Forum Central
Kami telah berpidah ke server baru <a href="WWW.KAMPUNGFM.COM">KAMPUNGFM.COM</a>

Join the forum, it's quick and easy

Forum Central
Kami telah berpidah ke server baru <a href="WWW.KAMPUNGFM.COM">KAMPUNGFM.COM</a>
Forum Central
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Search
 
Display results as :
 
Rechercher Advanced Search

Latest topics
» Sah!!!! SITI NORDIANA FAILKAN PERCERAIAN KE ATAS FAIZAL YUSUP
Tonggang Terbalik. EmptySat Dec 15, 2018 5:26 pm by MutiaraKirana

» Cara upgrade driver
Tonggang Terbalik. EmptyTue Feb 12, 2013 5:21 am by Syukur Azzaha

» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED RM 15/KG
Tonggang Terbalik. EmptyFri Jun 22, 2012 11:23 pm by miezza

» PROMOSI!!! SERBUK ICE BLENDZ (16 - 20 MAC 2012) - RM13 PER 1KG
Tonggang Terbalik. EmptyFri Mar 16, 2012 1:28 pm by DezireMarketing

» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED
Tonggang Terbalik. EmptyMon Aug 01, 2011 5:09 pm by Liana

» Kenali aku,
Tonggang Terbalik. EmptyThu Dec 16, 2010 1:43 pm by weather

» Rahsia Menjana RM20,000 Dalam 20 hari
Tonggang Terbalik. EmptyWed Sep 29, 2010 6:43 pm by ASBN

» DUIT MASUK HARI-HARI RM50-500, REBUT PELUANG SEGERA
Tonggang Terbalik. EmptyWed Sep 29, 2010 6:42 pm by ASBN

» KIAMAT DAN KEADAANNYA
Tonggang Terbalik. EmptySat Aug 21, 2010 10:16 am by krulayar

Who is online?
In total there are 7 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 7 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]

Most users ever online was 61 on Sat Nov 13, 2021 10:39 pm
Social bookmarking

Social bookmarking reddit      

Bookmark and share the address of Forum Central on your social bookmarking website

Bookmark and share the address of Forum Central on your social bookmarking website

RSS feeds

Yahoo! 
MSN 
AOL 
Netvibes 
Bloglines 

KampungFM

Affiliates
free forum

Tonggang Terbalik.

+9
selendang berduri
jacksperow
kyairil
Admin
!k!n@Pr!s0N BrEak
jahat
Pijan
pahlawan007
Mr.Puaka
13 posters

Page 1 of 4 1, 2, 3, 4  Next

Go down

Tonggang Terbalik. Empty Tonggang Terbalik.

Post by Mr.Puaka Thu Sep 03, 2009 6:33 am

Banyak sudah bukti ‘terang terbentang’ wujudnya kekalutan dalam barisan Pakatan Rakyat khususnya di negeri-negeri di bawah pentadbiran mereka.

Perselisihan Exco PAS dan Exco DAP Selangor seperti sedang menunggu masa untuk menyinsing lengan.

Wakil DAP Kedah sudah tunjukkan belang dengan bertindak menjadi bebas tapi telah diselesaikan oleh pucuk pimpinan parti masing-masing.

Terbaru, wakil PKR Kedah pulak sudah istihar hilang kepercayaan pada pucuk pimpinan dan terus jadi wakil bebas dalam dewan.

Isu arak, isu kuil, isu tanah dan banyak lagi isu yang timbul secara logiknya akan memberi jawapan kepada kita bahawa akhirnya pertembungan antara ideologi PAS dan DAP akan berlaku juga.

Persoalannya, apakah jika DAP berkompromi dari segi prinsipnya bersama PAS, maka DAP akan terdedah kepada bahaya hilang sokongan kaum cina?

Jika PAS yang berkompromi prinsip perjuangan demi mengekalkan ikatan sesama PR, adakah PAS akan terdedah kepada bahaya hilang kepercayaan dari penyokong melayu Islam?

Jika pola pengundian Pematang Pasir diambil kira, pengundi tidak terkesan dengan pertembungan ideologi antara PAS dan DAP ini. Nampaknya penyokong ke dua-dua parti lebih mudah mencari titik persamaan dari para pemimpin mereka. Pengundi cina di Permatang Pasir tetap memberi sokongan kepada calon PAS.

Malahan pengistiharan adun PKR keluar parti dan menyertai bebas pun tidak menjejaskan sama sekali sokongan pengundi kepada calon PAS.

Tidak mungkin pengundi cina mengundi PAS kerana mereka bersetuju dengan agenda negara Islam PAS. Tapi kenapa pengundi cina terus juga undi calon PAS?

Pemimpin PAS pula, walau pun telah galak kali tersepit gara-gara tentangan DAP secara terbuka dalam beberapa isu seperti kandang vavi, tuduhan ekstrimis agama dan macam-macam lagi, tapi pemimpin PAS masih lagi menujukkan sifat toleransi yang tiada tolok bandingnya dengan DAP. Amat berbeza sekali pendekatan PAS terhadap DAP berbanding pendekatan PAS terhadap UMNO, parti se agama dengan mereka.

Pengundi tidak fikir itu semua. Kenapa keadaan tonggang terbalik ini ini boleh berlaku?

Anwar Ibrahim, menjadi gam ‘double-sided’ antara PAS dan DAP. Sifat ‘boleh belaka’ Anwar ini mampu mengelirukan ramai pihak. Mampu menghilangkan rasa rasional di kalangan rakyat, dan mampu juga membuatkan rakyat bersedia mengabaikan segala kelemahan pentadbiran atau penyelewengan sebahagian adun mereka. Dia juga berkebolehan menghilangkan rasa syak wasangka di antara cina DAP dan Melayu Islam PAS.
Malahan SPRM pun was-was untuk menyiasat kes yang membabitkan pemimpin parti pembangkang. SPRM yang sepatutnya melakukan siasatan, akhirnya mereka mampu meletakkan SPRM sebagai pihak yang harus dipertikaikan.

Itulah kehebatan propaganda mainan pemain politik khianat. Khianat kepada amalan demokrasi, khianat kepada institusi-institusi yang menjaga negara, khianat kepada bangsa sendiri, khianat kepada perpaduan nasional dan khianat kepada keselesaan hubungan antara kaum dan kepercayaan agama yang selama ini telah berfungsi dengan baik.
Tapi..apa nak dikata. Mainan pengkhianat ini direstui oleh ramai rakyat jelata yang tidak faham asal usul.
Puaka : Sumber dari http://kkamdias.blogspot.com/
Mr.Puaka
Mr.Puaka
Moderator
Moderator

Posts : 741
Join date : 27/08/2009
Age : 44
Location : Kuala Lumpur

http://xat.com/kedaimamak

Back to top Go down

Tonggang Terbalik. Empty Re: Tonggang Terbalik.

Post by pahlawan007 Thu Sep 03, 2009 8:17 am

iDuP YB. puaka....horeyyyyy. undilah YB Poke
pahlawan007
pahlawan007
Budak U
Budak U

Posts : 177
Join date : 29/08/2009
Age : 49
Location : Subang

Back to top Go down

Tonggang Terbalik. Empty Re: Tonggang Terbalik.

Post by Pijan Thu Sep 03, 2009 1:43 pm

Seems this article is saying that all that did not vote for UMNO is a fool...bodoh tk leh pakai kerana mudah percaya ngan Anwar Ibrahim...talking cock again la UMNOputras...
Pijan
Pijan
Moderator
Moderator

Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 48
Location : KuaLa LumPur

Back to top Go down

Tonggang Terbalik. Empty Re: Tonggang Terbalik.

Post by jahat Thu Sep 03, 2009 3:50 pm

hahaha
tgk ja korg debat
Basketball Basketball Basketball
jahat
jahat
Moderator
Moderator

Posts : 638
Join date : 21/08/2009
Age : 38
Location : gombak - kl

Back to top Go down

Tonggang Terbalik. Empty Re: Tonggang Terbalik.

Post by !k!n@Pr!s0N BrEak Thu Sep 03, 2009 4:18 pm

cume leh simpati dengan SPRM sebab sering depersalahkan...
!k!n@Pr!s0N BrEak
!k!n@Pr!s0N BrEak
Baru Kerja
Baru Kerja

Posts : 331
Join date : 25/08/2009

Back to top Go down

Tonggang Terbalik. Empty Re: Tonggang Terbalik.

Post by jahat Thu Sep 03, 2009 4:20 pm

hahaha
biasa la 2
bile da kalah bertanding
suma tembak SPRM
lalalla
jahat
jahat
Moderator
Moderator

Posts : 638
Join date : 21/08/2009
Age : 38
Location : gombak - kl

Back to top Go down

Tonggang Terbalik. Empty Re: Tonggang Terbalik.

Post by Pijan Thu Sep 03, 2009 4:41 pm

!k!n@Pr!s0N BrEak wrote:cume leh simpati dengan SPRM sebab sering depersalahkan...

Dah mmg salah....so ape lak nk kene simpati?? Baik gi simpati kat anak2 yatim sane
Pijan
Pijan
Moderator
Moderator

Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 48
Location : KuaLa LumPur

Back to top Go down

Tonggang Terbalik. Empty Re: Tonggang Terbalik.

Post by Admin Thu Sep 03, 2009 6:32 pm

alaaa BN atau Pakatan Rakyat sekarang nie sibuk cari salah antara satu sama lain.. Isu yg dibangkitkan BN seperti yg Puaka sebut kat atas tu.. Isu yg dibangkitkan PR perbalahan ADUN2 terengganu ngn MB yg masih lom selesai dari masa Mat Said tu nak kena lantik lagi.. sampai laa niii...
Admin
Admin
Admin
Admin

Posts : 1456
Join date : 12/08/2009
Location : Wilayah Iskandar

https://forumcentral.forumms.net

Back to top Go down

Tonggang Terbalik. Empty Re: Tonggang Terbalik.

Post by kyairil Thu Sep 03, 2009 6:39 pm

kite tak jadi menteri lagi jgn la sibuk2 hal2 politik niii....
nnti dah jadi mnteri...buka la topic nii
kyairil
kyairil
Budak Sekolah Rendah
Budak Sekolah Rendah

Posts : 40
Join date : 01/09/2009
Location : penang

Back to top Go down

Tonggang Terbalik. Empty HAHAHHAHAHAHAHAHHAHA

Post by jacksperow Thu Sep 03, 2009 6:40 pm

TONGANG TERBALIK TAKPE LAGI...JANGAN SAMPAI TONGANG ARAK PASTU TERBALIK...TU NAYA...

jacksperow
Manager
Manager

Posts : 609
Join date : 21/08/2009

Back to top Go down

Tonggang Terbalik. Empty Re: Tonggang Terbalik.

Post by Pijan Thu Sep 03, 2009 7:07 pm

kyairil wrote:kite tak jadi menteri lagi jgn la sibuk2 hal2 politik niii....
nnti dah jadi mnteri...buka la topic nii

Ko rase tak layak sibuk kalau ko gi dok topik sembang2 sane...
Pijan
Pijan
Moderator
Moderator

Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 48
Location : KuaLa LumPur

Back to top Go down

Tonggang Terbalik. Empty Re: Tonggang Terbalik.

Post by Mr.Puaka Thu Sep 03, 2009 7:13 pm

Pijan wrote:
kyairil wrote:kite tak jadi menteri lagi jgn la sibuk2 hal2 politik niii....
nnti dah jadi mnteri...buka la topic nii

Ko rase tak layak sibuk kalau ko gi dok topik sembang2 sane...

a'ah nama pun ruangan politik, bkn ruangan sembang-sembang, rasa tk sesuai baik pegi ke ruangan sembang2, tk perlu timbulkan isu tk payah campor, psl hal2 ni sedikit sebanyak kita perlu tahu. Cool
Mr.Puaka
Mr.Puaka
Moderator
Moderator

Posts : 741
Join date : 27/08/2009
Age : 44
Location : Kuala Lumpur

http://xat.com/kedaimamak

Back to top Go down

Tonggang Terbalik. Empty Re: Tonggang Terbalik.

Post by Admin Thu Sep 03, 2009 7:20 pm

kyairil wrote:kite tak jadi menteri lagi jgn la sibuk2 hal2 politik niii....
nnti dah jadi mnteri...buka la topic nii

sbb menteri tak bukak topic cam ni laa skang ni malaysia jadi cam nie...
Admin
Admin
Admin
Admin

Posts : 1456
Join date : 12/08/2009
Location : Wilayah Iskandar

https://forumcentral.forumms.net

Back to top Go down

Tonggang Terbalik. Empty Re: Tonggang Terbalik.

Post by Mr.Puaka Thu Sep 03, 2009 8:23 pm

Pijan wrote:
!k!n@Pr!s0N BrEak wrote:cume leh simpati dengan SPRM sebab sering depersalahkan...

Dah mmg salah....so ape lak nk kene simpati?? Baik gi simpati kat anak2 yatim sane

Siapa yg bersalah yg anda cuba bangkitkan disini? SPRM? sejauh mana anda tahu ketelusan kakitangan SPRM itu sendiri membuat kerja? adakah anda tahu kakitangan SPRM diancam oleh sesetengah pihak malah ancaman itu ada juga yg melibatkan ancaman nyawa.

"Dah mmg salah...so ape lak nk kene simpati??" Tolong jelaskan kpd saya kerana kita disini ada juga yg berkhidmat di dalam SPRM adalah lebih baik jika kita tidak menghentam mana-mana pihak utk kepentingan peribadi sahaja. Ayat saudara seolah-olah menghentam SPRM. Saudara meletakkan diri saudara cakap semuanya betul. Jika saudara bkn berkhidmat didalam SPRM dan hanya mendapat rujukan mengenai SPRM di media2 alternatif adalah lebih baik saudara berdiam diri.
Mr.Puaka
Mr.Puaka
Moderator
Moderator

Posts : 741
Join date : 27/08/2009
Age : 44
Location : Kuala Lumpur

http://xat.com/kedaimamak

Back to top Go down

Tonggang Terbalik. Empty Re: Tonggang Terbalik.

Post by Pijan Thu Sep 03, 2009 10:25 pm

Memang saya menghentam SPRM, jika ada yang bertugas di SPRM tu eloklah hantar surat berhenti lepas tu gi berniaga jual air batu lebih mulia dari jadi barua UMNO yang mana tindakan tegas setakat ni hanya diambil kepada pihak pembangkang..Mana pergi siasatan keatas Khir toyo?? dalam bakul sampah..mana pergi siasatan PKFZ?? dalam bakul sampah..mana pergi siasatan IC palsu di Sabah?? dalam bakul sampah....Yang dikejar ialah kes sedekah lembu MB Selangor pada org miskin di Bandar Tun Razak...
Sudahlah...tak payahlah nk rujuk pada media kerajaan lagi.. mcm yang saya kata sebelum ni, media kerajaan tinggal bahagian sukan & cerita artis je yang masih lagi boleh diterima akal...
Pijan
Pijan
Moderator
Moderator

Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 48
Location : KuaLa LumPur

Back to top Go down

Tonggang Terbalik. Empty Re: Tonggang Terbalik.

Post by selendang berduri Thu Sep 03, 2009 10:28 pm

Pijan wrote:Memang saya menghentam SPRM, jika ada yang bertugas di SPRM tu eloklah hantar surat berhenti lepas tu gi berniaga jual air batu lebih mulia dari jadi barua UMNO yang mana tindakan tegas setakat ni hanya diambil kepada pihak pembangkang..Mana pergi siasatan keatas Khir toyo?? dalam bakul sampah..mana pergi siasatan PKFZ?? dalam bakul sampah..mana pergi siasatan IC palsu di Sabah?? dalam bakul sampah....Yang dikejar ialah kes sedekah lembu MB Selangor pada org miskin di Bandar Tun Razak...
Sudahlah...tak payahlah nk rujuk pada media kerajaan lagi.. mcm yang saya kata sebelum ni, media kerajaan tinggal bahagian sukan & cerita artis je yang masih lagi boleh diterima akal...
tu lah senario politik skang bro....
selendang berduri
selendang berduri
Manager
Manager

Posts : 610
Join date : 31/08/2009
Age : 36
Location : JaLaN iPoH,Kl

http://nszantiquezone.blogspot.com

Back to top Go down

Tonggang Terbalik. Empty Re: Tonggang Terbalik.

Post by Mr.Puaka Fri Sep 04, 2009 7:20 am

Pijan wrote:Memang saya menghentam SPRM, jika ada yang bertugas di SPRM tu eloklah hantar surat berhenti lepas tu gi berniaga jual air batu lebih mulia dari jadi barua UMNO yang mana tindakan tegas setakat ni hanya diambil kepada pihak pembangkang..Mana pergi siasatan keatas Khir toyo?? dalam bakul sampah..mana pergi siasatan PKFZ?? dalam bakul sampah..mana pergi siasatan IC palsu di Sabah?? dalam bakul sampah....Yang dikejar ialah kes sedekah lembu MB Selangor pada org miskin di Bandar Tun Razak...
Sudahlah...tak payahlah nk rujuk pada media kerajaan lagi.. mcm yang saya kata sebelum ni, media kerajaan tinggal bahagian sukan & cerita artis je yang masih lagi boleh diterima akal...

Saya tidak dpt memberikan sebarang ulasan kerana sy tidak bertugas di sana, InsyaAllah mereka yg bertugas di sana akan memberi pandangan dia sedikit masa lagi, kita tunggu.
Mr.Puaka
Mr.Puaka
Moderator
Moderator

Posts : 741
Join date : 27/08/2009
Age : 44
Location : Kuala Lumpur

http://xat.com/kedaimamak

Back to top Go down

Tonggang Terbalik. Empty Re: Tonggang Terbalik.

Post by Admin Fri Sep 04, 2009 9:11 am

jadi sama2lah tunggu org sportrim reply.. nak jugak tengok abe sportrim reply pasal kes ni...
Admin
Admin
Admin
Admin

Posts : 1456
Join date : 12/08/2009
Location : Wilayah Iskandar

https://forumcentral.forumms.net

Back to top Go down

Tonggang Terbalik. Empty Re: Tonggang Terbalik.

Post by Pijan Sat Sep 05, 2009 11:53 am

RM10 juta hanya 2 jam, RM2,400 10 jam dan mati

Zulkifli Sulong

Fri | Sep 04, 09 | 12:43:55 pm MYT
KUALA LUMPUR, 4 Sept:
Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Kiat hanya disiasat dua jam oleh
pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran dakwaan menerima RM10 juta dari Ketua Eksekutif Kuala Dimensi, Datuk Seri Tiong King Sing.

Padahal Setiausaha Politik seorang Exco Selangor,Teoh Beng Hock disoalsiasat lebih 10 jam oleh SPRM dan kemudiannya didapati meninggal hanya kerana isu RM2,400 sahaja.

Inilah dilema yang dihadapi oleh rakyat negara ini. Tokoh politik kerajaan yang memerintah mendapat layanan baik manakala pihak
yang berbeza dengan kerajaan akan mendapat layanan sebaliknya.
Semalam pegawai SPRM mengambil masa lebih dua jam sahaja untuk
menyoalsiasat Ong Tee Kiat ekoran dakwaan rasuah sebanyak RM10 juta.Siasatan ini ekoran dakwaan Tiong King Sing yang juga Pengerusi
Kelab Penyokong BN serta anggota Parlimen Bintulu, Sarawak kononnya dia memberikan wang sebanyak RM10 juta kepada Ong Tee Kiat untuk keperluan kempen dalam mesyuarat agung bahagian MCA.Teoh Beng Hock pula disiasat selama lebih 10 jam dan pada waktu malam hingga pagi ekoran dakwaan yang melibatkan wang RM2,400 sahaja.Beliau kemudiannya ditemui mati di sebelah bangunan Plaza Masalam yang menempatkan pejabat SPRM Selangor. Kes itu kini sedang dibicarakan melalui prosedur Inkues.
Ketika mengulas isu ini, Ahli Jawatankuasa Khas SPRM, Salahudin
Ayub akan mendesak segera pengerusi JK itu, Tan Sri Radzi Sheikh Ahmad untuk bermesyuarat segera.
Tonggang Terbalik. Salahudin_web
"Saya akan minta SPRM menjelaskan isu ini kepada kami segera," kata Salahudin yang juga Naib Presiden PAS kepada Harakahdaily.
Beliau juga meminta SPRM mendedahkan segera hasil siasatan dua
jam mereka terhadap Ong Tee Kiat yang merupakan isu yang sangat
kontroversi ini.
"Apakah masa dua jam itu cukup? Kenapa pendek sangat sedangkan Teoh Beng Hock disiasat 10 jam dengan pelbagai jenis tekanan.
"Adakah modus operandi SPRM berbeza antara tokoh dari kerajaan
BN dengan orang dari kerajaan Pakatan Rakyat," tanya Salahudin yang
dilantik sebagai ahli JK Khas SPRM itu apabila SPRM bertukar dari Badan Pencegah Rasuah (BPR) tahun lalu.Anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali pula mempersoalkan, "Apakah SPRM ini benar-benar colour blind iaitu tidak membezakan status dan kedudukan mereka yang didakwa terlibat dalam kegiatan rasuah."
Bagi beliau, apa yang berlaku terlalu jelas di mata rakyat, mereka mempunyai kedudukan berbeza pada mata SPRM.

Pijan
Pijan
Moderator
Moderator

Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 48
Location : KuaLa LumPur

Back to top Go down

Tonggang Terbalik. Empty Re: Tonggang Terbalik.

Post by jacksperow Sat Sep 05, 2009 11:55 am

UNDI YB POKO....IDUP YB POKO...

jacksperow
Manager
Manager

Posts : 609
Join date : 21/08/2009

Back to top Go down

Tonggang Terbalik. Empty Re: Tonggang Terbalik.

Post by pahlawan007 Mon Sep 07, 2009 9:17 am

Pijan wrote:Memang saya menghentam SPRM, jika ada yang bertugas di SPRM tu eloklah hantar surat berhenti lepas tu gi berniaga jual air batu lebih mulia dari jadi barua UMNO yang mana tindakan tegas setakat ni hanya diambil kepada pihak pembangkang..Mana pergi siasatan keatas Khir toyo?? dalam bakul sampah..mana pergi siasatan PKFZ?? dalam bakul sampah..mana pergi siasatan IC palsu di Sabah?? dalam bakul sampah....Yang dikejar ialah kes sedekah lembu MB Selangor pada org miskin di Bandar Tun Razak...
Sudahlah...tak payahlah nk rujuk pada media kerajaan lagi.. mcm yang saya kata sebelum ni, media kerajaan tinggal bahagian sukan & cerita artis je yang masih lagi boleh diterima akal...

Assalamualaikum moderator pijan yg dihormati... saya terpanggil untuk mencurah gak isi hati apabila terbaca hasil nukilan pijan disini. so saya tertanya2 gak adakah pijan ni anak buah Karpal Sing ke atau mmg penyokong fanatik D.A.P?? pijan tau apa makna BARUA? adakah pijan ni barua DAP??

yang ke 2, isu pasal siasatan Khir Toyo, PKFZ dan IC palsu di Sabah... setakat mana yg pijan tau pasal perkembangan hasil siasatan tersebut?? apa keputusannya?? siapa pegawai penyiasat?? siapa yang tandatangan kalau fail tersebut di tutup???

kalau tak tau apa2 tak yah nak cakap kosong lar... masuk mahkamah manapon kat dunia ni perlukan bukti yang nyata, kalau tak de bukti macamana nak tuduh melulu ingat laku ke, bila tangkap di bawah ISA, mula la kecoh nak hapuskan ISA pulak, itu lah ini lah, ISA tak adil la, ISA tak relevan utk masa ini la dan bermacam2 lagi alasan......kalau tak pernah ke bulan jangan nak cerita apa yang ada di permukaan bulan pulak, sapa yang nak percaya??.....
pahlawan007
pahlawan007
Budak U
Budak U

Posts : 177
Join date : 29/08/2009
Age : 49
Location : Subang

Back to top Go down

Tonggang Terbalik. Empty Re: Tonggang Terbalik.

Post by jacksperow Mon Sep 07, 2009 9:45 am

wow...ni la yg dikatakan tamparan wanita kmpulan elit tu...
tapi ni bukan tamparan wanita...ni tamparan abe ubi...hahhahahaha...pijan jawap2....abes ko pijan...hahahhahaa...apabila org lama bersuara,ni la jadinya....hahhahaha barua dap...anak buah kapal singh....

jacksperow
Manager
Manager

Posts : 609
Join date : 21/08/2009

Back to top Go down

Tonggang Terbalik. Empty Re: Tonggang Terbalik.

Post by Mr.Puaka Mon Sep 07, 2009 9:56 am

pahlawan007 wrote:
Pijan wrote:Memang saya menghentam SPRM, jika ada yang bertugas di SPRM tu eloklah hantar surat berhenti lepas tu gi berniaga jual air batu lebih mulia dari jadi barua UMNO yang mana tindakan tegas setakat ni hanya diambil kepada pihak pembangkang..Mana pergi siasatan keatas Khir toyo?? dalam bakul sampah..mana pergi siasatan PKFZ?? dalam bakul sampah..mana pergi siasatan IC palsu di Sabah?? dalam bakul sampah....Yang dikejar ialah kes sedekah lembu MB Selangor pada org miskin di Bandar Tun Razak...
Sudahlah...tak payahlah nk rujuk pada media kerajaan lagi.. mcm yang saya kata sebelum ni, media kerajaan tinggal bahagian sukan & cerita artis je yang masih lagi boleh diterima akal...

Assalamualaikum moderator pijan yg dihormati... saya terpanggil untuk mencurah gak isi hati apabila terbaca hasil nukilan pijan disini. so saya tertanya2 gak adakah pijan ni anak buah Karpal Sing ke atau mmg penyokong fanatik D.A.P?? pijan tau apa makna BARUA? adakah pijan ni barua DAP??

yang ke 2, isu pasal siasatan Khir Toyo, PKFZ dan IC palsu di Sabah... setakat mana yg pijan tau pasal perkembangan hasil siasatan tersebut?? apa keputusannya?? siapa pegawai penyiasat?? siapa yang tandatangan kalau fail tersebut di tutup???

kalau tak tau apa2 tak yah nak cakap kosong lar... masuk mahkamah manapon kat dunia ni perlukan bukti yang nyata, kalau tak de bukti macamana nak tuduh melulu ingat laku ke, bila tangkap di bawah ISA, mula la kecoh nak hapuskan ISA pulak, itu lah ini lah, ISA tak adil la, ISA tak relevan utk masa ini la dan bermacam2 lagi alasan......kalau tak pernah ke bulan jangan nak cerita apa yang ada di permukaan bulan pulak, sapa yang nak percaya??.....

Inilah yg sy maksudkan dgn ketaksuban en.pijan kita ni abe, dia berkata seolah-olah dia tau semua perkara, dia berkata seolah-olah dia pernah berkhidmat dlm SPRM. Sy sudah mengatakan jangan bercakap jika tiada bukti dan hanya mendapat rujukan daripada akhbar pembangkang.

Pendek kata puak terlalu taksub dgn pembangkang ini, kalo kita menyebelahi dia boleh, kita la bagus, tapi kalo kita tk menyebelahi pihak dia, mulalah gelaran mcm-macam yg diberikan. Ingat badan-badan kerajaan yg ditubuhkan nak ikut kepala dia aje ke? Sistem kehakiman negara pun pihak pembangkang ini berani mempertikaikan, tapi nak buat macam mane, kebolehan pemimpin puak ini memutarbelitkan fakta di restui semua rakyat dan penyokongnya!
Mr.Puaka
Mr.Puaka
Moderator
Moderator

Posts : 741
Join date : 27/08/2009
Age : 44
Location : Kuala Lumpur

http://xat.com/kedaimamak

Back to top Go down

Tonggang Terbalik. Empty Re: Tonggang Terbalik.

Post by Pijan Mon Sep 07, 2009 11:44 am

hahahaha....cakap kosong yer, tkde bukti yer, ISA tu still releven yer..baik..satu satu aku bagi kat sini...tunggu...!!

1) Khir Toyo :-

21 kes salah laku Khirdigantung pada leher lembu

01. Meluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan, Meram Holdings. Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.

02. Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/ Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd), tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja. Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.

03. Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20 Nov. 2000 dan 4 Julai 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.

04. Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri).Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.

05. Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu.Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.

06. Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat, 50%. Khir berbohong di Dun Selangor pada 31 Oktober 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.

07. Khir memberi sumbangan peribadinya, berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai Panjang pada 25 Disember 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15 Januari 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn Bhd sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan ayam atau reban tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.

08. Pada 17-18 April 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd, seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.

09.Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km, bernilai RM82,385,182.. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.

10. Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip,jadi berapa untung JAKS?

11. Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km)merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan.

12. Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50 peratus. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk selesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB.

13. Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak), agar menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuaters kakitangan SUK di Shah Alam.

14. Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn. Bhd. Ini bercanggah dengan surat akujanji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor.

15. Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui perjanjian konsesi pada 27 September 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya.

16. Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25/2001 pada 26 September 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Merc S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytihar kepentingannya.

17. Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat exco dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, “Exco Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang.”

18. Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi, kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir.

19. Menggunakan ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1 Feb, 16 Mac 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak, buat kroni dan suku-sakatnya.

20. Mengeksploit mesyuarat Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco.

21. TERBARU – Beliau disabitkan dengan penerimaan bayaran RM17 juta dari seorang individu hasil jualan tujuh unit hartanah Al Marwa Tower di Makkah, Arab Saudi. Pembayaran tanpa sebarang resit rasmi diterima hasil jualan tujuh daripada 12 unit hartanah yang dibuat Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) di Makkah. Apa yang menghairankan, Resolusi Pengarah PNSB bertarikh 14 September 2007 hanya meluluskan pembelian lima unit kediaman berjumlah RM8,352,427.66 sedangkan rekod PNSB menunjukkan sejumlah RM25,603,545 telah dibayar ke akuan individu di Arab Saudi dari 17 September hingga 19 September 2007.

2)Kes Salahlaku ketuan Menteri Sabah( laporan siap dengan bukti VCD diserahkan pada SPRM ) :-

https://2img.net/r/ihimizer/img233/7325/sprmkunsul.jpg

dan last sekali for now..

Anak Siapakah ini?? Apsal langsung tkde tindakan diambil keatas beliau ini?? Adakah kerana pengaruh ayahnya yang kuat atau ayahnya disifatkan sebagai boleh ditunggangi@gunapakai untuk kepentingan sesetengah pihak....

ANDREW DOWDELL, COURT REPORTER

February 08, 2008 04:01pm

A MALAYSIAN Airlines co-pilot has been convicted and fined for bringing child pornography into the country on his personal computer.

Ahmad Said appeared handcuffed in Adelaide Magistrates Court today on a charge of importing a prohibited item.

Customs officers arrested the 25-year old at Adelaide International Airport yesterday, after finding three video files containing child pornography.

The videos were titled ``Reped (sic) Virgin'', ``10-Year Old'' and ``High School Students.''

``This material is repugnant and abhorrent - any decent minded person would be so affected by it,'' Magistrate Simon Smart said.

Mr Smart said the rape scene featured a crying girl aged under 18 being forced to have sex with an older male.

``These are not victimless crimes - for every video that depicts such a scene there is a victim,'' he said.

Said's computer was searched after he flew into Adelaide as co-pilot on a Malaysian Airlines flight from Kuala Lumpur.

His lawyer Stephen Barratt said Said had been e-mailed the video files and had not shown anyone else.

``He was simply reckless, this was not material brought in to be disseminated,'' Mr Barratt said.

Mr Smart rejected the defence assertion that Said had ``no interest'' in the pornography, saying there would be no market for such images without people like him.

Mr Barratt said the conviction could ruin Said's career as a pilot at Malaysian Airlines after rising rapidly through the ranks in the past few years.

``The result of this conviction ... could alter the whole of his life and his family,'' Mr Barratt said.

Mr Barratt said Said's arrest and detention in custody for almost 24 hours was ``fairly harsh.''

``He has suffered from being kept overnight in custody and now sits before the court manacled, which he describes to me as one of the lowest points of his life,'' Mr Barratt said.

Magistrate Smart fined Said $5,000 and ordered that his laptop be forfeited to the Crown.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bab cakap kosong tu, sebenarnya bukan sekali dua dah perkara mengenai SPRM ni dibangkitkan..dah banyak kali. Orang pun dah meluat.Jadi kalau betul SPRM ni telus bersih,kena buktikanlah. Ini tidak,tindak tanduk SPRM itu sendiri buat orang ramai mencurigai ketelusan SPRM. Bila dicop sebagai barua UMNO,tau pulak naik hangin@marah, tapi bagaimana plak perasaan orang ramai yang buat laporan dengan SPRM tapi sehingga kini senyap tanpa berita dari SPRM?? Diorang tu tkde angin ke??Please lah, tak payah nak melenting tak tentu arah kalau anda tak bersalah,instead of being mad,why not SPRM prove to the world about their intergrity? jangan igt anda itu sebagai pegawai kerajaan maka secara automatiknya kerajaan itu semuanya benar baik belaka...

What is wrong of being barua to DAP ke PAS ke PKR ke kalau diorang itu memperjuangkan kebenaran @ keadilan? Baik lagi dari jadi barua pade UMNO.....hik3...

Pijan
Pijan
Moderator
Moderator

Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 48
Location : KuaLa LumPur

Back to top Go down

Tonggang Terbalik. Empty Re: Tonggang Terbalik.

Post by Pijan Mon Sep 07, 2009 11:51 am

Mr.Puaka wrote:
Inilah yg sy maksudkan dgn ketaksuban en.pijan kita ni abe, dia berkata seolah-olah dia tau semua perkara, dia berkata seolah-olah dia pernah berkhidmat dlm SPRM. Sy sudah mengatakan jangan bercakap jika tiada bukti dan hanya mendapat rujukan daripada akhbar pembangkang.

Pendek kata puak terlalu taksub dgn pembangkang ini, kalo kita menyebelahi dia boleh, kita la bagus, tapi kalo kita tk menyebelahi pihak dia, mulalah gelaran mcm-macam yg diberikan. Ingat badan-badan kerajaan yg ditubuhkan nak ikut kepala dia aje ke? Sistem kehakiman negara pun pihak pembangkang ini berani mempertikaikan, tapi nak buat macam mane, kebolehan pemimpin puak ini memutarbelitkan fakta di restui semua rakyat dan penyokongnya!

Bila plak aku kate aku tau semua perkara?? Kalau dah tau pemimpin puak ni pandai putarbelit fakta...dakwalah beliau tu kat mahkamah..buat ape ngomel byk2 kat belakang??
Sebab ape tak berani nk dakwa kat mahkamah?? sebab kerajaan sendiri tahu ape yang pemimpin puak pembangkang ni cerita benda yang benar,susah diorang nk counter balik...itu jer..

Lagi sekali la saya nk bagitau kat sini, if ade berita yang betul2 ( tkmo spin punye ) yang menunjukkan kesilapan@kesalahan pihak pembangkang tu yang boleh sape2 sertakan kat sini...sertakan, insya Allah sama sama kita condemn tindakan pembangkang tu...
Pijan
Pijan
Moderator
Moderator

Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 48
Location : KuaLa LumPur

Back to top Go down

Tonggang Terbalik. Empty Re: Tonggang Terbalik.

Post by Sponsored content

Sponsored content

Back to top Go down

Page 1 of 4 1, 2, 3, 4  Next

Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum