Forum Central
Kami telah berpidah ke server baru <a href="WWW.KAMPUNGFM.COM">KAMPUNGFM.COM</a>

Join the forum, it's quick and easy

Forum Central
Kami telah berpidah ke server baru <a href="WWW.KAMPUNGFM.COM">KAMPUNGFM.COM</a>
Forum Central
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» Sah!!!! SITI NORDIANA FAILKAN PERCERAIAN KE ATAS FAIZAL YUSUP
Bonus RM146.39 juta untuk peneroka Felda EmptySat Dec 15, 2018 5:26 pm by MutiaraKirana

» Cara upgrade driver
Bonus RM146.39 juta untuk peneroka Felda EmptyTue Feb 12, 2013 5:21 am by Syukur Azzaha

» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED RM 15/KG
Bonus RM146.39 juta untuk peneroka Felda EmptyFri Jun 22, 2012 11:23 pm by miezza

» PROMOSI!!! SERBUK ICE BLENDZ (16 - 20 MAC 2012) - RM13 PER 1KG
Bonus RM146.39 juta untuk peneroka Felda EmptyFri Mar 16, 2012 1:28 pm by DezireMarketing

» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED
Bonus RM146.39 juta untuk peneroka Felda EmptyMon Aug 01, 2011 5:09 pm by Liana

» Kenali aku,
Bonus RM146.39 juta untuk peneroka Felda EmptyThu Dec 16, 2010 1:43 pm by weather

» Rahsia Menjana RM20,000 Dalam 20 hari
Bonus RM146.39 juta untuk peneroka Felda EmptyWed Sep 29, 2010 6:43 pm by ASBN

» DUIT MASUK HARI-HARI RM50-500, REBUT PELUANG SEGERA
Bonus RM146.39 juta untuk peneroka Felda EmptyWed Sep 29, 2010 6:42 pm by ASBN

» KIAMAT DAN KEADAANNYA
Bonus RM146.39 juta untuk peneroka Felda EmptySat Aug 21, 2010 10:16 am by krulayar

Who is online?
In total there are 9 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 9 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 61 on Sat Nov 13, 2021 10:39 pm
Social bookmarking

Social bookmarking reddit      

Bookmark and share the address of Forum Central on your social bookmarking website

Bookmark and share the address of Forum Central on your social bookmarking website

RSS feeds


Yahoo! 
MSN 
AOL 
Netvibes 
Bloglines 


KampungFM



Affiliates
free forum


Bonus RM146.39 juta untuk peneroka Felda

3 posters

Go down

Bonus RM146.39 juta untuk peneroka Felda Empty Bonus RM146.39 juta untuk peneroka Felda

Post by Admin Fri Sep 04, 2009 9:26 am

Bonus RM146.39 juta untuk peneroka Felda
22-11-2007

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan
pembayaran bonus insentif produktiviti berjumlah RM146,388,200 kepada
90,322 orang peneroka Felda di seluruh negara.

Timbalan Perdana berkata pembayaran bonus itu akan dibuat pada akhir Disember ini.

Beliau berkata peningkatan pembayaran bonus pada kali ini berbanding
RM117,895,800 pada tahun lepas adalah disebabkan harga komoditi kelapa
sawit dan getah yang bertambah baik di samping luas kawasan tanam
semula yang mengeluarkan hasil semakin meningkat.

"Meskipun jumlah peneroka yang layak menerima bonus pada tahun ini
berkurangan sedikit berbanding 90,880 orang pada tahun lepas namun
jumlah bayaran telah meningkat sebanyak 24.2 peratus," katanya pada
sidang akhbar di sini.

Katanya kadar bayaran bonus minimum telah dinaikkan daripada RM400
kepada RM600 iaitu meningkat sebanyak 50 peratus manakala ganjaran
maksimum ditingkatkan daripada RM1,500 kepada RM1,800 iaitu meningkat
sebanyak 20 peratus.

Najib berkata jumlah keseluruhan peneroka Felda seluruh negara kini ialah seramai 112,635 orang.

Bagi peneroka sawit, kelayakan minimum bayaran bonus ialah pengeluaran
sebanyak 5.1 tan sehektar manakala ganjaran maksimum ialah yang
menghantar hasil melebihi 12.1 tan sehektar.

Untuk peneroka getah pula, kelayakan minimum untuk penerimaan ganjaran
bonus ialah 601kg sehektar dan ganjaran maksimum diberi kepada mereka
yang menghantar hasil melebihi 1,200kg sehektar.

Najib berkata jumlah peneroka yang menerima bonus maksimum bertambah
dari 21,417 orang pada tahun 2006 kepada 23,658 pada tahun ini yang
menunjukkan peningkatan sebanyak 10.5 peratus.

Katanya, secara purata harga sawit pada tahun ini ialah RM452.47 setan manakala getah RM6.47 sekilogram.

"Sebanyak 22,313 peneroka atau 19.8 peratus pula didapati tidak layak
menerima bayaran insentif kerana tidak menghantar hasil kepada Felda
dan juga hasil mereka yang kurang dari penghasilan minimum yang
ditetapkan," katanya.

Beliau berkata peneroka yang menguruskan sendiri kebun dan mereka yang
menyertai tanam semula Felda dalam tahun 2007 juga tidak mendapat bonus
insentif ini.

"Kerajaan berharap pemberian bonus ini akan dapat merangsang peneroka
di seluruh negara untuk berusaha dengan lebih gigih bagi meningkatkan
produktiviti masing-masing," katanya.

Beliau berkata bonus insentif produktiviti peneroka diperkenalkan pada
tahun 2004 sebagai galakan kepada peneroka yang membawa hasil mereka
kepada pengurusan Felda dan menyertai program tanam semula Felda.

Bonus insentif ini dibayar kepada peneroka dalam bentuk wang tunai dan
sijil saham Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF), katanya.

Beliau berkata sejak tahun 2004, bonus yang dibayar kepada peneroka
adalah berjumlah RM331.14 juta iaitu sebanyak RM116.150 juta pada 2004,
RM97.09 juta (2005) dan 117.895 juta (2006).

Mengikut kemampuan pengeluaran, pencapaian hasil kebun peneroka bagi
sawit ialah sebanyak 14.23 sehektar manakala pengeluaran getah agak
baik iaitu mencapai 1,742 kilogram sehektar sehingga Oktober tahun ini,
katanya.

Najib berkata potensi pengeluaran purata setahun bagi sawit ialah sebanyak 19 tan sehektar manakala bagi getah 1,800kg sehektar.

Pengerusi Felda Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor dan pengarah besar Felda Datuk Ahmad Tarmizi Alias hadir pada sidang akhbar itu.



aiiiiiiiii kenape la wa tak jadik peneroka felda banyak wooo bonus tu kaya pokcik!!!
Admin
Admin
Admin
Admin

Posts : 1456
Join date : 12/08/2009
Location : Wilayah Iskandar

https://forumcentral.forumms.net

Back to top Go down

Bonus RM146.39 juta untuk peneroka Felda Empty Re: Bonus RM146.39 juta untuk peneroka Felda

Post by et0n Fri Sep 04, 2009 9:37 am

raya ni leh laa kita gi Felda Semenchu, Felda Air Tawar 1 2 3 4 5...
kita cari2 saudara2 yg ada
tongue

jgn mereka org2 felda salah guna duit2 tu sudah laaa....
et0n
et0n
Moderator
Moderator

Posts : 476
Join date : 24/08/2009
Age : 43
Location : Wilayah Iskandar, Johor Bahru

Back to top Go down

Bonus RM146.39 juta untuk peneroka Felda Empty Re: Bonus RM146.39 juta untuk peneroka Felda

Post by Mr.Puaka Fri Sep 04, 2009 9:45 am

Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Kpd peneroka ucapkan terima kasih kpd Datuk Najib. Razz
Mr.Puaka
Mr.Puaka
Moderator
Moderator

Posts : 741
Join date : 27/08/2009
Age : 44
Location : Kuala Lumpur

http://xat.com/kedaimamak

Back to top Go down

Bonus RM146.39 juta untuk peneroka Felda Empty Re: Bonus RM146.39 juta untuk peneroka Felda

Post by Admin Fri Sep 04, 2009 9:50 am

najib memang jaga tul org felda nii... maklum laa makcik felda ni cuma tau pangkah logo dacing jerkk
Admin
Admin
Admin
Admin

Posts : 1456
Join date : 12/08/2009
Location : Wilayah Iskandar

https://forumcentral.forumms.net

Back to top Go down

Bonus RM146.39 juta untuk peneroka Felda Empty Re: Bonus RM146.39 juta untuk peneroka Felda

Post by Mr.Puaka Fri Sep 04, 2009 9:54 am

Haha itu la psl, kt pekan tu dia dpt majoriti besar sebab dia luaskan kawasan parlimen pekan tu.. org kata la bkn aku kata. Razz
Mr.Puaka
Mr.Puaka
Moderator
Moderator

Posts : 741
Join date : 27/08/2009
Age : 44
Location : Kuala Lumpur

http://xat.com/kedaimamak

Back to top Go down

Bonus RM146.39 juta untuk peneroka Felda Empty Re: Bonus RM146.39 juta untuk peneroka Felda

Post by Admin Fri Sep 04, 2009 9:58 am

Mr.Puaka wrote:Haha itu la psl, kt pekan tu dia dpt majoriti besar sebab dia luaskan kawasan parlimen pekan tu.. org kata la bkn aku kata. Razz

memang la bukan kau kata sebab kau bukan org kau puaka... Razz Razz Razz
Admin
Admin
Admin
Admin

Posts : 1456
Join date : 12/08/2009
Location : Wilayah Iskandar

https://forumcentral.forumms.net

Back to top Go down

Bonus RM146.39 juta untuk peneroka Felda Empty Re: Bonus RM146.39 juta untuk peneroka Felda

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum