Log in
Search
Latest topics
Who is online?
In total there are 16 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 16 Guests None
Most users ever online was 223 on Sat Oct 12, 2024 3:16 am
Social bookmarking
Bookmark and share the address of Forum Central on your social bookmarking website
Bookmark and share the address of Forum Central on your social bookmarking website
KampungFM
Petua memilih bakal isteri
5 posters
Forum Central :: Umum & Rileks :: Agama
Page 1 of 1
Petua memilih bakal isteri
Sepertimana sukarnya mencari permata di pelimbahan, begitu juga sukar mencari nilai seseorang untuk dijadikan suri dalam hidup.Bagi sesetengah lelaki, mencari wanita untuk disayangi dan seterusnya menjadi teman sepanjang meniti kehidupan tidak semudah memilih atau menukar pakaian.Menjalani hidup berdua, muafakat dalam segalanya, matlamat untuk hidup bahagia disusuli rasa kasih yang tiada taranya menjadi impian semua pasangan.
Pun begitu, dalam soal memilih pasangan hidup banyak perkara harus difikirkan. Islam turut menggariskan ciri wanita yang harus menjadi pilihan lelaki biarpun jodoh, ketentuan takdir, ajal dan rezeki di tangan Yang Maha Esa. Namun, ciri tertentu harus menjadi sempadan dan perlu diambil kira ketika memilih calon yang layak.Pelbagai andaian dilakukan lelaki di samping meletakkan piawaian tertentu dalam memilih calon isteri. Kehidupan sosial dan peribadinya juga perlu diambil kira kerana melayari hidup bersama pasangan itu bukan untuk tempoh yang singkat, tetapi menyatukan dua jiwa untuk selamanya.Mungkin petua berikut mampu menjadi panduan penting kepada lelaki yang terlalu cerewet dalam memilih pasangan hidup.
# Wanita kategori liar
Inilah jenis wanita yang sering dinasihati mana-mana ibu untuk dijauhi. Pada awalnya, perhubungan dengan wanita sebegini sememangnya menyeronokkan.
Dia selalu melakukan sesuatu di luar jangkaan. Perasaan selalu mencuba sesuatu yang bagus, tetapi sikap mencubanya tidak wujud sempadan. Anda mungkin teruja dengan kegilaannya, tetapi tanpa sedar, tersadung dalam masalah yang diciptanya.
# Wanita si bom jangka
Wanita bersifat bom jangka seumpama emosi yang akan meletus tanpa sebarang amaran ketika anda menjangka semuanya terkawal.
Dia kelihatan normal luarannya sehinggalah anda menjadi sasarannya.
Individu seperti ini bukan saja menjadi bom jangka dalam emosi kemarahan malah emosinya akan mengubah keputusan penting dalam hidup anda berdua kelak.
# Wanita si gula-gula
Gadis muda seumpama gula-gula yang melihat anda sebagai pembimbing dan menyukai kewujudan anda.
Dalam keadaan ini, anda seolah-olah bertindak seperti seorang yang mengajarnya untuk menjadi wanita idaman dan cuba mencipta kehidupan yang penuh kematangan untuknya.
Hakikatnya, mungkin diri sudah tertipu, gadis muda seumpama ini sebenarnya mungkin hanya menguji kuasa tarikan yang ada pada dirinya.
# Wanita si bintang
Wanita bersifat bintang menjadikan pasangannya sebagai jalan untuk mempopularkan atau menguntungkan dirinya semata-mata, lebih-lebih lagi jika dia mempunyai keinginan besar terhadap sesuatu yang jelas bukannya diri anda.
# Wanita si penggapai
Penggapai mempunyai kedudukan kewangan lebih daripada apa yang anda miliki dan dia menyukai keadaan sedemikian kerana ia memberi jaminan kepada dirinya.
Mengapa begitu? Dia memilih pasangan yang bukan dalam kelompoknya supaya dapat memberinya ruang untuk bergerak.
Anda menjadi sasaran jika matlamat kewangannya gagal dan anda dilihat sebagai punca masanya terbuang begitu saja sekadar untuk aktiviti bersama.
Dia cenderung mengatakan setiap usahanya untuk kebahagiaan bersama. Tetapi, harus berhati-hati.
# Wanita yang terluka
Hubungan yang terjejas menjadikan wanita dalam kategori ini dibelenggu emosi yang terluka sepanjang masa.
Kewujudan anda sekadar kapal persinggahan sementara baginya untuk memikirkan kesilapannya, apa yang berlaku, siapa dirinya dan apa yang perlu dilakukannya.
Sepanjang anda menjadi pasangannya, anda mendengar segala kisah buruknya. Bahkan, anda akan menjadi pendengar setia kisah sedihnya semalam, hari ini dan esok.
Biarpun anda menjangka dia mungkin akan menyintai anda, tetapi dia mungkin lebih memikirkan keadaan dirinya saja.[justify]
Re: Petua memilih bakal isteri
hahahhha..cikmie2
RarainKampunG- Baru Kerja
- Posts : 282
Join date : 24/08/2009
Age : 32
Location : kelantan
Re: Petua memilih bakal isteri
wahahahaha...lengoh tgn ark
RarainKampunG- Baru Kerja
- Posts : 282
Join date : 24/08/2009
Age : 32
Location : kelantan
Re: Petua memilih bakal isteri
pasaipa ang post kt cni cikmie oiii...
ang p la post kt agama sana
ang p la post kt agama sana
jahat- Moderator
- Posts : 638
Join date : 21/08/2009
Age : 39
Location : gombak - kl
Re: Petua memilih bakal isteri
jahat wrote:pasaipa ang post kt cni cikmie oiii...
ang p la post kt agama sana
takpe meh aku movekan ke sana.. moderator pun boleh move kan jugak laa
Re: Petua memilih bakal isteri
aq tak nk msok ni bab2 camni...
aq msih mude lgi....
wakakakakak
aq msih mude lgi....
wakakakakak
Joe- Executive Officer
- Posts : 401
Join date : 25/08/2009
Similar topics
» PETUA MEMILIH SAHABAT
» Malaysia bakal diserang Oktober ini
» Farah Breep Bakal Dimiliki Usahawan Dari Utara
» PETUA CEPAT JADI KAYA
» Doa Seorang Isteri
» Malaysia bakal diserang Oktober ini
» Farah Breep Bakal Dimiliki Usahawan Dari Utara
» PETUA CEPAT JADI KAYA
» Doa Seorang Isteri
Forum Central :: Umum & Rileks :: Agama
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Sat Dec 15, 2018 5:26 pm by MutiaraKirana
» Cara upgrade driver
Tue Feb 12, 2013 5:21 am by Syukur Azzaha
» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED RM 15/KG
Fri Jun 22, 2012 11:23 pm by miezza
» PROMOSI!!! SERBUK ICE BLENDZ (16 - 20 MAC 2012) - RM13 PER 1KG
Fri Mar 16, 2012 1:28 pm by DezireMarketing
» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED
Mon Aug 01, 2011 5:09 pm by Liana
» Kenali aku,
Thu Dec 16, 2010 1:43 pm by weather
» Rahsia Menjana RM20,000 Dalam 20 hari
Wed Sep 29, 2010 6:43 pm by ASBN
» DUIT MASUK HARI-HARI RM50-500, REBUT PELUANG SEGERA
Wed Sep 29, 2010 6:42 pm by ASBN
» KIAMAT DAN KEADAANNYA
Sat Aug 21, 2010 10:16 am by krulayar