Forum Central
Kami telah berpidah ke server baru <a href="WWW.KAMPUNGFM.COM">KAMPUNGFM.COM</a>

Join the forum, it's quick and easy

Forum Central
Kami telah berpidah ke server baru <a href="WWW.KAMPUNGFM.COM">KAMPUNGFM.COM</a>
Forum Central
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» Sah!!!! SITI NORDIANA FAILKAN PERCERAIAN KE ATAS FAIZAL YUSUP
DASAR EKONOMI BARU EmptySat Dec 15, 2018 5:26 pm by MutiaraKirana

» Cara upgrade driver
DASAR EKONOMI BARU EmptyTue Feb 12, 2013 5:21 am by Syukur Azzaha

» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED RM 15/KG
DASAR EKONOMI BARU EmptyFri Jun 22, 2012 11:23 pm by miezza

» PROMOSI!!! SERBUK ICE BLENDZ (16 - 20 MAC 2012) - RM13 PER 1KG
DASAR EKONOMI BARU EmptyFri Mar 16, 2012 1:28 pm by DezireMarketing

» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED
DASAR EKONOMI BARU EmptyMon Aug 01, 2011 5:09 pm by Liana

» Kenali aku,
DASAR EKONOMI BARU EmptyThu Dec 16, 2010 1:43 pm by weather

» Rahsia Menjana RM20,000 Dalam 20 hari
DASAR EKONOMI BARU EmptyWed Sep 29, 2010 6:43 pm by ASBN

» DUIT MASUK HARI-HARI RM50-500, REBUT PELUANG SEGERA
DASAR EKONOMI BARU EmptyWed Sep 29, 2010 6:42 pm by ASBN

» KIAMAT DAN KEADAANNYA
DASAR EKONOMI BARU EmptySat Aug 21, 2010 10:16 am by krulayar

Who is online?
In total there are 10 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 10 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 61 on Sat Nov 13, 2021 10:39 pm
Social bookmarking

Social bookmarking reddit      

Bookmark and share the address of Forum Central on your social bookmarking website

Bookmark and share the address of Forum Central on your social bookmarking website

RSS feeds


Yahoo! 
MSN 
AOL 
Netvibes 
Bloglines 


KampungFM



Affiliates
free forum


DASAR EKONOMI BARU

4 posters

Go down

DASAR EKONOMI BARU Empty DASAR EKONOMI BARU

Post by Mr.Puaka Tue Sep 08, 2009 6:48 am

Oleh : Tun Dr. Mahathir Mohammad
1. Saya berasa amat sedih kerana terdapat ramai daripada Melayu yang terpelajar menolak Dasar Ekonomi Baru kononnya DEB menguntungkan hanya segelintir daripada kroni pemimpin Kerajaan terutama semasa saya menjadi Perdana Menteri.

2. Mereka ini cuma nampak beberapa kerat peniaga dan pengusaha Melayu yang berjaya. Pendapat mereka ialah semua yang berjaya tentulah kerana mereka kroni, terutama kroni Perdana Menteri. Kata mereka kejayaan Melayu bergantung bukan kerana apa mereka tahu tetapi siapa mereka tahu. Ayat ini datang daripada kecaman orang tertentu yang asalnya dalam bahasa Inggeris iaitu, "It is not what you know but who you know", yang memberi kejayaan. Penggunaan ayat ini oleh orang Melayu sendiri membuktikan betapa mudah minda mereka dipengaruhi oleh orang lain supaya mereka sendiri akan memburukkan diri mereka.

3. Sebelum saya bincang samada benar atau tidak benar tuduhan ini, izinkan saya jelas sedikit akan Dasar Ekonomi Baru.


4. Matlamat ringkas DEB ialah;

a. Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum

b. Menghapuskan identifikasi kaum dengan fungsi ekonomi

5. Semasa DEB dilancar kemiskinan dalam Negara adalah lebih daripada 40 peratus. Hari ini kemiskinan telah turun pada lima peratus. Matlamat pertama jelas telah tercapai. Majority daripada yang miskin adalah Melayu dan Bumiputera lain.

6. Bagi matlamat kedua, kejayaan yang terbesar DEB ialah dalam bidang pelajaran. Ramai Bumiputera telah mendapat peluang dalam bidang-bidang profesional sehingga dalam bidang perubatan daripada hanya 8-10 peratus sahaja doktor perubatan yang terdiri daripada Melayu dan Bumiputera, sekarang bahagian mereka berjumlah 40 peratus. Ramai yang menjadi pakar.

7. Demikian juga dalam profesyen lain, pensyarah dan profesor dalam universiti.

8. Jumlah mereka beratus ribu. Apakah mereka yang mendapat pelajaran sehingga ke universiti semuanya daripada keluarga yang kaya yang ada hubungan dengan pemimpin Kerajaan? Apakah mereka mampu mendapat pelajaran ini tanpa DEB? Apakah bagi mereka ini DEB tidak berguna?

9. Berkenaan agihan saham dibawah DEB. Apabila ramai individu Bumiputera mendapat saham dari IPO (Initial Public Offer), semuanya menjual saham dengan serta-merta. Kemudian mereka pohon untuk saham baru.

10. Keuntungan daripada jualan saham dihabis secara hangus.

11. Kerajaan boleh hentikan agihan saham pada Bumiputera. Tetapi ini akan menjadikan syarikat yang tersenarai tidak dimiliki sahamnya oleh Bumiputera sama sekali.

12. Oleh itu ditubuhnya Permodalan Nasional Berhad yang akan membeli saham Bumiputera, memasukkannya dalam unit trust (saham amanah) untuk dijual kepada semua Bumiputera kalaupun mereka boleh labur hanya RM10 sahaja.

13. Melalui sistem amanah saham PNB hari ini lebih lapan juta Bumiputera memiliki saham dalam syarikat-syarikat besar. Diadakan had jumlah yang boleh dimiliki oleh seseorang supaya yang kaya tidak bolot terlalu banyak saham.

14. Tanpa DEB tidak mungkin begitu ramai Bumiputera memiliki saham syarikat-syarikat gergasi. Dapatkah kita tolak DEB kerana hanya menguntungkan kroni sahaja. Tidak adakah orang lain yang juga dapat manfaat.

15. Sekarang berkenaan Bumiputera yang kaya raya. Jumlah mereka sudah beribu. Hampir semua mereka mendapat peluang daripada Kerajaan. Sebab?

16. Sebabnya ialah hanya Kerajaan dan agensi-agensinya sahaja yang memberi peluang kepada mereka. Umpamanya, tidak ada kontraktor Bumiputera yang dapat kontrak daripada orang lain. Kerajaan melayan mereka kerana DEB.

17. Apakah mereka terdiri daripada kroni? Mereka yang berjaya pada mulanya mendapat peluang kecil-kecilan daripada Kerajaan. Jika mereka jual peluang ini, samada kontrak, lesen, AP atau permit lain, mereka tidak akan dapat peluang berkali lagi.

18. Bagi yang tidak jual, yang usaha sendiri dan membuktikan kebolehan mereka memangpun mereka patut diberi lebih banyak lagi peluang. Justeru itu ada yang amat berjaya hingga menjadi jutawan.

19. Apakah mereka kroni? Memang yang berjaya akan dikenali oleh ramai termasuk Perdana Menteri. Kalau nak elak daripada ada yang dianggap sebagai kroni, caranya ialah dengan menentukan tidak ada sesiapapun daripada Bumiputera yang akan berjaya. Ini mudah sahaja. Sesiapa yang Nampak Berjaya jangan bagi kontrak, atau lesen lagi.

20. Walaupun demikian adalah diakui ada yang ditolong secara keterlaluan oleh Menteri. Tetapi jumlah mereka tidak ramai.

21. Apakah kerana penyelewengan yang sedikit ini kita harus tolak DEB? Kata Mat Salleh, "Do you throw out the baby with the water in the wash basin?"

22. Jika kita buat perhitungan yang ikhlas kita akan akui yang DEB memanfaatkan bukan segelintir tetapi berjuta-juta Bumiputera. Amatlah menyedihkan apabila ada Bumiputera yang juga mendapat menfaat dari DEB yang begitu sekali ingin mendapat label "liberal and non-racist" dengan cuba menghapuskan orang sebangsa mendapat peluang dari DEB.
Sumber : CheDet Blog
Puaka: Tatapilah nukilan DR.M ini, jgn main tolak mentah-mentah disebabkan terpengaruh dgn dakyah pembangkang!
Mr.Puaka
Mr.Puaka
Moderator
Moderator

