Forum Central
Kami telah berpidah ke server baru <a href="WWW.KAMPUNGFM.COM">KAMPUNGFM.COM</a>

Join the forum, it's quick and easy

Forum Central
Kami telah berpidah ke server baru <a href="WWW.KAMPUNGFM.COM">KAMPUNGFM.COM</a>
Forum Central
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» Sah!!!! SITI NORDIANA FAILKAN PERCERAIAN KE ATAS FAIZAL YUSUP
Skuad Bawah 23 Kalah Tipis. EmptySat Dec 15, 2018 5:26 pm by MutiaraKirana

» Cara upgrade driver
Skuad Bawah 23 Kalah Tipis. EmptyTue Feb 12, 2013 5:21 am by Syukur Azzaha

» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED RM 15/KG
Skuad Bawah 23 Kalah Tipis. EmptyFri Jun 22, 2012 11:23 pm by miezza

» PROMOSI!!! SERBUK ICE BLENDZ (16 - 20 MAC 2012) - RM13 PER 1KG
Skuad Bawah 23 Kalah Tipis. EmptyFri Mar 16, 2012 1:28 pm by DezireMarketing

» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED
Skuad Bawah 23 Kalah Tipis. EmptyMon Aug 01, 2011 5:09 pm by Liana

» Kenali aku,
Skuad Bawah 23 Kalah Tipis. EmptyThu Dec 16, 2010 1:43 pm by weather

» Rahsia Menjana RM20,000 Dalam 20 hari
Skuad Bawah 23 Kalah Tipis. EmptyWed Sep 29, 2010 6:43 pm by ASBN

» DUIT MASUK HARI-HARI RM50-500, REBUT PELUANG SEGERA
Skuad Bawah 23 Kalah Tipis. EmptyWed Sep 29, 2010 6:42 pm by ASBN

» KIAMAT DAN KEADAANNYA
Skuad Bawah 23 Kalah Tipis. EmptySat Aug 21, 2010 10:16 am by krulayar

Who is online?
In total there are 4 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 4 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 61 on Sat Nov 13, 2021 10:39 pm
Social bookmarking

Social bookmarking reddit      

Bookmark and share the address of Forum Central on your social bookmarking website

Bookmark and share the address of Forum Central on your social bookmarking website

RSS feeds


Yahoo! 
MSN 
AOL 
Netvibes 
Bloglines 


KampungFM



Affiliates
free forum


Skuad Bawah 23 Kalah Tipis.

+2
reex
Mr.Puaka
6 posters

Go down

Skuad Bawah 23 Kalah Tipis. Empty Skuad Bawah 23 Kalah Tipis.

Post by Mr.Puaka Tue Sep 01, 2009 8:04 am

SKUAD bola sepak kebangsaan bimbingan K. Rajagobal tewas 1-2 kepada skuad kebangsaan Arab Saudi pada aksi persahabatan di Stadium Putera Mohamed Fahd, Dammam, Arab Saudi awal pagi semalam, lapor WAN FAKHRUL BAKAR.
Malaysia yang dibarisi pemain bawah 23 tahun yang sedang dalam persediaan menghadapi Sukan SEA Disember depan ketinggalan 0-1 pada separuh masa pertama menerusi jaringan penyerang Arab Saudi, Malek Maaz pada minit ke-36.
Tuan rumah terus garang apabila berjaya menambah gol kedua pada minit ke-52 menerusi Abdullatif Al Ghannam.
Namun, Arab Saudi yang menduduki ranking ke-64 dunia gagal menambah jaringan selepas itu.
Sebaliknya, Malaysia pula berjaya merapatkan jurang menerusi jaringan penyerang Harimau Muda, Ahmad Shakir Md. Ali pada minit ke-85.
Anak-anak buah Rajagobal itu akan sekali lagi menentang Arab Saudi hari ini (3.30 pagi esok waktu Malaysia) pada perlawanan persahabatan kedua.
Selepas itu, Malaysia akan bertandang ke Amman untuk menantang skuad kebangsaan Jordan pada Sabtu ini sebelum pulang ke tanah air.
Mereka dijadualkan menentang skuad kebangsaan Lesotho di Kuala Lumpur pada 11 September depan.



Puaka: Asyik kalah aje.. bila la nak tgk team kita beraksi di Piala Dunia Sad
Mr.Puaka
Mr.Puaka
Moderator
Moderator

Posts : 741
Join date : 27/08/2009
Age : 44
Location : Kuala Lumpur

http://xat.com/kedaimamak

Back to top Go down

Skuad Bawah 23 Kalah Tipis. Empty Re: Skuad Bawah 23 Kalah Tipis.

Post by reex Tue Sep 01, 2009 10:05 pm

tapi aku rase dah baik dah team bawah 23 skang ni aku respek beb skuad malaysia skang dari yang dulu2 tu
hehhe
reex
reex
Budak U
Budak U

Posts : 164
Join date : 24/08/2009
Location : Kuala Lumpur

Back to top Go down

Skuad Bawah 23 Kalah Tipis. Empty Re: Skuad Bawah 23 Kalah Tipis.

Post by Mr.Puaka Tue Sep 01, 2009 10:10 pm

betul ckp ko tu, skrg kita perhatikan skuad kebangsaan kita kalo tewas pun tkde la bolos byk gol seperti team2 malaysia yg lama. mungkin juga dh ada sedikit peningkatan. tp ntah la secara peribadi bg aku mutu bolasepak malaysia ni masih di takuk lama.. selagi badan2 FAM di terajui org politik bkn org sukan. Shocked
Mr.Puaka
Mr.Puaka
Moderator
Moderator

Posts : 741
Join date : 27/08/2009
Age : 44
Location : Kuala Lumpur

http://xat.com/kedaimamak

Back to top Go down

Skuad Bawah 23 Kalah Tipis. Empty Re: Skuad Bawah 23 Kalah Tipis.

Post by HUGOBOYZ_2 Tue Sep 01, 2009 10:39 pm

malaysia ja la.. sokong salah x sokong salah... apa2 pun bole.. tp setakat nie malaysia dah bagus la.. hehehe.. go malaysia go!!
HUGOBOYZ_2
HUGOBOYZ_2
Manager
Manager

Posts : 580
Join date : 22/08/2009
Age : 36
Location : Penang

http://cacat.com/xat.com/kampung

Back to top Go down

Skuad Bawah 23 Kalah Tipis. Empty Re: Skuad Bawah 23 Kalah Tipis.

Post by adie Tue Sep 01, 2009 10:40 pm

mentaliti rakyat malaysia selalunya bila skuad kita kalah asik hentam je.tak sekali pun beri komen yang membina..walaupun kalah,sekalung tahniah diucapkan kepada skuad malaysia memandangkan ranking arab saudi yg berada di tangga yg ke 53,jauh meningalkan malaysia yg berada di ranking yg ke 158 ranking bolasepak dunia.lagipun main kat arab saudi.
adie
adie
Budak Sekolah Menengah
Budak Sekolah Menengah

Posts : 133
Join date : 21/08/2009

Back to top Go down

Skuad Bawah 23 Kalah Tipis. Empty Re: Skuad Bawah 23 Kalah Tipis.

Post by reex Wed Sep 02, 2009 1:42 am

aku x kan adie? hehe saje je..
reex
reex
Budak U
Budak U

Posts : 164
Join date : 24/08/2009
Location : Kuala Lumpur

Back to top Go down

Skuad Bawah 23 Kalah Tipis. Empty Re: Skuad Bawah 23 Kalah Tipis.

Post by Admin Wed Sep 02, 2009 1:48 am

kebelakangan ni skuad bola kita tunjukkan peningkatan yg agak memberangsangkan .. so keep up .. nanti fans akan datang balik.. dah tak dok hentam jekk.. sebenarnya media yg dok hentam sebb nak lariskan paper.. tu jerkk...
Admin
Admin
Admin
Admin

Posts : 1456
Join date : 12/08/2009
Location : Wilayah Iskandar

https://forumcentral.forumms.net

Back to top Go down

Skuad Bawah 23 Kalah Tipis. Empty Re: Skuad Bawah 23 Kalah Tipis.

Post by Pijan Wed Sep 02, 2009 11:42 am

reex wrote:tapi aku rase dah baik dah team bawah 23 skang ni aku respek beb skuad malaysia skang dari yang dulu2 tu
hehhe

Ko tunggu la nanti bile time bebudak bawah 23 skang ni dh kenal ngan dunia duit@glamer,start pandai berpoya2 dan mula berlagak diva...mase tu baru ko tahu le level mane team Malaysia nih, takut asik respek team bawah 23 jer nanti...
Pijan
Pijan
Moderator
Moderator

Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 48
Location : KuaLa LumPur

Back to top Go down

Skuad Bawah 23 Kalah Tipis. Empty Re: Skuad Bawah 23 Kalah Tipis.

Post by Admin Wed Sep 02, 2009 11:45 am

buta mata.. sebb duit.. ramai org cam tu pijan..
Admin
Admin
Admin
Admin

Posts : 1456
Join date : 12/08/2009
Location : Wilayah Iskandar

https://forumcentral.forumms.net

Back to top Go down

Skuad Bawah 23 Kalah Tipis. Empty Re: Skuad Bawah 23 Kalah Tipis.

Post by Mr.Puaka Wed Sep 02, 2009 9:41 pm

Skuad Bawah-23 Fokus Aksi Persahabatan.


PETALING JAYA - Skuad bawah 23 tahun kebangsaan akan memberi fokus kepada perlawanan persahabatan antarabangsa sebagai persiapan akhir bagi menghadapi Sukan SEA di Laos yang akan berlangsung dari 9 hingga 18 Disember ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad berkata, skuad itu tidak akan menyertai sebarang kejohanan berbentuk pertandingan dalam baki tiga bulan ini.:

“Ia merupakan permintaan jurulatih kebangsaan, K Rajagobal setelah mengadakan perbincangan dengan jawatankuasa teknikal untuk tidak mendedahkan keupayaan skuad itu seperti menyertai kejohanan pra-Sukan SEA di Laos pada bulan depan,” katanya semalam.

Selain itu, situasi berkenaan juga berlaku kerana beberapa masalah teknikal seperti penularan wabak Influenza A (H1N1) yang menyebabkan beberapa kejohanan yang dirancang terpaksa dibatalkan seperti Pestabola Merdeka dan Piala Antara Benua.

“Kita juga seboleh-bolehnya mahu memberikan pendedahan dalam kejohanan berbentuk pertandingan kerana ia merupakan satu pendedahan yang baik untuk menguji ketahanan dan kebolehan sebenar tapi terpaksa akur dengan situasi semasa,” katanya.

Untuk rekod, sejak Rajagobal mengambil alih jawatan jurulatih kebangsaan pada April lepas, skuad bawah 23 tahun kebangsaan mahupun skuad kebangsaan tidak pernah menyertai sebarang pertandingan dan hanya mengadakan perlawanan persahabatan.

Azzuddin bagaimanapun berkata, daripada beberapa perlawanan persahabatan yang telah diharungi kini terdapat tanda-tanda dan harapan untuk menebus maruah negara pada Sukan SEA.

Kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas pada Sukan SEA ialah pada 1989.

“Cuma sekarang Rajagobal perlu diberi masa dan ruang yang cukup membentuk satu pasukan yang mantap sebab itu kita tidak meletakkan sebarang sasaran untuk beliau di Laos,” katanya.

Mengenai kekalahan tipis 1-2 skuad bawah 23 tahun kebangsaan kepada Arab Saudi di Riyadh kelmarin, Azzuddin berkata berdasarkan keputusan itu jurang defisit semakin kurang.

“Walaupun kita pada ranking ke-152 berbanding Arab Saudi yang berada di tangga ke-64, keputusan itu boleh mengukur keupayaan kita. Lagipun perlawanan itu merupakan ‘pemanas badan’ terakhir tuan rumah sebelum bertemu Bahrain pada kelayakan Piala Dunia 2010,” katanya.

Skuad bawah 23 tahun kebangsaan itu akan mengadakan satu lagi perlawanan persahabatan di Arab Saudi menentang kelab Al-Qadisyah awal pagi ini sebelum berangkat ke Jordan untuk menentang skuad kebangsaan negara itu pada Sabtu.


Puaka: patutla merdeka tahun ni mcm kurang.. pesta bola merdeka takde. Laughing
Mr.Puaka
Mr.Puaka
Moderator
Moderator

Posts : 741
Join date : 27/08/2009
Age : 44
Location : Kuala Lumpur

http://xat.com/kedaimamak

Back to top Go down

Skuad Bawah 23 Kalah Tipis. Empty Re: Skuad Bawah 23 Kalah Tipis.

Post by Mr.Puaka Wed Sep 02, 2009 9:46 pm

Admin wrote:buta mata.. sebb duit.. ramai org cam tu pijan..

biasa la.. bila dh glamer, muka keluar tv, keluar majalah.. mula la naik lemak.. gaji berpuluh ribu sebulan, umur lak muda2 lagi.. tktau nak guna mcm mane enjoy la.. bila terlalu byk enjoy prestasi terjejas la.. pahtu salahkan jurulatih, persatuan, padahal pemain sendiri bkn bersemangat main utk negara.. tp main semata2 utk duit! Sad
Mr.Puaka
Mr.Puaka
Moderator
Moderator

Posts : 741
Join date : 27/08/2009
Age : 44
Location : Kuala Lumpur

http://xat.com/kedaimamak

Back to top Go down

Skuad Bawah 23 Kalah Tipis. Empty Re: Skuad Bawah 23 Kalah Tipis.

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum