pembinaan gelanggang dapat kelulusan MBSA, saya datang.
Kalau tidak, program Aman Palestine di stadium Melawati pada 10hb jam 10 pagi adalah tempat yang lebih afdal bagi saya untuk hadir, begitu juga dia!
WalLahu ‘Alam. — khalidsamad.com

bab2 agama ni memang sesitif sikit.. kadang2 memang ada org yg cuba provoke menda ni tuk hancurkan keamanan kat malaysia ni...
Re: Isu Kuil Di Shah Alam...Salah Siapa??
ak klu diberi pilihan kuil hindu ngan tokong budha
ak sanggup lg pilih tokong budha
kuil hindu bising woo bile dye wat perayaan
2 lom kire lg bawak tuhan dye jln2 1 taman

jahat- Moderator
- Posts : 638
Join date : 21/08/2009
Age : 39
Location : gombak - kl
Re: Isu Kuil Di Shah Alam...Salah Siapa??
From : http://perisik-rakyat.com
Masjid di RRI Sungai Buloh Betul2 Sebelah Kuil Hindu. Apa Sebab UMNO Selangor Tak Bising?
Masjid RRI Sungai Buloh adalah masjid terdekat bagi saya untuk mengerjakan solat Jumaat ataupun apa2 solat berjemaah. Malahan, saya banyak kali juga bersolat tarawih di MAsjid RRI Sungai Buloh. Yang menjadikan masjid (bukan surau) ini unik adalah kedudukan masjid ini yang bersebelahan sebuah kuil hindu.
Sesiapa sahaja yang pernah bersolat di Masjid RRI Sungai Buloh akan pasti melihat keunikan masjid ini kerana ianya terletak betul-betul bersebelahan dengan sebuah kuil hindu. Dan, yang lebih menarik lagi adalah masjid ini bebas mengumandangkan azan, iqamat dan kuliah agama melalui corong pembesar suara tanpa apa2 halangan dan masaalah,sepanjang yang saya tahu.
Sepanjang yang saya tahu juga masjid ini sudah berkedudukan sebegini semenjak bertahun-tahun yang lampau dan selama itu, Selangor berada di bawah pemerintahan Barisan Nasional/UMNO.
Soalnya sekarang, mengapa UMNO Selangor tidak menjadikan kedudukan masjid tersebut sebagai isu? Mengapa surau Al Jannah (bukan masjid) yang akan terletak 120m dari tapak kuil baru itu pula dijadikan isu oleh UMNO Selangor dan beberapa NGO Melayu yang pro UMNO?
Memang Dalan Sebenar Kes Ini Adalah UMNO
Kalau betul-betul ikhlas memperjuangkan kedudukan surau dan masjid, maka
diminta perjuangkan dahulu masjid RRI Sungai Buloh yang terletak betul-betul bersebelahan dengan sebuah kuil hindu?
Di sini jelas kepada kita, bahawa isu pemindahan kuil ke Seksyen 23 adalah MAINAN
UMNO SEMATA-MATA. Kalau mengikut maklumat yang saya dapat, dalang penghasut nombor satu adalah Pengerusi Persatuan Penduduk di situ bernama Cikgu Zainuddin.
Biasanya, pengerusi2 persatuan penduduk adalah UMNO kerana mereka ini menjadi pengerusi sejak dari zaman UMNO memerintah lagi. Tak hairanlah Cikgu Zainuddin ini menjadi hero dalam menghasut penduduk setempat menentang idea pemindahan kuil ini.
Malah,saya mendapat maklumat Cikgu Zainuddin ini juga sedang merebut kedudukan sebagai Pengerusi Surau Al Jannah Seksyen 23 itu. Itulah juga sebabnya Pengerusi Surau Al Jannah yang ada sekarang turut dimaki dan dipersalahkan.
Bagi saya, UMNO adalah satu wabak penyakit dan kita tidak harus mempercayai mereka dalam apa-apa perkara. Mereka dilatih untuk berbohong dan menipu. Kita tidak boleh mengikut cakap2 mereka kerana mereka kuat menipu.
Maklumat Tidak Tepat dari Blog http://pewarisummah.blogspot.com/
Kalau benar berlaku tindakan gangster dan kurang ajar dari masyarakat Hindu di Seksyen 19, mana buktinya?
Kenapa tiada report polis atau aduan bertulis dari mana-mana pihak berkenaan isu ini?
Ertinya maklumat dari blog ini TIDAK TEPAT dan TIADA ASAS SAMA SEKALI.

hahahha
UNMO ROMPAK DUIT RAKYAT
UNMO TOLONG ORG TIPU ORG
UNMO ROMPAK DUIT RAKYAT
UNMO TOLONG ORG TIPU ORG
jahat- Moderator
- Posts : 638
Join date : 21/08/2009
Age : 39
Location : gombak - kl
Re: Isu Kuil Di Shah Alam...Salah Siapa??
kat teluk intan pernah terjadi kes letak pale vavi kat depan surau...puncenye surau 2 laungkan azan dengan kuat smpai dorang xleh tido.setelah disiasat dah tau sape orgnye....pastu org 2 ditemui mati di parit buntar dengan care yg ngeri.
!k!n@Pr!s0N BrEak- Baru Kerja
- Posts : 331
Join date : 25/08/2009
Re: Isu Kuil Di Shah Alam...Salah Siapa??
!k!n@Pr!s0N BrEak wrote:kat teluk intan pernah terjadi kes letak pale vavi kat depan surau...puncenye surau 2 laungkan azan dengan kuat smpai dorang xleh tido.setelah disiasat dah tau sape orgnye....pastu org 2 ditemui mati di parit buntar dengan care yg ngeri.
Morale of the story ialah kita perlu hormat menghormati antara satu sama lain. Jangan dihina ugama org lain jika kita sendiri tidak mahu ugama islam kita dihina oleh orang...tu jer.
Pijan- Moderator
- Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 49
Location : KuaLa LumPur
Re: Isu Kuil Di Shah Alam...Salah Siapa??
Mengambil kira tajuk thread ini secara peribadi 2 kesimpulan yg sy buat.
Pertama isu ini sebenarnya ditimbulkan semasa zaman pemerintahan khir toyo, dan ianya menjadi isu kerana pemerintahan bertukar kpd PR.
Kedua jika difikirkan salah siapa? sy secara peribadi mengatakan ianya salah kepimpinan sebelum kerajaan selangor diambil alih oleh PR.
Pertama isu ini sebenarnya ditimbulkan semasa zaman pemerintahan khir toyo, dan ianya menjadi isu kerana pemerintahan bertukar kpd PR.
Kedua jika difikirkan salah siapa? sy secara peribadi mengatakan ianya salah kepimpinan sebelum kerajaan selangor diambil alih oleh PR.
Re: Isu Kuil Di Shah Alam...Salah Siapa??
Menjejak dalang di sebalik kepala lembu berdarah
Dzulfikar Mashoor
Wed | Sep 02, 09 | 3:52:10 pm MYT
SHAH ALAM, 2 Sept: Sejak demontrasi mengarak kepala lembu berdarah terjadi enam hari lalu, khalayak rata-ratanya ingin tahu siapakah sebenarnya di belakang demonstrasi yang mendakwa diri mereka sebagai penduduk Seksyen 23 Shah Alam ini.
Harakahdaily mengambil inisiatif bagi mengenalpasti siapakah mereka yang terlibat itu. Terbukti, hampir kesemua mereka adalah pemimpin Umno Selangor dan tempatan iaitu Seksyen 23.
Bagi menganalisanya, klik video youtube digunakan sebagai rujukan.
Analisis impirikal ini dibuat bersama dua Exco Pemuda PAS Selangor Nadzham Haji Ahmad Nazir (berkolar kuning) dan Mohd Khairul Afandi Ibrahim (berbaju hitam berlogo PAS).(gambar bawah)
Berdasarkan klip youtube tersebut, Nadzham mendakwa bahawa dalang sebenar perhimpunan terbabit adalah Pengerusi Penaja Umno Cawangan Seksyen 23, Haji Azmir Mohd Zain.
Jelasnya, Azmir merupakan adik kandung kepada bekas Adun Kota Anggerik Dato' Nawawi Md. Zain (dalam Parlimen Shah Alam) yang mewakili Umno dalam pilihanraya umum ke-12 lalu.
"Kalau dah ada Ketua Penaja Umno (cawangan) Seksyen 23 menjadi kepala demontrasi itu, siapa lagi dalangnya?" kata Nadzham.
"Kalau orang PAS, kita (ahli-ahlinya) tidak akan demontrasi isu perkauman, (sebaliknya) kita akan demontrasi isu hak asasi dan Islam. Sudah lama kita (pemimpin PAS) ditangkap, kene gas pemedih mata, dibelasah FRU (atau) dikenakan Akta Hasutan serta ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri)."
Jelasnya lagi, Azmir turut dikenali khalayak tempatan sebagai salah seorang penggerak pasar malam yang menguasai kawasan panas, Up-Town Shah Alam.
"Dia (Azmir) salah seorang yang kuasai Up-Town Shah Alam. Itu sebab walaupun penduduk setempat membantah (dan) pungut tandatangan bantahan disebabkan (bunyi) bising-bising, sampai sekarang tak berjaya (dipindahkan); sebab Dato' Nawawi di belakangnya," katanya lagi.
Nadzham yang pernah dikenali sebagai penggerak Pemuda Umno Shah Alam pada era Reformasi 1998, sebelum menyertai PAS.
Tambah Nadzham lagi, antara demontran yang cuba menyamar sebagai pemuda PAS dalam demontrasi ekstrem tersebut adalah bekas Bendahari Pemuda Umno Shah Alam sendiri, selepas meneliti klip youtube Malaysiakini.
Menurut Khairul Afandi pula, demontrasi melampau tersebut turut disertai oleh Ketua Pemuda Umno Selayang, Sohaimi Shahadan.
ImageSumber dalamam Umno ketika dihubungi kemudian bukan sahaja mengesahkan keahlian Umno Sohaimi, malah menjelaskan bahawa Sohaimi bukanlah penduduk tempatan Seksyen 23, di sini. Sebaliknya, beliau bermastautin di Batu 19, Kuang, Rawang.
Sumber tersebut juga mendedahkan bahawa terdapat kes kuil bersebelahan masjid di Sungai Buluh (berdekatan Kuang) yang sampai ke pengetahuannya beberapa tahun lalu (iaitu sewaktu Umno BN memerintah Selangor), tetapi beliau mengambil sikap sambil lewa sahaja.
Sumber tersebut juga mendakwa Sohaimi merupakan antara individu yang terbanyak mengaut tender projek di bawah Kementerian Pertanian, Industri dan Asas Tani melalui Menterinya Datuk Noh Omar yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, sejak kerajaan Selangor jatuh di bawah Pakatan Rakyat.
Dalam pada itu, Khairul juga mendakwa penduduk tempatan tidak mengenali Ibrahim Sabri yang mendakwa sebagai Timbalan Pengerusi Badan Bertindak Penduduk Seksyen 23 di sini; sehinggalah sebuah akhbar harian membuat liputan luar biasa ke atasnya.
Sambil menyifatkan Ibrahim Sabri berdusta kepada khalayak, Khairul dan Nadzham juga mendakwa lelaki misteri itu cuba mencari helah apabila banyak pihak mempertikai tindak tanduk mengarak dan menendang kepala lembu berdarah itu.
Image"Sepatutnya dia (Ibrahim Sabri) sebagai penganjur menasihati supaya kepala lembu berdarah itu tidak dibawa bersama perarakan itu," katanya.
Ibrahim turut didakwa cuba mencari helah untuk mengelakkan Umno mendapat nama burok dari peristiwa itu.
Utusan Malaysia semalam melaporkan, Ibrahim berkata:
"Sebenarnya kita sendiri tidak menyangka perhimpunan yang diadakan itu di hadapan bangunan SUK selepas solat Jumaat itu ada orang yang membawa kepala lembu."
Jelasnya lagi, cadangan mengarak kepala lembu 'berdarah' itu tidak pernah dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Pendududuk Seksyen 23.
Namun rakaman Youtube Malaysiakini, membayangkan Ibrahim bersifat ekstrem, kalau tidak pun terlibat mengarak kepala lembu yang segar berdarah itu.
"Kami (mewakili) penduduk Syeksyen 23 (Shah Alam) sekali lagi menyatakan tidak akan berganjak walaupun seinci,walau nyawa habis (terkorban), walau darah mengalir; kami tetap pertahankan Seksyen 23 (Shah Alam) daripada dibina kuil,� kata Ibrahim sebagaimana yang dirakamkan dalam video itu.
ImageAgendadaily melaporkan, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Noh Omar semalam berkata, "Jangan tuding jari pada pihak lain (Umno), saya sendiri lawat tapak di Seksyen 23 pada 18 Ogos lalu untuk terima memorandum bantahan yang hendak diserah kepada Perdana Menteri."
Bagaimanapun, Noh dalam kenyataannya 18 Ogos lalu mahu menyertai bantahan penduduk dengan mendapatkan injunksi Mahkamah atas cadangan kerajaan negeri membina kuil tersebut.
Beliau mendakwa keputusan itu sebagai mainan politik Pakatan Rakyat negeri, demi mengetepikan bantahan penduduk setempat Jumaat lalu.
Semalam, Naib Presiden PAS Dato' Mahfuz Omar pada satu kenyataan akhbar di Pejabat Agong PAS berkata, "Saya lihat bahawa isu ini ada kepentingan politik kepada Umno Barisan Nasional dengan mengadu domba hubungan antara kaum yang harmoni dalam negara kita untuk mencetuskan suatu keadaan tegang bagi survival politik mereka."
ImageAhli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang ditemuramah lewat malam tadi, mempertikai tindakan Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Hishammudin Tun Hussien yang menyanjungi para pemuda ekstrem terbabit.
"Saya diberitahu bahawa Hishamuddin akan turun sendiri ke sini (Seksyen 23) untuk bertemu dengan samseng-samseng terbabit. Itu suatu penghormatan (Hishamuddin) sedangkan samseng-samseng itu jelas membelakangkan undang-undang dalam isu ini."
"Saya tahu bahawa yang bercakap itu (demontrasi kepala lembu berdarah) bukan mewakili penduduk setempat (Seksyen 23). Saya sedih melihat bagaimana samseng-samseng itu boleh bertindak sesuka hati mereka.
Image"Orang-orang sebegini sepatutnya sudah lama dikenakan tindakan undang-undang (kerana) mereka sudah merosakkan harta benda awam, mengancam orang ramai dengan kata-kata hasutan. Mereka dikebalkan sehingga mengugut penduduk yang mempersoal tindakan mereka," katanya.
Tanpa menyebut nama-nama mangsa, Khalid juga menjelaskan bahawa beberapa saksi kejadian yang tampil membuat kenyataan sudah diugut serta diarahkan meninggalkan kediaman mereka, di sini.
Khalid juga menjelaskan bahawa beliau masih menunggu maklum balas pihak Polis sejak Sabtu lepas.
Utusan Melaporkan, Noor Azam memaklumkan bahawa sudah terdapat 52 laporan Polis daripada penganut Hindu berhubung insiden tersebut
ImageWartawan Harakahdaily, yang turut turun ke Seksyen 23 petang semalam mendapati Pasukan Gerakan Am (PGA) masih berkubu di Dewan Serbaguna MBSA di sini.
Dua penduduk yang membuat kenyataan kepada Harakahdaily 30 Ogos lalu memeberitahu, diri serta keluarga mereka dikecam, dipulau serta diancam oleh suatu pihak yang tidak dikenali.
Ditanya sama ada responden terbabit ada membuat laporan Polis, kedua-duanya memberikan alasan takut terus diancam pihak terbabit. _
Untuk berita berserta gambar sila ke :-Sini

Saya pernah terbaca dalam paparan blogger mengenai bayi yang baru lahir ditinggalkan di perhentian bus. Penulis mengaitkan perbuatan itu dengan "ajaran UMNO"!. Semasa Malam ambang merdeka pula, Jawi telah menangkap beberapa ramai pasangan yang kononnya meraikan pesta kemusnahan dan merobek "DARA". Ianya jua dikaitkan dengan gejala yang UMNO galakkan. Hatta jika kanak-kanak bermain mercunpun dan terbakar dan melecur tangannya barangkali juga dilebel sebagai "didikan UMNO"!
Kenapa ini terjadi? Mungkinkan kerana kita kini diberikan hak untuk memiliki ruang media seperti blog maka kita sudah tidak menghiraukan kebenaran. Kita sudah bebas sebebas bebasnya. Lantas pula mempergunakan hak itu untuk mengecam segala-gala yang mungkar dan khilaf adalah berbuatan lawan; lalu kita terus merasakan diri kita berada di pihak yang benar belaka sekaligus mengabui sebarang kebenaran yang tidak berpihak kepada kita?
Demonstrasi Kepala Lembu telah siang-siang dipertanggungjawabkan kepada Kerajaan Barisan Nasioanl. Konon didalangi UMNO. Maka tercetuslah kecaman hebat yang menuduh bahawa ameno dan be end menang rascist dan tidak sensitif dengan isu ugama.
Bila PM DS Najib Tun Razak, Dato Hisamuddin dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membidas perbuatan mengarak, mengheret, memijak-mijak kepala lembu itu, lantas dan pantas mereka dituduh melakukan perkara "gimmik politik". Malah pemimpin Hindraf yang lari ke England, P Waythamoorthy juga turut menuduh bahawa UMNO mendalangi perarakan. Blog-blog pro Pembangkang pantas macam lipas kudung, menunding jari kononnya UMNOlah dalang sebenar disebalik demonstrasi Kepala Lebu..
SIAPA PENGANJUR?
Satu lapuran yang sahih dan jelas lebih bertanggungjawab mengatakan bahawa Pengerusi Penganjur Demonstrasi itu ialah Pengerusi kumpulan penduduk seksyen 23 Shah Alam Selangor iaitu En Mahyuddin Manap, kini ahli PKR Wangsa Maju. Naib Pengerusi, Ibrahim Sabri adalah penyokong Anwar Ibrahim dan penggiat Reformasi yang pernah keluar masuk lokap. Manakala hamba Allah yang membaca doa di masa perarakan pun adalah ahli PAS yang dipercayai dipanggil penduduk kawasan itu dengan panggilan Amin (BUKAN Pandikar Amin). Apapun, yang penting ialah mereka adalah mewakili penduduk Seksyen 23, Shah Alam Selangor.
Kiranya mengarak kepala lembu tidak termasuk dalam agenda Jawatankuasa penganjur demonstrasi itu, ini juga perlu dan mesti dipertanggungjawabkan kepada penganjur. Apa salah UMNO dalam hal itu. Apakah UMNO telah meluluskan permit ke atas program demonstrasi itu atau telah membiayai kos mendapatkan kepala lembu?.
Agaknya "politik kepala lembu" menjadikan kita hilang pertimbangan. kita seakan menjadi hamba Allah yang kabur melihat gajah di hadapan mata tetapi memiliki visi 2020 dalam merenung kuman di seberang lautan. Ini barangkali tak perlu disangkal bila kita menjadi pengamal "Plitik Kepala Lembu"?.
Persoalan yang tidak kurang penting dirungkai ialah kenapakah tapak itu dipindah dari stapak cadangan asal di seksyen 22 ke seksyen 23? Kenapakah pula demonstrasi itu terjadi? Kenapa strategi musyawarah diabaikan? Apakah suara rakyat Seksyen 23 ini sama seperti suara rakyat Palestine yang sampai ke telinga Kerajaan Israel...?

i'm going to relate a story involving Rasulullah S.A.W and His Sahabah here. Just to show it to some of us what does it means respecting others religion..Mudah-mudahan kita faham apa itu islam dan bukan sekadar menyokong sesuatu perbuatan itu membabi buta.. Here is the story :
From : - baheis.islam.gov.my..
Ibni Ishak ada menceritakan bahawa
pada suatu hari satu rombongan Nasara Najran telah melakukan kunjungan
muhibah terhadap Nabi Muhammad s.a.w. Ketika itu Baginda berada di
Madinah. Rombongan tersebut memasuki masjid dan mengadakan sembahyang
mengikut agama mereka. Para sahabat Baginda kehairanan dan menjadi riuh
rendah melihat perbuatan kafir Nasrani itu melakukan ibadat mereka,
lebih-lebih lagi di dalam Masjid Nabawi. Masing-masing bergegas
mendapatkan pandangan Nabi s.a.w lalu Baginda pun bersabda yang
bermaksud: “Biarkanlah! Biarlah mereka menghadap ke timur dan
sembahyang mengikut ajaran agama mereka"
From : - baheis.islam.gov.my..
Ibni Ishak ada menceritakan bahawa
pada suatu hari satu rombongan Nasara Najran telah melakukan kunjungan
muhibah terhadap Nabi Muhammad s.a.w. Ketika itu Baginda berada di
Madinah. Rombongan tersebut memasuki masjid dan mengadakan sembahyang
mengikut agama mereka. Para sahabat Baginda kehairanan dan menjadi riuh
rendah melihat perbuatan kafir Nasrani itu melakukan ibadat mereka,
lebih-lebih lagi di dalam Masjid Nabawi. Masing-masing bergegas
mendapatkan pandangan Nabi s.a.w lalu Baginda pun bersabda yang
bermaksud: “Biarkanlah! Biarlah mereka menghadap ke timur dan
sembahyang mengikut ajaran agama mereka"
Pijan- Moderator
- Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 49
Location : KuaLa LumPur
Page 1 of 4 • 1, 2, 3, 4
Similar topics
» Jom Debat: Kemalangan Jalanraya di Malaysia..salah siapa?
» Siapa Cerdik Antara Nik Aziz, Mahathir Atau PakLah.
» sorry salah topik ni
» i am not singel <<ejaan salah...
» Siapa MARWA AL-SHARBINI?

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Sat Dec 15, 2018 5:26 pm by MutiaraKirana
» Cara upgrade driver
Tue Feb 12, 2013 5:21 am by Syukur Azzaha
» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED RM 15/KG
Fri Jun 22, 2012 11:23 pm by miezza
» PROMOSI!!! SERBUK ICE BLENDZ (16 - 20 MAC 2012) - RM13 PER 1KG
Fri Mar 16, 2012 1:28 pm by DezireMarketing
» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED
Mon Aug 01, 2011 5:09 pm by Liana
» Kenali aku,
Thu Dec 16, 2010 1:43 pm by weather
» Rahsia Menjana RM20,000 Dalam 20 hari
Wed Sep 29, 2010 6:43 pm by ASBN
» DUIT MASUK HARI-HARI RM50-500, REBUT PELUANG SEGERA
Wed Sep 29, 2010 6:42 pm by ASBN
» KIAMAT DAN KEADAANNYA
Sat Aug 21, 2010 10:16 am by krulayar