Posts : 741
Join date : 27/08/2009
Age : 44
Location : Kuala Lumpur

http://xat.com/kedaimamak

Back to top Go down

DASAR EKONOMI BARU Empty Re: DASAR EKONOMI BARU

Post by jacksperow Tue Sep 08, 2009 7:10 am

PADA KITA SIBUK DOK BINCANG PASAL DEB NI BAIK KITA BINCANG PASAL HAL EHWAL ISLAM SKANG...KITA SEMUA PIKIR CAMANA NAK SELAMATKAN AKIDAH UMMAT ISLAM...KITA BETULKAN AKIDAH KITA DULU BARU KITA BERPOLITIK...BG ALLAH S.W.T.DUNIA NI DI IBARAT SEBELAH KEPAK NYAMUK JE....TAK BERNILAI LANSUNG...SAHABAT TAK KEJAR DUNIA,TAPI DUNIA YG KEJAR MEREKA...TAPI KITA ARINI SIBUK MNGEJAR DUNIA HNGA LUPA TUJUAN KITA DICIPTAKAN....TENGOK MACAMNA AKIDAH KITA SKANG,AKIDAH UMAT2 ISLAM YG BERSAUDARA NGAN KITA...HANCUR....MEMENG LA ALLAH SURUH KITA SEIMBANGKAN DUNIA&AKHIRAT KITA...TAPI KITA PIKIR LA...BG ALLAH DUNIA TU TAKBERNILAI LANGSUNG...TAPI KITA SIBUK NAK CAKAP KENA BALENKAN DUNIA NGAN AKHIRAT???TAPI APE YG KITA WAT TUK HARI AKHIRAT KITA???

jacksperow
Manager
Manager

Posts : 609
Join date : 21/08/2009

Back to top Go down

DASAR EKONOMI BARU Empty Re: DASAR EKONOMI BARU

Post by jacksperow Tue Sep 08, 2009 7:21 am

APE YG KITA BUAT TUK UGAMA KITA????AKU TAK NAMPAK LANGSUNG POLITIK2 SKANG MEMBANTU UGAMA ISLAM KITA...MALAH ORG2 SIBUK BERPOLITIK SANA SINI,,TAPI MAKSIAT MAKIN BERLULUASA,HALAL HARAM ORG TAK KIRA...UGAMA ISLAM DIHINA..MACAM2 LG LA....KITA SIBUK NAK BELA NASIB ORG MELAYU!!ORG MELAYU TAK SEMESTI NYA SEMUA ISLAM...BAGAIMANA NGAN SAUDARA2 SEISLAM KITA YG LAIN2????ADE KITA KISAH???NI KITA KISAH PASAL NASIB ORG MELAYU...MACAMANA RAHMAT ALLAH NAK TERSEBAR???ORG KAPIR PANDANG UMMAT ISLAM SKANG MACAM2 PANDANGAN...SEMUA YG BURUK2...ZAMAN NABI DULU ORG KAFIR MEMELUK ISLAM HANYA MELIHAT KEPERIBADIAN UMAT2 ISLAM...BETAPA HEBATNYA ISLAM ZAMAN DULU...TAPI SKANG ISLAM DI PANDANG HINA DISEBABKAN OLEH KITA SENDIRI YG MNGAKU KITA NI ISLAM...SAIDINA UMAR AL-KHATOB MENANGIS MELIHAT MAYAT ORG KAPIR...SAHABAT2 TANYA KNAPE KAU MNAGIS WAHAI AMIRUL MUKMININ?SAIDINA UMAR MNJAWAP...APE AKU NAK JAWAP KAT TUHAN KAT AKHIRAT BESOK...KNAPE ORG NI MATI DALAM KEADAAN KAPIR???MEMANG HIDAYAT TU DTG DARI ALLAH...TAPI KITA KENA USAHAKAN...SELEBIHNYA KITA SERAHKAN PADA'NYA'.....

jacksperow
Manager
Manager

Posts : 609
Join date : 21/08/2009

Back to top Go down

DASAR EKONOMI BARU Empty Re: DASAR EKONOMI BARU

Post by jacksperow Tue Sep 08, 2009 7:30 am

MAKSUD AKU BUKAN NAK KONDEM SAPE2...TAK SALAH NAK BERPOLITIK...TAPI SEBAB POLITIK YG MACAM SKANG NI LA YG HANCURKAN ORG ISLAM KITA HARINI...LEBIH BAIK KITA SEMPURNAKAN APE YG LEBIH MUSTAHAK...KITA TAK TAHU PUN BILA DUNIA NI AKAN KIAMAT???TAH2 ESOK KE,JUMAAT NI KE????KITA TAK TAHU...APE KITA DAH CUKUP KE BEKALAN NAK MNGHADAPI SAAT ITU?APE KITA NAK JAWAP NNTI APABILA ORG2 KAPIR MENUNTUT HAK KEPADA SEMUA ORG ISLAM???APE KITA NAK JAWAP???TAKAN KITA NAK CAKAP YG KITA SIBUK BERPOLITIK???
TAKDE MASA NAK BERDAKWAH SEBAB KITA SIBUK BERPOLITIK....
APE YG POLITIK NI BOLEH SELAMATKAN KITA KAT AKHIRAT???

jacksperow
Manager
Manager

Posts : 609
Join date : 21/08/2009

Back to top Go down

DASAR EKONOMI BARU Empty Re: DASAR EKONOMI BARU

Post by Mr.Puaka Tue Sep 08, 2009 7:45 am

Encik Bajang yg dikasihi, saya setuju semua dgn saranan saudara, tapi saya cuma nak pesan saudara sekarang berada di ruangan politik.

Kesemua yg saudara cakap adalah betul, dan ruangan yg sepatutnya saudara posting kan pendapat saudara adalah di ruangan agama. Terima kasih kerana memberi pandangan kpd saya.

Jadi utk membincangkan pendapat saudara adalah elok, saudara posting kan ke ruangan agama, insyaALLAH sy akan memberi feedback kpd pandangan saudara.
Mr.Puaka
Mr.Puaka
Moderator
Moderator

Posts : 741
Join date : 27/08/2009
Age : 44
Location : Kuala Lumpur

http://xat.com/kedaimamak

Back to top Go down

DASAR EKONOMI BARU Empty Re: DASAR EKONOMI BARU

Post by Pijan Tue Sep 08, 2009 11:46 am

Mr.Puaka wrote:Encik Bajang yg dikasihi, saya setuju semua dgn saranan saudara, tapi saya cuma nak pesan saudara sekarang berada di ruangan politik.

Kesemua yg saudara cakap adalah betul, dan ruangan yg sepatutnya saudara posting kan pendapat saudara adalah di ruangan agama. Terima kasih kerana memberi pandangan kpd saya.

Jadi utk membincangkan pendapat saudara adalah elok, saudara posting kan ke ruangan agama, insyaALLAH sy akan memberi feedback kpd pandangan saudara.

Tu la masalah UMNO...politik dan agama tidak boleh disatukan...tapi kadang2 tu boleh ikut suka hati UMNO punya law..
Pijan
Pijan
Moderator
Moderator

Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 48
Location : KuaLa LumPur

Back to top Go down

DASAR EKONOMI BARU Empty Re: DASAR EKONOMI BARU

Post by !k!n@Pr!s0N BrEak Tue Sep 08, 2009 11:57 am

dah lari topik...kalau nk bincang sal agame leh tapi g cari ruangan yg sesuai.
!k!n@Pr!s0N BrEak
!k!n@Pr!s0N BrEak
Baru Kerja
Baru Kerja

Posts : 331
Join date : 25/08/2009

Back to top Go down

DASAR EKONOMI BARU Empty Re: DASAR EKONOMI BARU

Post by Pijan Tue Sep 08, 2009 12:00 pm

!k!n@Pr!s0N BrEak wrote:dah lari topik...kalau nk bincang sal agame leh tapi g cari ruangan yg sesuai.


ele...abis tu apsal tak suruh je PAS tu gi ruangan yang sesuai sebab PAS tu campurkan agama dengan politik??
Pijan
Pijan
Moderator
Moderator

Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 48
Location : KuaLa LumPur

Back to top Go down

DASAR EKONOMI BARU Empty Re: DASAR EKONOMI BARU

Post by jacksperow Tue Sep 08, 2009 2:02 pm

Mr.Puaka wrote:Encik Bajang yg dikasihi, saya setuju semua dgn saranan saudara, tapi saya cuma nak pesan saudara sekarang berada di ruangan politik.

Kesemua yg saudara cakap adalah betul, dan ruangan yg sepatutnya saudara posting kan pendapat saudara adalah di ruangan agama. Terima kasih kerana memberi pandangan kpd saya.

Jadi utk membincangkan pendapat saudara adalah elok, saudara posting kan ke ruangan agama, insyaALLAH sy akan memberi feedback kpd pandangan saudara.

KEPADA YB PUAKA...TAKAN NAK DAKWAH KENA G RUANGAN AGAMA JE...KAT MANE2 RUANGAN PUN TAKDE APE2 MASALAH.....MACAM TU ORG NAK BUAT APE2 SEMBANG PASAL GAMA G DUK MASJID JELA...LUAR MASJID TAKLEH SEMBANG ATAU MELIBATKAN PASAL AGAMA....ADESS CUBA BUKA RUANG PEMIKIRAN KITA SKANG...JANGAN NAK PANDANG DUNIA JE...

jacksperow
Manager
Manager

Posts : 609
Join date : 21/08/2009

Back to top Go down

DASAR EKONOMI BARU Empty Re: DASAR EKONOMI BARU

Post by Mr.Puaka Wed Sep 09, 2009 3:16 am

jacksperow wrote:
Mr.Puaka wrote:Encik Bajang yg dikasihi, saya setuju semua dgn saranan saudara, tapi saya cuma nak pesan saudara sekarang berada di ruangan politik.

Kesemua yg saudara cakap adalah betul, dan ruangan yg sepatutnya saudara posting kan pendapat saudara adalah di ruangan agama. Terima kasih kerana memberi pandangan kpd saya.

Jadi utk membincangkan pendapat saudara adalah elok, saudara posting kan ke ruangan agama, insyaALLAH sy akan memberi feedback kpd pandangan saudara.

KEPADA YB PUAKA...TAKAN NAK DAKWAH KENA G RUANGAN AGAMA JE...KAT MANE2 RUANGAN PUN TAKDE APE2 MASALAH.....MACAM TU ORG NAK BUAT APE2 SEMBANG PASAL GAMA G DUK MASJID JELA...LUAR MASJID TAKLEH SEMBANG ATAU MELIBATKAN PASAL AGAMA....ADESS CUBA BUKA RUANG PEMIKIRAN KITA SKANG...JANGAN NAK PANDANG DUNIA JE...

Kepada en.bajang yang disayangi, saya tidak menolak jika saudara hendak berdakwah, berdakwahlah, malah seruan suadara ini sangat bagus utk menyedarkan pengguna forum kita ini, tapi maksud saya utk ayat diatas adalah lebih baik utk kita membincangkan mengenai artikel yang diposting kan. Saya tidak menolak saudara hendak mengemukakan hadis dan hujah sekalipun malah saya membaca apa yang saudara coretkan.

Saya bkn macam sesentengah ulama, yang mendahului Tuhan menentukan siapa boleh masuk syurga, siapa masuk nereka, siapa kafir siapa islam. Saya tidak layak utk membicarakan hal sedemikian. Tolong fahami maksud ayat saya, jangan hanya fikir saya menolak apa yang anda cuba sampaikan.

Artikel ini pun terang-terang "DASAR EKONOMI BARU" jadi adalah lebih baik kita komen mengenai artikel itulah yang dinamakan forum.

Back to the topic " DASAR EKONOMI BARU" terima kasih en. bajang yang dikasihi.
Mr.Puaka
Mr.Puaka
Moderator
Moderator

Posts : 741
Join date : 27/08/2009
Age : 44
Location : Kuala Lumpur

http://xat.com/kedaimamak

Back to top Go down

DASAR EKONOMI BARU Empty Re: DASAR EKONOMI BARU

Post by Mr.Puaka Thu Sep 10, 2009 10:40 am

Pijan wrote:
Mr.Puaka wrote:Encik Bajang yg dikasihi, saya setuju semua dgn saranan saudara, tapi saya cuma nak pesan saudara sekarang berada di ruangan politik.

Kesemua yg saudara cakap adalah betul, dan ruangan yg sepatutnya saudara posting kan pendapat saudara adalah di ruangan agama. Terima kasih kerana memberi pandangan kpd saya.

Jadi utk membincangkan pendapat saudara adalah elok, saudara posting kan ke ruangan agama, insyaALLAH sy akan memberi feedback kpd pandangan saudara.

Tu la masalah UMNO...politik dan agama tidak boleh disatukan...tapi kadang2 tu boleh ikut suka hati UMNO punya law..

Mana lebih baik saudara pijan? pisahkan antara agama dgn politik atau gunakan agama utk berpolitik? Renung dan tanya diri sendiri.
Mr.Puaka
Mr.Puaka
Moderator
Moderator

Posts : 741
Join date : 27/08/2009
Age : 44
Location : Kuala Lumpur

http://xat.com/kedaimamak

Back to top Go down

DASAR EKONOMI BARU Empty Re: DASAR EKONOMI BARU

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum