Forum Central
Kami telah berpidah ke server baru <a href="WWW.KAMPUNGFM.COM">KAMPUNGFM.COM</a>

Join the forum, it's quick and easy

Forum Central
Kami telah berpidah ke server baru <a href="WWW.KAMPUNGFM.COM">KAMPUNGFM.COM</a>
Forum Central
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» Sah!!!! SITI NORDIANA FAILKAN PERCERAIAN KE ATAS FAIZAL YUSUP
Teoh Beng Hock : BN Terdedah Kpd Tuduhan Konspirasi. EmptySat Dec 15, 2018 5:26 pm by MutiaraKirana

» Cara upgrade driver
Teoh Beng Hock : BN Terdedah Kpd Tuduhan Konspirasi. EmptyTue Feb 12, 2013 5:21 am by Syukur Azzaha

» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED RM 15/KG
Teoh Beng Hock : BN Terdedah Kpd Tuduhan Konspirasi. EmptyFri Jun 22, 2012 11:23 pm by miezza

» PROMOSI!!! SERBUK ICE BLENDZ (16 - 20 MAC 2012) - RM13 PER 1KG
Teoh Beng Hock : BN Terdedah Kpd Tuduhan Konspirasi. EmptyFri Mar 16, 2012 1:28 pm by DezireMarketing

» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED
Teoh Beng Hock : BN Terdedah Kpd Tuduhan Konspirasi. EmptyMon Aug 01, 2011 5:09 pm by Liana

» Kenali aku,
Teoh Beng Hock : BN Terdedah Kpd Tuduhan Konspirasi. EmptyThu Dec 16, 2010 1:43 pm by weather

» Rahsia Menjana RM20,000 Dalam 20 hari
Teoh Beng Hock : BN Terdedah Kpd Tuduhan Konspirasi. EmptyWed Sep 29, 2010 6:43 pm by ASBN

» DUIT MASUK HARI-HARI RM50-500, REBUT PELUANG SEGERA
Teoh Beng Hock : BN Terdedah Kpd Tuduhan Konspirasi. EmptyWed Sep 29, 2010 6:42 pm by ASBN

» KIAMAT DAN KEADAANNYA
Teoh Beng Hock : BN Terdedah Kpd Tuduhan Konspirasi. EmptySat Aug 21, 2010 10:16 am by krulayar

Who is online?
In total there are 10 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 10 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 61 on Sat Nov 13, 2021 10:39 pm
Social bookmarking

Social bookmarking reddit      

Bookmark and share the address of Forum Central on your social bookmarking website

Bookmark and share the address of Forum Central on your social bookmarking website

RSS feeds


Yahoo! 
MSN 
AOL 
Netvibes 
Bloglines 


KampungFM



Affiliates
free forum


Teoh Beng Hock : BN Terdedah Kpd Tuduhan Konspirasi.

4 posters

Go down

Teoh Beng Hock : BN Terdedah Kpd Tuduhan Konspirasi. Empty Teoh Beng Hock : BN Terdedah Kpd Tuduhan Konspirasi.

Post by Mr.Puaka Fri Sep 11, 2009 8:03 am

Biarlah kes tragik Teoh Beng Hock disiasat dengan kaedah yang paling memuaskan hati semua pihak.

Kalau penubuhan Siasatan Diraja boleh memuaskan hati semua pihak dan memberi keadilan sebenar kepada mangsa, maka itulah yang terbaiknya harus dilakukan.

Jangan beri ruang kepada pihak berkepentingan atau pihak yang emosional mengambil kesempatan untuk menyalahkan kerajaan semata dan mengekploitasi isu ini untuk menambah keliru keadaan yang sememangnya sangat kabur dan keliru.

Kejadian di mana ‘hanya tuhan saja yang tahu’ ini amat mudah dieksploitasi. Ia serba mungkin dan apa saja boleh diperkatakan. Terpulang kepada pihak-pihak yang mahu mengeksploitasi.

Jika dibiarkan hujah-hujah pro dan kontra berleluasa, maka tidak akan ada pihak yang berpuas hati. Tidak kira pihak itu pihak ahli keluarga, pihak pembangkang mahu pun pihak kerajaan, semua tidak akan berpuas hati.

Siapa yang boleh memberi hujah paling logik maka hujah merekalah yang akan mendapat keyakinan ramai. Jangan biarkan logik akal mempengaruhi keadaan kerana ia hanya akan menambah kelam kabut dan kekeliruan.

Kerajaan jangan dilihat mempertahankan SPRM hingga menyebabkan kerajaan akan dituduh cuba melindungi sesuatu.

Pihak pembangkang pula janganlah mengeksploitasi isu ini sehingga sebarang kebenaran yang akan diperolehi dari hasil siasatan dinafikan mentah-mentah.

Yang paling berhak mendapat kebenaran sebenar ialah ahli keluarga si mati.

Hentikanlah segala teori konspirasi yang boleh saja dibuat asal ia diterima logik akal. Ia tidak akan berkesudahan.

Jangan ada sesiapa yang cuba memperkudakan ahli keluarga si mati. Jangan ada sesiapa yang bersedia untuk dikudakan bagi maksud yang selain dari untuk mencari punca sebenar trajedi ini berlaku.

Isu ini boleh menjadi isu besar. Ia juga boleh menjadi isu yang mudah untuk diselesaikan. Syaratnya ialah semua pihak harus bersedia meletakkan kepercayaan kepada pihak yang sepatutnya diletakkan kepercayaan dalam menjalankan siasatan.

Kalau unit pathology punya kepakaran dalam bidang yang berkaitan, maka janganlah ada ahli politik menunjuk lebih pakar dari pakar pathology.

Kalau pihak polis secara lazimnya di seluruh dunia menyiasat kes-kes pembunuhan atau kematian, maka janganlah ada pihak yang ‘pre-empt’ polis berkonspirasi dan mendesak supaya Ketua Polis Negara tidak boleh terlibat dalam siasatan.

Kalau pihak polis cuba dinafikan authority mereka, kepada siapa lagi untuk diserahkan isu ini untuk disiasat?

Kalau kerajaan memutuskan untuk memwujudkan Panel Siasatan Diraja, janganlah siang-siang lagi menuduh ada yang tidak kena dari segi perlantikan ahli panel yang dibentuk.

Memang sewajibnya kerajaan yang memerintahlah yang bertanggungjawab mewujudkan Panel Siasatan ini, jika telah dibuat keputusan untuk mewujudkannya. Tidak ada dalam sejarah pihak pembangkang yang diberi tanggungjawab untuk membentuk panel siasatan. Rasional sikitlah.

Sekarang apa sebenarnya yang perlu dicari ialah kebenaran tentang punca dan sebab kematian mangsa. Perkara ini berhak diketahui oleh ahli keluarga si mati.

Ia bukan isu politik tapi isu ini amat mudah dipalingkan menjadi isu politik kalau kita mahu.

Jadi fikirlah baik-baik. Awak semua dah besar panjang. Sekolah tinggi, ilmu banyak dan pengalaman pun luas.

Tak usahlah nak meleret-leretkan cerita dengan pelbagai teori. Rakyat memanglah seronok nak dengar semua teori yang dihujahkan.

Kamu tu pemimpin-pemimpin besar janganlah mencari jalan siang dan malam menambah rasa keliru rakyat dengan pelbagai juadah fitnah, syak wasangka dan ketegangan dalam masyarakat walau pun atas nama mencari kebenaran.

Kamu hanya boleh minta kebenaran diperjelaskan dan bukan menjadi penentu kepada kebenaran.

Penentu kebenaran ada pada panel siasatan diraja, jika ia ditubuhkan. Bila dah tahu kebenaran nanti jangan pulak tak iktiraf…
Hapuskan budaya menyelamatkan diri dari disabit tuduhan dengan 'kaedah' menuduh orang lain terlebih dahulu...
Mr.Puaka
Mr.Puaka
Moderator
Moderator

Posts : 741
Join date : 27/08/2009
Age : 44
Location : Kuala Lumpur

http://xat.com/kedaimamak

Back to top Go down

Teoh Beng Hock : BN Terdedah Kpd Tuduhan Konspirasi. Empty Re: Teoh Beng Hock : BN Terdedah Kpd Tuduhan Konspirasi.

Post by pahlawan007 Fri Sep 11, 2009 9:01 am

Untuk maklumat terkini inkues Teoh Beng Hock sila layari laman web ini: http://www.agc.gov.my/agc/index.php?option=com_content&view=article&id=707
pahlawan007
pahlawan007
Budak U
Budak U

Posts : 177
Join date : 29/08/2009
Age : 49
Location : Subang

Back to top Go down

Teoh Beng Hock : BN Terdedah Kpd Tuduhan Konspirasi. Empty Re: Teoh Beng Hock : BN Terdedah Kpd Tuduhan Konspirasi.

Post by Mr.Puaka Fri Sep 11, 2009 9:13 am

Terima kasih abe, baguslah agar forumer lain ikut sama menyaksikan tayangan perdana ni Teoh Beng Hock : BN Terdedah Kpd Tuduhan Konspirasi. Icon_eek
Mr.Puaka
Mr.Puaka
Moderator
Moderator

Posts : 741
Join date : 27/08/2009
Age : 44
Location : Kuala Lumpur

http://xat.com/kedaimamak

Back to top Go down

Teoh Beng Hock : BN Terdedah Kpd Tuduhan Konspirasi. Empty Re: Teoh Beng Hock : BN Terdedah Kpd Tuduhan Konspirasi.

Post by pahlawan007 Fri Sep 11, 2009 9:19 am

nak tengok perangai sebenar gobind boleh la sila saksikan. TQ
pahlawan007
pahlawan007
Budak U
Budak U

Posts : 177
Join date : 29/08/2009
Age : 49
Location : Subang

Back to top Go down

Teoh Beng Hock : BN Terdedah Kpd Tuduhan Konspirasi. Empty Re: Teoh Beng Hock : BN Terdedah Kpd Tuduhan Konspirasi.

Post by Mr.Puaka Fri Sep 11, 2009 9:21 am

pahlawan007 wrote:nak tengok perangai sebenar gobind boleh la sila saksikan. TQ

Haha, satu dunia dh tau perangai gobind dgn bapak dia ni, dkt parlimen atau kt mane-mane pun.. ahahahaha kalo keling, keling jugak. Teoh Beng Hock : BN Terdedah Kpd Tuduhan Konspirasi. Fresse
Mr.Puaka
Mr.Puaka
Moderator
Moderator

Posts : 741
Join date : 27/08/2009
Age : 44
Location : Kuala Lumpur

http://xat.com/kedaimamak

Back to top Go down

Teoh Beng Hock : BN Terdedah Kpd Tuduhan Konspirasi. Empty Re: Teoh Beng Hock : BN Terdedah Kpd Tuduhan Konspirasi.

Post by Pijan Fri Sep 11, 2009 10:59 am

Abis tu perangai pegawai2 SPRM yang terlibat dalam kes mendera saksi ke tertuduh tu mulia disisi Agama la sgt....??
Pijan
Pijan
Moderator
Moderator

Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 48
Location : KuaLa LumPur

Back to top Go down

Teoh Beng Hock : BN Terdedah Kpd Tuduhan Konspirasi. Empty Re: Teoh Beng Hock : BN Terdedah Kpd Tuduhan Konspirasi.

Post by Mr.Puaka Fri Sep 11, 2009 11:14 am

Pijan wrote:Abis tu perangai pegawai2 SPRM yang terlibat dalam kes mendera saksi ke tertuduh tu mulia disisi Agama la sgt....??

Abis tu ko ingat kalau PR amik alih tampuk pimpinan negara cara soal siasat yang diadakan oleh SPRM atau Polis berubah ke? Tak perlu guna agama la saudara, org kt sini masih Islam lagi.. ko ingat asal bukan PAS aje masuk neraka? oii syurga neraka hak mutlak Allah.. taktau ke atau buat-buat taktau... sikit-sikit mulia disisi Allah.. kenyataan TGNA tu mulia disisi Allah ke? mengkafirkan sesama Islam? nak tanya juga pendapat saudara ni..

Bakar lilin berkabung utk org mati mulia disisi Allah ke? Ajak penyokong mogok lapar mulia disisi Allah ke?
Mr.Puaka
Mr.Puaka
Moderator
Moderator

Posts : 741
Join date : 27/08/2009
Age : 44
Location : Kuala Lumpur

http://xat.com/kedaimamak

Back to top Go down

Teoh Beng Hock : BN Terdedah Kpd Tuduhan Konspirasi. Empty Re: Teoh Beng Hock : BN Terdedah Kpd Tuduhan Konspirasi.

Post by Pijan Fri Sep 11, 2009 11:18 am

Bila lak TGNA mengkafirkan sesama islam?? Ade dia kate ko tak leh masuk Syurga ke?? Ko bace dulu ape dia kate sblom nk buat statement..
Ade fatwa ke kate tak leh bakar lilin?? LAin kali rumah ko tkde elektrik, jangan pakai lilin..ko bakar buku ke komputer ke kerusi kat umah ko tuh..
Bila lak Nizar ajak penyokong dia mogok lapar?? Diorang buat puasa sunat jer...Media bahalol ko tu je yang putar belit citer...

Kalau PR amik alih tampuk pemerintahan pun Polis ngan SPRM still gak buat keje keje bodoh mcm skang ni..insya Allah tak lama PR tu pegang kerajaan... kami ni bukan nya bodoh buta hati sokong membuta tuli..kalau salah tu kami akan tentang la... itu pun tak leh nk paham ke??
Pijan
Pijan
Moderator
Moderator

Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 48
Location : KuaLa LumPur

Back to top Go down

Teoh Beng Hock : BN Terdedah Kpd Tuduhan Konspirasi. Empty Re: Teoh Beng Hock : BN Terdedah Kpd Tuduhan Konspirasi.

Post by Mr.Puaka Fri Sep 11, 2009 11:29 am

Pijan wrote:Bila lak TGNA mengkafirkan sesama islam?? Ade dia kate ko tak leh masuk Syurga ke?? Ko bace dulu ape dia kate sblom nk buat statement..
Ade fatwa ke kate tak leh bakar lilin?? LAin kali rumah ko tkde elektrik, jangan pakai lilin..ko bakar buku ke komputer ke kerusi kat umah ko tuh..
Bila lak Nizar ajak penyokong dia mogok lapar?? Diorang buat puasa sunat jer...Media bahalol ko tu je yang putar belit citer...

Kalau PR amik alih tampuk pemerintahan pun Polis ngan SPRM still gak buat keje keje bodoh mcm skang ni..insya Allah tak lama PR tu pegang kerajaan... kami ni bukan nya bodoh buta hati sokong membuta tuli..kalau salah tu kami akan tentang la... itu pun tak leh nk paham ke??

Ko jangan cuba putar alam macam anwar ibrahim lah.. fatwa mmg tk cakap tkleh bakar lilin, aku cakap psl bakar lilin meratapi kematian teoh beng hock oleh bekas MB janggut sejemput.. ko tk tengok ke? cakap ko ni org PAS.. oii dalam islam kita meratapi kematian pun tkleh.. inikan pulak nak meratapi kematian org kafir.. oii ulamak PAS tk cakap ke ape yg boleh ape yg tk boleh?

Aku tk kisah ko nak sokong sapa sekalipun, tu hak ko.. takde pun sesiapa halang ko nak sokong mane-mane.. aku sendiri pun bknnya taksub umno sgt.. tapi cara ko cakap macam semuanya tk betul.. cara ko cakap kalo PR amik alih tampuk pimpinan negara semuanya akan berubah.. hoii aku sendiri pun nak bagi peluang kt PR cuba tadbir kerajaan kalau boleh.. nak tgk tabur janji atau tunai janji yang mane lebih susah dibuat.
Mr.Puaka
Mr.Puaka
Moderator
Moderator

Posts : 741
Join date : 27/08/2009
Age : 44
Location : Kuala Lumpur

http://xat.com/kedaimamak

Back to top Go down

Teoh Beng Hock : BN Terdedah Kpd Tuduhan Konspirasi. Empty Re: Teoh Beng Hock : BN Terdedah Kpd Tuduhan Konspirasi.

Post by Pijan Fri Sep 11, 2009 11:56 am

Sekarang ni aku tanye ade fatwa ke kes Nizar tu?? Ko kate dia meratapi tapi dia sendiri kate dia pergi tu untuk membantah tindakan SPRM yang mengakibatkan kematian Teoh...

Apsal plak bab pemimpin UMNO gi letak bunga kat Tugu Peringatan tu kau tak nak citer kat sini?? kau nk fatwa dia ke?? nah aku kasi sini :-

1) Fatwa Mufti Pahang - Fatwa berikut yang dibuat oleh Mufti Negeri di
bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991
setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut
subseksyen 39 (6) Enakmen itu adalah disiarkan menurut subseksyen 36(2)
Enakmen itu : “Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena
upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram
dan hendaklah ditinggalkan.”

2) Fatwa Mufti Perlis - Berdoa di tugu peringatan adalah ditegah oleh
syara’ dan hukumnya haram kerana perbuatan seumpama itu termasuk di
dalam larangan firman Allah, surah al Maidah ayat 90 yang
bermaksud:”Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan
al-ansab(menyembah berhala) dan al azlam (bertenung nasib) adalah najis
daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya
moga-moga kamu berjaya”.
Pijan
Pijan
Moderator
Moderator

Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 48
Location : KuaLa LumPur

Back to top Go down

Teoh Beng Hock : BN Terdedah Kpd Tuduhan Konspirasi. Empty Re: Teoh Beng Hock : BN Terdedah Kpd Tuduhan Konspirasi.

Post by Mr.Puaka Sat Sep 12, 2009 3:34 am

Pijan wrote:Sekarang ni aku tanye ade fatwa ke kes Nizar tu?? Ko kate dia meratapi tapi dia sendiri kate dia pergi tu untuk membantah tindakan SPRM yang mengakibatkan kematian Teoh...

Apsal plak bab pemimpin UMNO gi letak bunga kat Tugu Peringatan tu kau tak nak citer kat sini?? kau nk fatwa dia ke?? nah aku kasi sini :-

1) Fatwa Mufti Pahang - Fatwa berikut yang dibuat oleh Mufti Negeri di
bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991
setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut
subseksyen 39 (6) Enakmen itu adalah disiarkan menurut subseksyen 36(2)
Enakmen itu : “Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena
upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram
dan hendaklah ditinggalkan.”

2) Fatwa Mufti Perlis - Berdoa di tugu peringatan adalah ditegah oleh
syara’ dan hukumnya haram kerana perbuatan seumpama itu termasuk di
dalam larangan firman Allah, surah al Maidah ayat 90 yang
bermaksud:”Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan
al-ansab(menyembah berhala) dan al azlam (bertenung nasib) adalah najis
daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya
moga-moga kamu berjaya”.

Kau ada tengok tak gambar si bekas MB janggut sejemput tu macam mana? Pegang sebatang lilin, kat sebelah dia ada ntah sape berkopiah pegang lilin jugak, tu bkn membantah tindakan SPRM menyebabkan kematian dia, oii inkues masih berjalan nun.. apa pulak SPRM di pertanggungjawabkan. Pegang lilin dengan gambar org kafir mati, bkn membantah tindakan tetapi meratapi kematian. Itu pun nak kena tunggu fatwa ke baru saudara nak cakap tk boleh? pendek kata ape org PAS buat boleh tk perlu ada fatwa.

Ok fatwa psl tugu negara tu dikeluarkan pada tahun 1991, lepas fatwa tu dikeluarkan ada ke pemimpin umno pegi letak bunga? Kalau ada saudara sertakan la kat sini sertakan dgn tarikh sekali.

Mr.Puaka
Mr.Puaka
Moderator
Moderator

Posts : 741
Join date : 27/08/2009
Age : 44
Location : Kuala Lumpur

http://xat.com/kedaimamak

Back to top Go down

Teoh Beng Hock : BN Terdedah Kpd Tuduhan Konspirasi. Empty Re: Teoh Beng Hock : BN Terdedah Kpd Tuduhan Konspirasi.

Post by Pijan Mon Sep 14, 2009 10:54 am

Bila seseorang tu dengan berani boleh mengatakan bahawa Hukum
Hudud tu tak sesuai di Malaysia maka sia sia je lah aku nk melayan
karenah2 orang2 yang macam ni..so silalah, hentam je lah kerajaan PR
yang takde guna satu sen ni.. aku dah malas nk berbicara kat sini...
Korang je menang aku mengaku kalah... Ambillah thread politik forum
ni,gunakanlah sebagai platform untuk menarik balik orang melayu kembali
pada UMNO...sekian terimakasih
Pijan
Pijan
Moderator
Moderator

Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 48
Location : KuaLa LumPur

Back to top Go down

Teoh Beng Hock : BN Terdedah Kpd Tuduhan Konspirasi. Empty Re: Teoh Beng Hock : BN Terdedah Kpd Tuduhan Konspirasi.

Post by pahlawan007 Mon Sep 14, 2009 11:12 am

saudara pijan ni sempurna sangat ke dalam Islam ni??? Tinggi sangat ke ilmu? Tapi sayang bab pemahaman bahasa melayu gagal lak tu... cuba baca balik dah paham dengan jelas apa maksud ayat tu yg sebenarnya...jgn cepat nak buat kesimpulan dengan sekali imbas je.. Teoh Beng Hock : BN Terdedah Kpd Tuduhan Konspirasi. Icon_rolleyes
pahlawan007
pahlawan007
Budak U
Budak U

Posts : 177
Join date : 29/08/2009
Age : 49
Location : Subang

Back to top Go down

Teoh Beng Hock : BN Terdedah Kpd Tuduhan Konspirasi. Empty Re: Teoh Beng Hock : BN Terdedah Kpd Tuduhan Konspirasi.

Post by aL_BeLLa Mon Sep 14, 2009 11:43 am

urmm...
no komen!!
hehe..
aL_BeLLa
aL_BeLLa
Executive Officer
Executive  Officer

Posts : 397
Join date : 07/09/2009
Location : shah alam,sek 19

Back to top Go down

Teoh Beng Hock : BN Terdedah Kpd Tuduhan Konspirasi. Empty Re: Teoh Beng Hock : BN Terdedah Kpd Tuduhan Konspirasi.

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum