Forum Central
Kami telah berpidah ke server baru <a href="WWW.KAMPUNGFM.COM">KAMPUNGFM.COM</a>

Join the forum, it's quick and easy

Forum Central
Kami telah berpidah ke server baru <a href="WWW.KAMPUNGFM.COM">KAMPUNGFM.COM</a>
Forum Central
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» Sah!!!! SITI NORDIANA FAILKAN PERCERAIAN KE ATAS FAIZAL YUSUP
Gadai maruah ibu EmptySat Dec 15, 2018 5:26 pm by MutiaraKirana

» Cara upgrade driver
Gadai maruah ibu EmptyTue Feb 12, 2013 5:21 am by Syukur Azzaha

» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED RM 15/KG
Gadai maruah ibu EmptyFri Jun 22, 2012 11:23 pm by miezza

» PROMOSI!!! SERBUK ICE BLENDZ (16 - 20 MAC 2012) - RM13 PER 1KG
Gadai maruah ibu EmptyFri Mar 16, 2012 1:28 pm by DezireMarketing

» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED
Gadai maruah ibu EmptyMon Aug 01, 2011 5:09 pm by Liana

» Kenali aku,
Gadai maruah ibu EmptyThu Dec 16, 2010 1:43 pm by weather

» Rahsia Menjana RM20,000 Dalam 20 hari
Gadai maruah ibu EmptyWed Sep 29, 2010 6:43 pm by ASBN

» DUIT MASUK HARI-HARI RM50-500, REBUT PELUANG SEGERA
Gadai maruah ibu EmptyWed Sep 29, 2010 6:42 pm by ASBN

» KIAMAT DAN KEADAANNYA
Gadai maruah ibu EmptySat Aug 21, 2010 10:16 am by krulayar

Who is online?
In total there are 10 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 10 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 61 on Sat Nov 13, 2021 10:39 pm
Social bookmarking

Social bookmarking reddit      

Bookmark and share the address of Forum Central on your social bookmarking website

Bookmark and share the address of Forum Central on your social bookmarking website

RSS feeds


Yahoo! 
MSN 
AOL 
Netvibes 
Bloglines 


KampungFM



Affiliates
free forum


Gadai maruah ibu

+2
Mr.Puaka
et0n
6 posters

Go down

Gadai maruah ibu Empty Gadai maruah ibu

Post by et0n Fri Sep 11, 2009 9:21 am

Gadai maruah ibu Mainpix

SINGAPURA: Kerana wang, seorang anak dipercayai tergamak menggadaikan maruah ibunya dengan mengarahkan wanita lanjut usia itu berkeliaran di sekitar Masjid Sultan di sini, semata-mata mengejarkutipan sedekah yang saban hari mencecah S$150 (RM361) sempena Ramadan ini.

Wanita usia senja rakyat Malaysia itu diarah menadah tangan memohon belas ihsan jemaah masjid dan pengunjung bazar Ramadan sambil diperhatikan anaknya berusia 30-an yang berlegar di kawasan berkenaan.

Malangnya, kegiatan mereka yang menjadi amalan setiap Ramadan sejak beberapa tahun lalu, berbeza penghasilannya pada tahun ini apabila kutipan harian mereka merosot kira-kira S$80 (RM192) sehari, berikutan kemerosotan ekonomi yang turut dirasai rakyat
republik berkenaan.

Apabila didekati, wanita berusia 50-an itu pada mulanya keberatan untuk berbual, namun selepas anaknya beredar seketika bagi menguruskan perkara lain, barulah dia mahu bersembang. Wanita yang tidak mahu mendedahkan identitinya itu berkata, dia dan
anak perempuannya menyewa sebuah bilik di Kampung Mohd Amin, Johor
Bahru dan ke Singapura hampir setiap hari mencari rezeki dengan meminta
sedekah.

“Kami melakukan kerja ini sejak beberapa tahun lalu dan ia ternyata membawa pulangan lumayan, jadi mengapa tidak diteruskan saja setiap Ramadan.

“Biasanya bermula Jumaat hingga Ahad, lebih ramai orang datang dari Malaysia untuk mengutip derma kerana jumlah pengunjung di beberapa kawasan tumpuan lebih ramai berbanding hari biasa.

“Namun, saya dan anak tak mahu memilih dan datang hampir setiap hari kerana pendapatannya tetap lumayan. Walaupun jumlah kutipan kecil, nilai mata wang Singapura lebih besar,” katanya.

Menurutnya, pada tahun sebelum ini, mereka boleh mendapat sehingga
S$150 sehari, namun tahun ini kutipan harian paling tinggi hanya S$80,
mungkin disebabkan kemerosotan ekonomi dunia yang semakin mencengkam
penduduk negara pulau itu.

Perbualan kami kemudian terhenti apabila anak wanita itu datang semula ke situ dan mula menyuarakan rasa tidak puas hati kepada wartawan yang berbual dengan ibunya.

Mereka kemudian beredar dan menjalankan kegiatan itu di sekitar Masjid Sultan sebelum tidak lagi kelihatan menjelang berbuka puasa.

Sementara itu, usaha dua wartawan Harian Metro untuk bersama-sama meminta derma menemui jalan buntu, mungkin disebabkan faktor usia kami yang agak muda kerana penduduk republik itu dilihat lebih suka menghulurkan wang kepada warga emas.

Pelbagai helah dilakukan untuk menagih simpati dan memancing kemurahan hati warga Singapura itu,namun sukar sekali mendapatkan wang berbanding peminta sedekah warga
emas terbabit.

Cubaan selama lebih sejam itu berakhir dengan hanya segelintir penduduk memberikan wang terutama syiling dengan jumlah terkumpul tidak lebih S$10 (RM24).

Keadaan itu jauh berbeza dengan beberapa pengemis warga emas yang dilihat tidak
putus-putus menerima sumbangan orang ramai yang bersimpati dengan mereka.

Menjelang waktu berbuka, semua warga emas yang meminta sedekah kelihatan meninggalkan pekarangan Masjid Sultan dipercayai untuk membasahkan tekak dan menjamah makanan.

Kira-kira jam 8 malam, satu persatu peminta sedekah itu dilihat menuju ke Rochor Road
bagi mengambil bas pulang ke Johor Bahru bersama hasil sedekah yang dikumpulkan seharian.

Mereka akan kembali semula ke Masjid Sultan pada keesokan hari bagi meneruskan kegiatan sama hingga menjelang Aidilfitri nanti.

eton: kesian mereka2 ni..tapi advance betol kutip derma kat singapore..mmg lumayan..
et0n
et0n
Moderator
Moderator

Posts : 476
Join date : 24/08/2009
Age : 43
Location : Wilayah Iskandar, Johor Bahru

Back to top Go down

Gadai maruah ibu Empty Re: Gadai maruah ibu

Post by Mr.Puaka Fri Sep 11, 2009 9:26 am

Tangan yang memberi, lebih baik dari tangan yang menerima.. kita ikhlas derma sudahlah, org nak tipu ke nak ape ke.. itu dia jawab la esok-esok kat akhirat, gitu la yg di amalkan saya ketika berhadapan dgn golongan ini. Gadai maruah ibu Icon_cool
Mr.Puaka
Mr.Puaka
Moderator
Moderator

Posts : 741
Join date : 27/08/2009
Age : 44
Location : Kuala Lumpur

http://xat.com/kedaimamak

Back to top Go down

Gadai maruah ibu Empty Re: Gadai maruah ibu

Post by pahlawan007 Fri Sep 11, 2009 9:37 am

Perkara yang sama juga di alamai di masjid di Kota Bharu apabila tiap kali bulan Ramadhan tiba memang akan ada peminta sedekah dari negara jiran(Thailand) mereka menjadikan amalan ini rutin tahunan (pernah berjumpa dengan peminta sedekah ini di negara Thailand) beliau yang menceritakan sendiri kepada abe dan mereka bukan setakan dapat RM sahaja tetapi juga pakaian terpakai (baju kurung, t-shirt dan macam2 lagi) sehari sebelum hari raya mereka akan pulang ke Thailand dengan membawa berguni2 pakaian yang didermakan kepada mereka(situasi ini bole disaksikan sendiri di stesen keretapi di pekan Sg Golok)
pahlawan007
pahlawan007
Budak U
Budak U

Posts : 177
Join date : 29/08/2009
Age : 49
Location : Subang

Back to top Go down

Gadai maruah ibu Empty Re: Gadai maruah ibu

Post by Mr.Puaka Fri Sep 11, 2009 9:43 am

Kat kg.baru pun banyak abe, pendek kata mula-mula datang sorang, kita bagi singgit.. tgk la lepas tu ada lagi yang dtg 2-3 org.. ape pun terpulanglah rasa nak bagi biarkan ikhlas..
Mr.Puaka
Mr.Puaka
Moderator
Moderator

Posts : 741
Join date : 27/08/2009
Age : 44
Location : Kuala Lumpur

http://xat.com/kedaimamak

Back to top Go down

Gadai maruah ibu Empty Re: Gadai maruah ibu

Post by nakal Mon Sep 14, 2009 10:29 pm

Siak tul anak from hell
nakal
nakal
Budak Sekolah Menengah
Budak Sekolah Menengah

Posts : 79
Join date : 27/08/2009

Back to top Go down

Gadai maruah ibu Empty Re: Gadai maruah ibu

Post by hafiz_mivec88 Mon Sep 14, 2009 10:40 pm

huh anak ape la mcm tue..penat je ibu nye membesarkan dgan susah payah..akhirnye tu balasanye..
hafiz_mivec88
hafiz_mivec88
Manager
Manager

Posts : 654
Join date : 02/09/2009
Age : 35
Location : seremban

Back to top Go down

Gadai maruah ibu Empty Re: Gadai maruah ibu

Post by !k!n@Pr!s0N BrEak Tue Sep 15, 2009 5:31 pm

kalau peminta sedekah 2 marah2 bile kite xbg derme mcm mane...mcm pakse2 je.ikin kalau nk bg derme tgk2 gak kalau dr thai ikin xlayan sngt tp kalu derme tok bantu pelajar kite lenjutkn pljran keluar negare ikin kasi atau pon nk bine skolah agme,surau.
ikin pernah maki sorng mamat dr tahi sebab pakse2 org kasi derme...
!k!n@Pr!s0N BrEak
!k!n@Pr!s0N BrEak
Baru Kerja
Baru Kerja

Posts : 331
Join date : 25/08/2009

Back to top Go down

Gadai maruah ibu Empty Re: Gadai maruah ibu

Post by !k!n@Pr!s0N BrEak Tue Sep 15, 2009 5:33 pm

!k!n@Pr!s0N BrEak wrote:kalau peminta sedekah 2 marah2 bile kite xbg derme mcm mane...mcm pakse2 je.ikin kalau nk bg derme tgk2 gak kalau dr thai ikin xlayan sngt tp kalu derme tok bantu pelajar kite lenjutkn pljran keluar negare ikin kasi atau pon nk bine skolah agme,surau.
ikin pernah maki sorng mamat dr tahi sebab pakse2 org kasi derme...

sory ayat yg bawah sekali ni ikin maksubkn thai.... Gadai maruah ibu Icon_biggrin kesilapan amatlah dikesali
!k!n@Pr!s0N BrEak
!k!n@Pr!s0N BrEak
Baru Kerja
Baru Kerja

Posts : 331
Join date : 25/08/2009

Back to top Go down

Gadai maruah ibu Empty Re: Gadai maruah ibu

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum